Freemason Di Malaysia? Ini Kisah Bagaimana Usaha Arwah Tok Guru Menghalang Ajaran Freemason Masuk Malaysia

Cerita yang akan diutarakan kali ini adalah cerita lama yang sengaja saya bangkitkan bagi mengingati kembali betapa luasnya pengetahuan alim ulama’ di Malaysia tentang konspirasi Yahudi.

Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat misalnya… memang masyhur dengan kealimannya. Lihat saja penampilan dan kehidupannya, penuh kesederhanaan dan ketakwaan. Tapi siapa sangka beliau juga mempunyai pengetahuan yang luas tentang konspirasi Yahudi khususnya Freemason di Malaysia.
Membangkitkan Isu Freemason di Malaysia
Cubaan Allahyarham Nik Aziz Mengharamkan Freemason Di Malaysia

Pada 25 Oktober 1978, seluruh ahli parlimen Barisan Nasional digemparkan dengan “killer question” daripada Tuan Guru. Ketika itu Tuan Guru adalah ahli parlimen bagi Pengkalan Chepa dan ketika itu juga Perdana Menteri ialah Tun Hussein Onn.

Apabila tiba gilirannya, Tuan Guru membangkitkan suatu persoalan tentang pertubuhan Freemason di Malaysia. Di dalam soalannya itu Tuan Guru mempersoalkan “Mengapa kerajaan Malaysia tidak mahu mengharamkan pertubuhan freemason yang semua orang telah jelas bahawa ia bercanggah dengan akidah Islam?”

Tuan Guru juga mendedahkan bahawa sehingga 1977, sebanyak 55 pertubuhan Freemason (yang mempunyai loji atau “lodges”) berjaya didaftarkan secara sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 .

Dan keanggotaannya pula telah pun mencapai 2,984 ahli. Tuan Guru juga menimbulkan rasa khuatirnya dengan mengatakan golongan yang terlibat bukanlah calang-calang orang. Ahli-ahlinya terdiri daripada individu-individu elit dalam pentadbiran kerajaan Malaysia.

Dan yang paling mengejutkan, apatah lagi Tuan Guru sendiri, Tun Hussein Onn ketika menjawab soalan itu mengatakan kerajaan tidak bercadang langsung untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) walaupun mengakui ianya bercanggah dengan akidah Islam.

Bimbang sekiranya Tuan Guru akan bertanyakan soalan yang sama kepadanya, Dr. Mahathir bingkas membuat suatu ucapan panjang lebar di perhimpunan Agong UMNO yang ke-33 pada 10 September 1982 selepas menjawat jawatan Perdana Menteri.

Kecaman berterusan PAS ketika itu terpaksa membuatkan Dr. Mahathir menafikan sekeras-kerasnya penglibatan beliau dan setiausaha politiknya dengan pertubuhan Freemason.

Mahathir juga menafikan dakwaan pembangkang yang mengatakan ahli-ahli Freemason telah pun menjadi pekerja-pekerja sukarela UMNO dalam pilihanraya umum sejak 1974 lagi.
Ketidakupayaan PAS era 1980-an Menghalang Pendedahan
PAS tidak berupaya mendedahkan hal ehwal Freemason dalam pentadbiran kerajaan, ini mungkin disebabkan bilangan ahli parlimen yang sedikit dan tiadanya saluran media elektronik untuk mereka pada masa itu. Isu Freemason pun berlalu sepi begitu sahaja.

Hal ehwal keterlibatan Freemason dengan pentadbiran Malaysia hanya berjaya disalurkan melalui ceramah-ceramah di Kelantan dan Kedah. Itupun bukannya ramai yang mendengar, dan yang dengar itu pun mungkin tidak faham.
Mahathir Mudah Lupa
Dr. Mahathir selalu mengatakan Melayu Mudah Lupa, tetapi dia sendiri juga mudah terlupa. Apabila isu soalan Nik Aziz tentang Freemason sudah tidak kedengaran lagi di parlimen, maka Dr. Mahathir fikir isu Yahudi itu telah dilupakan pembangkang.

Namun malapetaka menimpa kerajaan pimpinan Dr. Mahathir, apabila pihak pembangkang menyerang semula dengan pendedahan suatu maklumat berkenaan keterlibatan Dr. Mahathir dengan Yahudi Freemason.
Lord Saatchi, CEO Saatchi & Saatchi
Cubaan Allahyarham Nik Aziz Mengharamkan Freemason Di Malaysia

Pada tahun 1986 pembangkang mendedahkan bahawa Dr. Mahathir telah membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi yang bernama Saatchi & Saatchi untuk membantu UMNO merangka strategi pilihanraya umum 1986.

Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. Pada ketika itu, penasihat Ronald Reagen adalah rakan karib Dr. Mahathir iaitu Dr. Henry Kesingger.

Dalam tahun yang sama juga, Mahathir telah terbang ke US mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Henry Kissengger di New York. Pertemuan ini disahkan oleh Prisiden ISIS ketika itu iaitu Dato’ Dr. Nordin Sophie.

Kemudian setahun selepas itu pada 6 Mac 1987, Dr. Henry Kissingger telah terbang pula ke Malaysia dan mengadakan perbincangan tertutup di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan yang dikendalikan oleh ISIS ini dinamakan ‘Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur’.
Setelah Tok Guru Nik Aziz Tiada Lagi
Cubaan Allahyarham Nik Aziz Mengharamkan Freemason Di Malaysia

Selepas Tok Guru pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya, parti PAS diterajui pula oleh Haji Hadi. Apa yang merisaukan ialah Haji Hadi dilihat mula mesra dengan parti yang dahulunya diterajui oleh Mahathir di mana dasar-dasarnya menyokong perkembangan freemason ini.
Isu Freemason Kembali Sepi
Isu Freemason tidak lagi kedengaran kini dalam akhbar-akhbar barisan alternatif, namun saya percaya pasukan risikan pembangkan sedang mengumpul maklumat-maklumat yang penting. Ketika berjumpa Nik Amar Nik Aziz (anak Tuan Guru Nik Aziz) dua tahun lalu, saya berusaha mendapatkan maklumat berkaitan pertubuhan Freemason di Malaysia, namun gagal.

Mungkin Nik Amar fikir ia belum masa yang sesuai untuk mendedahkannya walaupun ianya pernah didedahkan pada 1978 dahulu. Seakan-akan mahu saya memahami situasinya itu, lalu saya mengubah topik perbualan berkaitan sekolahnya itu.

Tapi saya yakin beliau akan memperkatakan juga tentang itu, kerana Nik Amar kini adalah wakil ucapan bapanya sekiranya bapanya itu tidak dapat menghadiri sebarang majlis ceramah.
Kesimpulannya
Freemason di Malaysia telah pun bertapak sejak zaman perlantikan Residen Inggeris di Tanah Melayu lagi.

Di antara tokoh awal Freemason di Tanah Melayu ialah Sir Andrew Clark (Residen Perak), Sir Stamford Raffles, Sir Francis Light dan banyak lagi. Malah ibu pejabat Freemason bagi Asia Pasifik masih berdiri teguh sekarang di Singapura dan Kuala Lumpur.

Okay la… tak boleh cerita banyak-banyak sekaligus. Ada masa nanti, saya sambung lagi.

Allahu’alam…

Tonton video di bawah untuk mengenali lebih dekat tentang Freemason.

Sumber: zulsegamat.wordpress.com

SUMBER : BlogMazeer