Isu Putus Tunang : Pengurus Sufian Dedah Kisah Sebenar Apa Yang Berlaku?

Aduh nampaknya semakin lama isu putus tunang Sufian dan Elfira menjadi semakin rumit dan hangat diperkatakan.
Jika selama ini pihak Elfira Loy dikatakan sering mengeluarkan statement-statement berkenaan dengan apa yang terjadi serta sering berkias-kias bahasa di media sosial.
Kali ini ada pembaca kirimkan sebuah gambar print screen perbualan di antara pengurus Sufian Suhaimi dengan seorang netizen di sebuah ruangan komen bercerita tentang isu putus tunang.


Melalui ruangan komen itu, seorang netizen yang mempertikaikan tinggi sangatkah selitkan RM20 sehari masuk dalam Al-Quran, pengurus Sufian yang dikenali sebagai Mahadhir memjelaskan kepada gadis ini semua ini hanya ingin menutup kelemahan sendiri.

Menurut Mahadhir, sebenarnya Sufian mampu melakukan perkara tersebut. Jika dihitung dengan segala pendapatan hasil persembahan yang dilakukannya namun tetapi dia menganggap perkara memberi tip itu sebagai satu strategi merendahkan akhlak artis jagaannya.

Malah, Mahadhir turut menjelaskan yang terlalu gila-gilakan Sufian sebenarnya adalah anaknya yang sentiasa ingin bersama Sufian setiap minit sehingga kerap melakukan panggilan telefon tanpa henti dan sentiasa ingin bersama Sufian dan mengikutinya ke mana sahaja sehingga lewat malam dan awal pagi tanpa ditemani oleh teman mahupun keluarga sendiri.


Pengurus Sufian turut berkata sikap Elfira seperti perigi mencari timba dan menafikan Sufian cuba mencari penganti.
Malah, Mahadhir turut memberitahu ibu Elfira sendiri telah menghubungi bekas kenalan Sufian dan sengaja mencari alasan untuk memutuskan pertunangan itu.
Bukan itu sahaja, Mahadhir turut menegaskan yang terlalu menginginkan Sufian adalah Elfira namun ibunya itu yang telah memutuskan pertunangan mereka dan seperti apa yang Sufian telah jelaskan beberapa kali, wang hantaran dan syarat yang telah ditetapkan itu bukanlah alasan utama.
Dalam pada itu, Mahadhir turut menjelaskan sebenarnya semua benda dapat disediakan termasuklah kondo dua tingkat yang kini di diami oleh Sufian.

Aduh bagaikan drama pula MH rasakan kisah mereka ini. Memang merumitkan!
Jujur MH sendiri terkejut apabila pengurus Sufian berani buka mulut dan ceritakan kisah sebenar kepada semua orang.

Nampaknya perkongsiannya ini telah mendapat sambutan ramai dan rata-rata terkejut dan tidak sangka.

SUMBER GAMBAR: Kiriman Pembaca Media Hiburan via Media Hiburan

Artikel berkaitan…

‘KETIKA MAJLIS BERTUNANG OKTOBER LALU PUN SUDAH TAWAR HATI’ – BAPA ELFIRA LOY

 

Kontroversi putus tunang yang melanda Sufian Suhaimi dan Elfira Loy semakin kurang diperkatakan oleh netizen. Namun luahan ibu Elfira baru-baru ini menerusi Instagramstory membuatkan isu ini hangat kembali diperkatakan oleh netizen.

Terbaru, bapa Elfira ada membuat kenyataan terbarunya berkenaan isu putus tunang anak daranya dan penyanyi Di Matamu itu.
Tiada isu hantaran tinggi timbul ketika majlis merisik, tunang

Bapa Elfira, Ahmad Sabri Ariffin berkata kepada Rojakdaily bahawa soal hantaran tinggi tidak dibangkitkan semasa majlis bertunang atau merisik dan tidak seharusnya pihak luar membuat andaian bukan-bukan.

Kenapa ada yang beranggapan wang jumlah hantaran yang tinggi menjadi punca mereka putus tunang. Percayalah masa majlis merisik mahupun bertunang tak ada pun perkara ini dibangkitkan.

Masa dua majlis berkenaan pihak keluarga saya sendiri tak ada minta yang minta-minta. Jadi kenapa perlu ada andaian itu dan ini.

Petanda tak baik masa bertunang

Apa yang lebih mengejutkan, Ahmad Sabri mengakui sebagai bapa, hati kecilnya merasakan bagai ada yang tidak kena dengan hubungan anak perempuannya itu. Namun, dia memilih tidak mengendahkan perasaan itu.

Jujurnya ketika majlis bertunang bulan Oktober lalu pun saya sudah tawar hati. Tapi saya ikut rentak dan percaya mungkin ini semua ujian serta dugaan kecil.

Majlis pertunangan pun sebenarnya kelam kabut. Saya lihat ia petanda tak baik yang hubungan mereka takkan lama. Cuma saya tidak mahu cepat buat keputusan terburu-buru kerana ia soal kebahagiaan anak sendiri.

Bincang tidak teruskan hubungan Elfira-Sufian

Ahmad Sabri juga mendedahkan dia ada berbincang dengan bekas isterinya untuk tidak meneruskan pertunangan anak mereka selepas dua bulan tali pertunangan diikat.

Kira-kira dua bulan selepas bertunang iaitu pada November tahun lalu saya berbincang dengan ibu Elfira bagaimana untuk tidak meneruskan hubungan mereka.

Kita orang Melayu ada cara, budaya dan adat sekalipun nak putuskan tali pertunangan. Jujur langkah saya berat tapi mahu atau tidak kena teruskan.

Sumber: Rojakdaily via himpunan media

 

Artikel berkaitan…

[Exclusive]“To Be Honest,Mak Si Elfira Yg Gi Call Ex-Sufian And Korek Everything”-Rakan Mengaku Teman Baik Dedah Kisah Disebalik Putus Tunang Sufian-Elfira

Episode duka dalam hidup penyanyi terkenal Sufian Suhaimi nampaknya menjadi perhatian ramai netizen kerana Sufian di katakan sangat sedih apabila hubungan cinta yang di harapkan bersama Elfira tidak sampai ke pelaminan.Manakan tidaknya, Sufian di khabarkan tidak pula bergaduh besar dengan Elfira,namun berita putus tunang di war-warkan kepada pihak media telah mengejutkan ramai orang.

Menerusi lagu barunuya, Sufian meluahkan rasa hati. Sebelum ini, ramai pihak di maklumkan putusnya tunang antara mereka berdua kerana Sufian tidak mampu menyediakan wang hantaran.Pendek kata isu wang menjadi pokok. Namun begitu,ianya seperti tidak logik.Tahukah anda siapa Sufian Suhaimi?

Sufian datang dari keluarga terpelajar di mana ayah dan ibunya adalah ahli akademik dan keluarganya juga bukanlah dari golongan biasa-biasa.Kiranya Sufian nie anak orang senang juga. Sufian sendiri berpelajaran tinggi, dan sudah mempunyai Master di usia yang masih muda.Maknanya jika dia tidak aktif sebagai penyanyi, Sufian memang punya masa depan yang cerah dalam bidang lain kerana berkelulusan tinggi.

Dalam dunia hiburan, Sufian bukan sahaja mampu menyanyi malah dia mampu menjadi komposer dan penulis lirik lagu.Sejarah yang lepas membuktikan hasil kerja Sufian memang meletup dan di sukai ramai. Makanya, soal duit bukanlah menjadi satu isu. Ramai yang yakin, Elfira juga bukanlah gadis yang sangat memandang wang semata-mata.Namun persoalan ramai terjawab apabila seorang rakan Sufian berani tampilkan diri dan bercerita antara sebab mereka putus yang di ketahui olehnya selaku kenalan kedua-dua artis muda itu.

Kalau betul ini alasannya, rasa kesian pula dengan Sufian nie. Namun pada masa yang ramai juga mengimbau kembali ex-girlfriend Sufian yang dulu. Katanya dia di tinggalkan Pian untuk Elfira walaupun hal itu dah di nafikan oleh Pian sendiri. Netizen juga memberi macam-macam komen terhadap Pian di Instagram dan mereka mendoakan agar Pian mendapat ganti yang lebih baik.Kalau tengok gambar Pian post di Instagram,nampak sangat air mukanya yang tengah sedih.

Sumber : Kisah Dunia

 

Artikel sebelum ini…

Akhirnya, Bapa Elfira Loy Tidak Boleh Diam Kan Diri .. Ini Pesanan Tepat Kepada Sufian Suhaimi

 

KUALA LUMPUR: Ahmad Sabri Ariffin, iaitu bapa Elfira Loy, mahu Suffian Suhaimi berhenti mengeluarkan kenyataan berhubung kontroversi putus tunang bagi menjaga hati semua pihak.

Ahmad Sabri berkata, sejak kebelakangan ini, beliau mendapati Sufian kerap mengulas isu berkenaan sedang keluarga kedua-dua belah pihak sepakat untuk tidak memanjangkan perkara itu, apatah lagi membuat kenyataan kepada media.

“Sejak cincin tunang dipulangkan kepada keluarga Sufian di Muar, Johor pada 18 Februari lalu, saya fikir, hal ini tidak akan berpanjangan.

“Malah, bapa saudara yang mewakili keluarga Sufian ketika itu pun berharap tak perlu diperbesar dan dipanjangkan lagi isu putus tunang ini.

“Namun, perkara di sebaliknya terjadi. Saya lihat Sufian terus bercerita dan anak saya, hanya beberapa kali memberi kenyataan. Saya fikir, kenapa dia perlu ‘main’ lagi isu itu?

“Anak saya juga tidak mahu memanjangkan lagi perkara itu. Bagi saya, ayah atau bapa saudara Sufian elok menasihatinya supaya tidak memanjangkan perkara itu… Benda ini sudah tamat,” katanya kepada BH Online.

Bulan lalu, dunia hiburan kecoh apabila Filzah Yusoff iaitu ibu pelakon Elfira, mengesahkan pertunangan anaknya dengan penyanyi lagu Terakhir itu, putus.

Mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober, spekulasi ikatan pasangan ini goyah mula diperkatakan sejak Disember lalu apabila mereka tidak lagi memuat naik gambar bersama di laman sosial.

Sebaik Sufian mengakui berita ikatan pertunangan dengan pelakon itu putus, spekulasi mula bertebaran mengenai punca pasangan ini berubah hati. Penyanyi itu juga dilihat beberapa kali mengulas isu berkenaan kepada media sedangkan Elfira lebih banyak berdiam diri.

Ahmad Sabri berkata, beliau bagaimanapun faham tugas wartawan untuk mendapatkan bahan berita.

“Sufian boleh cakap ‘tidak’ dan jangan lagi memberi komen. Saya kurang pasti apakah semua ini strategi Sufian dan pihak pengurusannya yang mahu mempromosikan lagu baharunya.

“Selepas memulangkan cincin, saya yakin dan percaya keluarga kedua-dua belah pihak menerima ketentuan ini dengan lapang dada. Hal jodoh dan pertemuan itu milik Allah,” katanya.

Ikuti luahan hati Ahmad Sabri dan harapan melihat Elfira bahagia dengan hidupnya, dalam sisipan B*POP akhbar BH, esok.

SUMBER : BHARIAN ONLINE via gedebak viral

 

Artikel sebelum ini…

Sufian Suhaimi Dedahkan Syarat Yang Ditetapkan Oleh Ibu Elfira Loy .. Bukan Biasa Biasa Syarat Dia.

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Sufian Suhaimi, menepis spekulasi kononnya jumlah wang hantaran tinggi menjadi punca pertunangan dirinya dengan pelakon, Elfira Loy, putus.

Katanya, dalam keghairahan sesetengah pihak untuk menjadi orang pertama yang ‘tahu’ segala-gala, sebahagiannya tampil bersama andaian sendiri.

Sebelum ini, wujud dakwaan mengatakan Sufian kononnya tidak mampu untuk menyediakan jumlah wang seperti diletakkan oleh keluarga pihak perempuan, sehingga ikatan yang disimpulkan pada 6 Oktober tahun lalu terlerai.

Begitupun, ketika ditanya sendiri kepada empunya diri, penyanyi Terasa Ada itu menafikan perkara terbabit.

“Saya percaya, dalam hal sebegini, banyak pihak seperti mahu menjadi yang pertama. Seolah-olah, mereka tahu segala-gala yang berlaku.

“Tidak kurang juga yang membuat andaian dan kesimpulan sendiri, termasuklah dalam soal wang hantaran. Sedangkan, hakikatnya tiada isu pun dalam perkara itu.

“Silalah berhenti daripada membuat kesimpulan sendiri dan hormatilah keluarga saya serta Elfira,” katanya sambil menegaskan, dirinya sekali-kali takkan mudah melatah dengan segala apa yang terjadi.
SYARAT IBU ELFIRA LOY KEPADA SUFIAN SUHAIMI
Jelasnya, selama ini, tiada jumlah wang hantaran tepat yang ditetapkan, sebaliknya beliau perlu membaca sebuah surah sebagai syarat memiliki gadis berkening lebat itu.

“Sebelum berkahwin dengan anaknya, ibu Elfira ada meletakkan syarat seperti saya perlu menghafal Surah al-Mulk, selain menabung sejumlah wang setiap hari,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta ulasannya berhubung tindakan netizen mempersenda diri dan judul lagunya, Sufian berkata, tumpuannya kini adalah lebih kepada berdepan kontroversi terbabit dan memulihkan imej yang tercalar.

Baru-baru ini, segelintir netizen dikatakan mempersenda penyanyi ini dan lagunya, seperti mewujudkan tanda pagar #terasaadawalausekejap, berdasarkan dendangannya, Terasa Ada.

“Dalam hal mempersendakan ini, ia tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka. Begitupun, saya maafkan mereka kerana masing-masing tidak tahu apa yang berlaku,” katanya yang bakal muncul dengan single keempat, Di Matamu.

Belum pun dilancarkan, video lirik tidak rasmi lagu itu kini sudah pun ‘trending’ nombor satu di YouTube.

SUMBER : BHARIAN

Artikel Berkaitan ..
Lagu Sufian Suhaimi selepas putus tunang trending no 2 di YouTube
Lagu Sufian Suhaimi selepas putus tunang trending no 2 di YouTube

VIDEO lagu penyanyi Sufian Suhaimi berjudul Di Matamu menjadi trending nombor 2 di laman YouTube minggu ini.

Lagu yang dikeluarkan selepas episod putus tunangnya dengan pelakon Elfira Loy berakhir itu mendapat lebih 1.5 juta tontonan di laman tersebut.

Di Matamu merupakan lagu yang mendapat perhatian masyarakat selepas ia dikataka

Difahamkan lagu itu dijangka akan dilancarkan pada 23 Mac ini iaitu tarikh sepatutnya Sufian dan Elfira mendirikan rumah tangga.

Video itu turut menerima lebih 1,500 komen daripada pelayar laman tersebut.

Rata-ratanya terkesan dan turut bersimpati dengan apa yang dirasai oleh Sufian yang kini sedang bersedih apabila jodohnya dengan Elfira tidak kesampaian.

“Sabar ya dengan cerita tu. Kami tahu perasaan Sufian. Bertabah ya… Tapi 100% gerenti lagu ni sedih…

“Sebagai seorang yang pernah merasa putus sebuah pertunang.. Aku seakan faham bait- bait lirik yang cuba diceritakan dalam lagu ini,” tulis beberapa pelayar tersebut.

SUMBER : Astro Awani via gedebak viral