[Exclusive] Isteri jual suami di facebook untuk layanan di atas ranjang termasuk threesome

Tertekan kerana hidup miskin,seorang isteri sanggup menjual suaminya di laman media sosial facebook untuk layanan di atas ranjang termasuk threesome.

Aksi prostitusi online itu terbongkar saat petugas kepolisian surabaya membuat serbuan di hotel di Jalan Kayoon Surabaya, akhir pekan lalu.

Dalam bilik itu kami menemukan pasangan suami isteri dan seorang lagi lelaki yang mendapat layanan threesome,kataRudi Setiawan

Menurut hasil siasatan lanjut,pihak polis juga menemukan group facebook yang dimiliki oleh suspek dengan anggota 5k.

Dipercayai pasangan suami isteri itu menawarkan Rp 300.000 hingga 500.000 untuk sekali perkhidmatan.

Kedua suspek masing-masing berusia 20 dan 24 itu kini ditahan dan di jerat dengan pasal Pasal 296 KUHP, dengan ancaman hukuman 1 tahun 4 bulan penjara.

Bagaimanapun keduanya mengaku melakukan perkara itu kerana tertekat dengan kehidupan ekonomi yang semakin meningkat.

Berdosa Ke Jika Suami Malas Bekerja?

Memberi nafkah kepada keluarga adalah tanggungjawab suami yang harus disediakan dan diberi kepada isteri dan anaknya tanpa perlu diminta.

Akan tetapi bagaimana pula dengan suami yang tiada wang, tidak bekerja kerana malas sedangkan secara fizikalnya mereka mampu untuk bekerja.

Di dalam satu hadis, Rasulullah SAW ada menyebutkan yang suami wajib memberi nafkah kepada isterinya. Malah, dia patut mengutamakan keluarga daripada adik beradik atau kenalan yang bukan darah dagingnya.

Rasulullah SAW bersabda,

Mulailah dari dirimu sendiri. Sedekahkanlah untuk dirimu. Selebihnya dari itu untuk keluargamu (anak dan isterimu). Selebihnya lagi dari itu untuk keluargamu. Selebihnya lagi dari itu untuk tujuan ini dan itu yang ada di hadapanmu, yang ada di kanan dan kirimu.” (HR. Muslim: 997).

Jadi, jika suami tidak memberi nafkah kepada isteri kerana tiada wang, malas bekerja, itu telah menjadi satu dosa. Dan, isteri berhak mengambil harta suami untuk memenuhi keperluannya dan anak dalam jumlah yang secukupnya.

Sabda Rasulullah SWT,

Seseorang itu boleh dikatakan berdosa jika dia mengabaikan orang yang dia wajib beri nafkah. (HR. Abu Daud: 1692).

Namun, jika sepanjang perkahwinan, isteri sering memenuhi keperluan mereka dari pendapatan mereka sendiri, itu telah menjadi haram kepada suami terutama sekali apabila isteri tidak meredhai perbuatan itu.

Tetapi, jika isteri redha, itu dianggap sebagai sedekah yang dilakukan oleh isteri kepada suaminya. Ini juga disebabkan oleh hasil kerja isteri adalah 100% milik mereka sendiri.

Berikanlah mas kawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian yang penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kawin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.–utaranews.com

http://eberita.org