Farid Kamil Didakwa Lagi. Kini Beliau Berdepan Dengan Hukuman Penjara Sehingga 3 Tahun Jika Sabit Kesalahan

PETALING JAYA – Selepas menghadapi lima pertuduhan, pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Farid Kamil sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tuduhan membuat laporan polis palsu kononnya tiga rakan artis meletakkan dadah ke dalam minumannya.

Farid Kamil Zahari, 37, bagaimana pun mengaku tidak bersalah.

Berdasarkan pertuduhan, beliau didakwa memberi keterangan dengan memasukkan palsu dan tidak benar bersabit laporan polis Damansara Report yang mana laporan itu boleh digunakan dalam prosiding jenayah dan diambil pertimbangan oleh pegawai polis berkenaan.

Kesalahan itu dilakukan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, jam 5.54 petang pada 31 Januari lalu.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, suami kepada pelakon, Diana Danielle itu berdepan dengan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda.

Majistret Salamiah salleh membenarkan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 7 Mei untuk sebutan semula kes. – Sinar Harian

 
Farid Kamil Tak Mengaku Buat Laporan Palsu

Farid atau Farid Kamil Zahari, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Salleh.

Mengikut pertuduhan, Farid didakwa mereka keterangan palsu bersabit sebuah laporan polis dengan memasukkan maklumat palsu dan tidak benar yang mana laporan itu boleh digunakan dalam prosiding jenayah dan diambil pertimbangan oleh pegawai polis yang menerima laporan itu

Kesalahan itu didakwa dilakukan jam 5.54 petang pada 31 Januari lalu di Balai Polis Taman Tun Ismail, Kuala Lumpur.

Dakwaan kes itu dikemukakan mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 193 kanun sama memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun dan denda, jika disabit kesalahan. – Mstar

Mahkamah bagaimanapun membenarkan Farid diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Mei depan untuk serahan dokumen.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee.

Sebelum ini Farid mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan iaitu memasukkan dadah jenis THC (Tetra Hydrocannibol) iaitu dalam kumpulan ganja ke dalam badan, pada 11 Januari lalu.

Pelakon filem Pinjamkan Hatiku itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira pukul 4.30 petang, 11 Januari 2018.

Farid turut mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan termasuk menampar seorang anggota polis trafik di Balai Polis Kota Damansara pada 11 Januari lalu dan dibebaskan dengan ikat jamin pada 16 Januari lalu.
Temu Bual Bersama Datuk Farid

 
‘Ujian berat abang saya’: Fadzil

 

ADIK kepada pelakon Datuk Farid Kamil, Fadzil Zahari akui abangnya kini berdepan ujian berat.

Fadzil ketika ditemui turut memohon orang ramai agar mendoakan semoga urusan Farid berjalan lancar dan dipermudahkan.

“Ini adalah ujian berat untuk dirinya dan keluarga.

“Insya-Allah kami akan sentiasa memberikan sokongan. Lagipun kami tidak tahu apa lagi perkara berbangkit yang bakal ditempuh selepas ini. Kita doakan yang baik-baik saja,”€ katanya.

Terdahulu Farid didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tuduhan membuat laporan polis palsu.

Tertuduh, Farid Kamil atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 37, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Salleh.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mereka keterangan palsu bersabit laporan polis dengan memasukkan maklumat palsu dan tidak benar yang mana laporan itu boleh digunakan dalam prosiding jenayah dan diambil pertimbangan oleh pegawai polis yang menerima laporan itu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan 5.54 petang pada 31 Januari lalu di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Dakwaan kes itu dikemukakan mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 192 kanun sama memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun dan denda, jika disabit kesalahan.

 

 

sumber Metro