Ini 6 Benda Renyah Yang Korang Sanggup Buat Dengan Handphone Zaman Dulu!

Rata-rata pembaca yang lahir tahun 90’an mesti boleh relate dengan post kali ni.Korang ingat tak dulu-dulu kalau pakai phone mesti di-cop orang kaya. Mana taknya, nak beli simcard pun dah mahal sangat! Beratus-ratus, itupun yang nombor biasa.

Nak custom made nombor lagi lah mahal. Kalau nak dibandingkan feature handphone dulu dengan handphone zaman sekarang memang jauh berbeza. Jom throwback memori-memori korang guna handphone time dulu-dulu!

Game ular & space impact paling power!

Ini time raya boleh buat gaduh weh! Yelah..time ni lah nak lawan main game ular dan space impact! Nak tengok siapa yang paling power boleh elakkan ular tu termakan diri dia sendiri. Bila dah makin panjang tu lah makin susah nak handleSpace impact pulak siapa paling hebat dapat lah lawan jet besar tu. Bangga sangat bila dapat score paling tinggi.
Gigih taip kod nak dapatkan ringtone best!

Kalau korang rasa sekarang ni nak dapatkan ringtone favourite korang susah sebab nak transfer lah apa kan? Korang tak tahu dulu gigih beli majalah semata nak dapatkan kod-kod lagu nak dijadikan ringtone. Lepas tu kena taip satu satu tau bukan boleh cut and paste. Meriah tau ringtone walaupun monophonic dan polyphonic je!
Jangan gerak-gerakkan phone tu! Tengah Infra-red!

Kalau kawan korang ada lagu best kenalah share-share kan? Tapi nak tunggu infra-red tu punyalah lama. Lepastu handphone memang tak boleh gerak-gerakkan! Nanti terus hilang connection. Sebab time tu tak semua handphone ada bluetooth.
“Weh, MMS lah gambar tu kat aku!”

MMS ni bukan ambik masa 10 minit untuk hantar satu gambar tapi satu jam pun boleh jadi tau! Renyah betul. Tapi time tu okay lah sebab tak sampai lagi trend ootd sampai 100 gambar hehe.
Kene hantar mesej 2 kali

Dulu admin pelik jugak kenapa dekat hujung mesej yang dapat tu macam tak habis cakap. Kadang-kadang ada tanda ” 1/2, 2/2″. Lah rupanya, tak cukup character nak taip atau panjang sangat. So, mesej tersebut kenalah dihantar dalam dua text yang berasingan!
Memori cepat penuh

Ada sesetengah phone dulu, kalau korang nak beli lagu baru, korang kena buang dulu lagu yang lama tu. Sebab memori tak muat! Sadis sangat rasanya.
Sekarang, dah tak payah susah-susah nak buat semua benda ni!

Renyah sungguh kan nak buat semua benda ni. Lagi-lagi zaman sekarang semua benda nak cepat. Zaman dah canggih dan Samsung dah keluarkan model terbaru iaitu Galaxy S9 & S9+ yang memudahkan kerja korang. Dengan pelan Ultimate Device dari U Mobile, korang boleh dapatkan Samsung Galaxy S9 dan S9+ ni bermula dari RM1,819!

Berbaloi kan? Bukan tu je. Dengan pelan dari U Mobile ni, korang tak perlu risau kalau terikat dengan kontrak sebab pelan ni bebas kontrak. Dan yang paling penting sekali, boleh dapatkan Galaxy S9 dan S9+ ni tanpa bayaran pendahuluan. (tertakluk kepada terma dan syarat)
Apa special sangat Samsung Galaxy S9 dan S9+ ni?

Ish, memang best sangat! Di saat korang makan ayam goreng dan tangan korang berminyak-minyak tu, mesti susah nak unlock phone kan? S9 ada intelligent scan tau! Ada iris scanner, fingerprint scanner dan juga pengecaman muka (face recognition)!

Security memang terjamin. Kalau dulu, senang-senang je orang nak bukak phone kita. Sekarang ni dah power, memang susah orang nak hack tau!

Kamera dia pulak dual-aperture di mana ia berfungsi seakan-akan mata kita. Wow! Kamera tersebut sesuai digunakan dalam cahaya yang terang mahupun gelap. Dengan 960fps, ianya merakam 4 kali lebih laju dari phone biasa. Kalau nak compare dengan phone dulu-dulu tu, tak payah cerita lahh..

Dengan Samsung Galaxy S9 dan S9+ amik gambar memang ohsem! Lepas ni Instagram feed, FB status dan Twitter update korang mesti penuh dengan gambar-gambar cantik. Korang boleh post banyak sebab pelan dari U Mobile ni bagi korang UNLIMITED data untuk FB,Instagram dan Twitter! Laaaagilah ohsem!

Bukan tu je,kalau dulu kena buat manual emoji, sekarang ni emoji pun boleh gerak-gerak tau! Dengan Samsung Galaxy S9 dan S9+ ni, korang boleh reka emoji sendiri. Jadi korang boleh buat muka korang jadi emoji tu! Best sangat weh. Kalau korang marah tu korang hantar emoji muka korang tengah marah, lagi takut orang.

Kalau korang ni kaki muzik, kaki tengok video, dengan pelan Ultimate Device 130, korang akan dapat UNLIMITED data untuk strim muzik via Music-Onz dan strim video via Video-Onz sampai lebam! Boleh layan Spotify, JOOX, tengok YouTube, Viu dan banyak lagi! Tengok pulak dekat skrin besar Samsung Galaxy S9 dan S9+. Memang puas hati!

Tak payah nak renyah-renyah lagi dah. Nak taip mesej pun tak payah, korang boleh send voice note atau send emoji je.

Kalau korang berminat, korang boleh layari laman web U Mobile ni! Dengan harga berpatutan, elok kalau korang pergi cepat sikit!

sumber: ohbulan