Hakim Meminta Mereka Buat Sesuatu Ramai Rasa Sebak .. Selepas Itu Ini Komen Intan Yang Pasrah

AMPANG: Suasana tenang menyelubungi galeri Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini apabila suami kepada aktres Izreen Azminda iaitu Ude melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Intan Liana Saleh pada pagi Khamis.

Ikatan perkahwinan selama lima tahun pasangan itu terlerai apabila Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, melafazkan talak satu terhadap Intan, 33, pada pukul 9.50 pagi.

Lafaz dibuat Ude di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin dan mahkamah memerintahkan Intan untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan bermula hari ini.

Suasana dalam galeri sebelum itu pilu apabila Shaiful memerintahkan pasangan itu bermaaf-maafan dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami-isteri sebelum lafaz dibuat Ude.

Intan dilihat menitiskan air mata ketika bersalaman dengan Ude dan selepas lafaz cerai dibuat oleh pemuzik bebas itu.

Pada 30 November tahun lalu, Ude selaku plaintif kes berkenaan memfailkan permohohan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 terhadap Intan.

Dalam pada itu, ketika ditanya oleh Shaiful alasan Ude memohon bercerai, lelaki itu memberitahu mahkamah keputusan tersebut atas alasan tiada lagi wujud kasih sayang dan persefahaman selain berhadapan dengan konflik rumah tangga yang berpanjangan.

Ude yang hadir ke mahkamah pada pukul 9.04 pagi ditemani peguamnya, Datuk Mohd Zaidi Md Zain manakala Intan turut hadir bersama keluarga dan peguamnya Suriany Awaludin.
KOMEN INTAN

 

Terdahulu ketika prosiding bermula, Mohd Zaidi memaklumkan pasangan itu masih lagi berbincang mengenai perjanjian penyelesaian berkaitan isu-isu tuntutan selepas perceraian termasuk nafkah.

Berdasarkan fakta kes, Mohd Zaidi berkata, pasangan itu sudah tidak mempunyai persefahaman di dalam perkahwinan dan wujudnya shiqa’€™ (perbalahan) berpanjangan.

” Perbincangan sudah dibuat, namun tiada jalan penyelesaian dicapai antara kedua-dua pihak. Pihak-pihak sudah tinggal berasingan sejak lima bulan lalu. Perceraian ini juga tidak membabitkan pihak ketiga,” katanya.
Sementara itu, Intan ketika ditemui berkata, dia reda dengan takdir Allah SWT.
“Saya reda dengan takdir yang Allah SWT tentukan. Saya terima jodoh saya sampai di sini,” katanya.

Intan yang kelihatan sebak dengan perceraian ini berkata, dia tidak menyimpan sekelumit dendam atau marah terhadap Ude.

“Saya tidak marahkan Ude atas apa yang berlaku ini. Saya baik-baik saja.

“Malah pihak keluarga saya juga menerima keputusan ini dengan hati terbuka,” katanya.

Menurut Intan, dua cahaya matanya masih dalam jagaannya dan bakal memfailkan hak penjagaan sepenuhnya serta tuntutan lain selepas ini.

“Sepanjang kami tidak tinggal bersama Ude bebas membawa anak-anak untuk bersamanya.

“Saya tiada masalah untuk Ude mengambil anak, tetapi saya akan failkan hak penjagaan sepenuhnya dan tuntutan lain selepas ini,” katanya.

SUMBER : MSTAR ONLINE SUMBER : HMETRO ONLINE