Isu Kes Isteri Skandal Dengan Pengasas Produk .. Ini Cerita Sebenar, Adakah 1 Malaysia Semua Dah Kena?

Kisah sebelum ini … Ini status suami
Seorang lelaki meluahkan rasa kesal dan mendakwa kepercayaan yang diberi kepada isteri untuk bekerja membantu menambahkan pendapatan keluarga telah dikhianat di mana isterinya bermain cinta dengan majikannya.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Zahary mendakwa pengasas produk itu menggoda isterinya dan dia mempunyai bukti gambar isterinya berdua-duaan dengan lelaki berkenaan.

“Assalamualaikum semua. Saya adalah suami kepada WAWM dengan ini melarang sekerasnya isteri saya berniaga produk tersebut. Ini kerana pengasasnya seakan menggoda isteri saya sehingga banyak gambar mereka berdua-duaan dan pelbagai perbualan yang tidak sepatutnya berlaku di antara mereka. Jadi saya tidak mahu lagi isteri saya berhubung dengan pengasas produk ini.

“Saya umumkan secara besar-besaran kerana saya ingin isteri saya kembali semula pada saya demi saya dan anak-anak serta keluarga. Saya akan cuba sebaiknya memelihara isteri saya.

“Saya sedar selama ini saya kurang memberi perhatian kepadanya kerana saya bekerja makan gaji di siang hari dan bekerja separuh masa sebagai Longkai di waktu malam untuk menambah pendapatan isi rumah,” katanya.

Menurut Zahary, dia membenarkan isterinya bekerja bagi membantu menambah pendapatan keluarga tetapi tidak menyangka kepercayaan yang diberi telah disalahgunakan.

Walaupun begitu, Zahary tetap memaafkan isteirnya kerana masih sayang dan memikirkan anak-anak mereka yang masih kecil.

“Pada awalnya saya membenarkan isteri saya berniaga kerana isteri saya nak membantu saya. Namun saya tidak menyangka kepercayaan yang saya berikan telah disalahgunakan oleh isteri saya sehingga terjalinnya hubungan yang tidak sepatutnya.

“Saya maafkan isteri saya kerana saya terlalu sayangkan dia dan anak-anak kami masih kecil lagi.

“Saya sedar saya kurang berharta dan tidak mampu hidup mewah seperti golongan elit. Tetapi empat perkara asas paling wajib dalam Islam sebagai suami telah saya laksanakan seperti tempat tinggal, makanan, pakaian dan ubat-ubatan.

“Sesiapa yang membaca status saya ini, saya menyeru agar jangan menyokong isteri saya berniaga dengan pihak berkenaan kerana perniagaan ini membuatkan isteri saya lupa tanggungjawab sebagai isteri. Remuk hati saya apabila melihat seorang lelaki bujang berhubung secara berlebihan dengan isteri saya,” katanya yang turut meminta orang ramai memboikot produk berkenaan.”‘
Kisah Sebelum .. Ini Status Isteri ..
“10 tahun aku bertahan dengan kau! Segala perit hidup aku yang sebenar semua orang tak tahu. Semua orang tak tahu. Aku tak tahulah perempuan mana yan boleh bertahan dengan kau seperti mana aku bertahan selama ini.

“Diabaikan menangis sepanjang hidup sebab aku terlalu menjaga aib kau. Menerima seadanya perangai kau terhadap aku. Walaupun kau pernah curang di atas katil dengan perempuan lain pun aku tetap menerima kau balik.

“Kau selalu ambil dadah ketum semua itu pun aku terima. Sekarang pandai kau buat drama menampakkan kau seorang saja yang baik tan ada salah dan silap. Kau sekarang jangan meroyan bila hati aku memang dah tawar dan tiada ruang untuk kau.”
Adakah ini satu teknik marketing untuk mencari follower instagram dan menaikkan nama produk?
Lihat status isteri di instagram. Sebelum ini instagram dia tidak boleh dilihat kerana private tetapi sekarang telah di’public’kan. Tetapi ruangan komen ditutup.

“06.03.2018 @ 03.30 am Assalamualaikum good morning netizen sekalian Adalah lebih baik anda semua doakan perkara yg baik2 utk rumahtangga kami .. Apa yg berlaku semua bersebab dan ada hikmah.. Allah sayang kan kami sebab tu kami di Uji Masing2 ada khilaf masing2 Saya maafkan anda semua yg bersusah payah menghitung dosa pahala kami InsyaAllah doakan pengakhiran yg baik2 buat kami berdua.. Terima kasih jugak utk segala nasihat pandangan anda semua Kami amek dan terima dari sudut positive Yang baik dtg dari Allah Yg buruk dari kita sendiri ❤❤❤ Semoga aib anda semua terus dijaga dan kehidupan sentiasa dlm rahmat Allah Sebarkan perkara yg baik2 sahaja insyaAllah berkat hidup anda #weAreStrong#wearestrong

APA PANDANGAN ANDA? TEKNIK MARKETING ATAU TIDAK? 


NETIZEN MULA MENABURKAN KECAMAN DI FACEBOOK SUAMI
“Wan Wann – bro dh berbaik balik nampak dgn bini.memang strategy marketing ka mcm na.follower bini bro dh jd kat 7k.b^^i btl la 1 malaysia kena kencing”

“Syahril Achu –  Apa cerita bro..dah kecoh ckp pasal marketing je..hal mcm ni pun blh buat main2 ke bro..kalau betul pasal maeketing.aku doa korang bertaubat banyak2..aku rasa banyak yg akan menyumpah seranah korg..silap2 ada yg mendoakan korg mati nnt…1 malaysia korg game bro.. ”
Selepas menjadi tanda tanya netizen, Zahary Zack muat naik 1 gambar di instagram

Masih tiada apa apa kenyataan dikeluarkan dari suami isteri ini dan masih lagi samar samar tetapi rata rata netizen mengatakan ini adalah teknik marketing dan teknik ini amat dibenci sekali. Sekiranya betul mohon mereka bertaubat tetapi sekiranya tidak mohon kita jangan la menambah spekulasi. Apa apa akan diupdate dari masa ke semasa – GedebakViral

Sumber: Zahary Zack