“Dia anugerah terindah..” Akhirnya, Jamal Abdillah Kenalkan Isteri Barunya!

Inilah ‘cinta hati’ saya…

“DIA anugerah terindah dari Tuhan pada usia saya 59 tahun. Saya juga akan menjaganya sebaik mungkin,” kata Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah.

Menurut Jamal, dia percaya sudah sampai masanya memperkenalkan isterinya Zai Izzati Khiruddin, 24, kepada pihak media dan peminat selepas 11 bulan berkahwin.

“Buat apa nak sorok kerana kami sudah sah bernikah dan isteri saya juga sering menemani ke mana-mana majlis sekarang.

“Pada masa sama, isteri juga baru menyesuaikan diri dalam rumah tangga kerana perbezaan usia kami 35 tahun,” katanya.

Jamal berkata ketika ditemui pada majlis Luncheon With The Stars di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, petang tadi.

Jamal berkata, dia dan Zai Izzati yang berasal dari Kulim, Kedah, berkenalan selama dua bulan sebelum mengambil keputusan berkahwin.

“Kami diperkenalkan oleh keluarga dan tidak kenal pun sebelum ini.

“Anak saya, Osama juga okay dengan Zai Izzati,” katanya.

Jamal bernikah dengan Zai Izzati pada 1 April 2017.

SELEPAS tujuh bulan ‘mengunci mulut’, penyanyi veteran popular Datuk Jamal Abdillah memperkenalkan isteri barunya Zai Izzati Khairuddin, 23, kepada para peminatnya.

Menurut Raja Pop tanah air berusia 58 tahun itu, jarak umur 35 tahun antara mereka adalah “Ketentuan Ilahi” dan dia amat gembira memounyai seorang isteri yang penyayang dan mengambil berat tentangnya.

“Berkahwin sekali lagi bukanlah mudah, terutama sekali apabila anda berkahwin dengan seseorang yang bertahun-tahun lebih muda. 

“Saya akui perjalanan kami sebagai pasangan suami isteri baru sahaja bermula, dan masih banyak lagi yang kemi perlu belajar tentang diri satu sama lain,” kata Jamal.

Penyanyi itu turut mengakui bahawa Zai merupakan seorang wanita muda dan bergaya jika nak dibandingkan dengan dirinya, dan oleh kerana itu Jamal sentiasa cuba ‘mengawal’ sesetengah kebiasaan isterinya yang ‘terlalu trendy‘.

“Saya mempunyai tanggungjawab yang perlu dilunaskan sebagai seorang suami dan dalam masa yang sama, saya juga belajar perkara baru tentang dia (isteri). Kunci kebahagiaan berumah tangga adalah tolak ansur,” kata Jamal lagi.

Jamal dan Zai bernikah hanya sebulan setelah mengenali antara satu sama lain.

Tidak dinafian, memang terdapat suara-suara kurang senang daripada sesetengah rakan dan ahli keluarga mereka yang menyifatkan mereka terlalu cepat mahu bernikah, namun Jamal tidak bersetuju dengan pendapat itu.

“Saya telah berfikir masak-masak dan juga telah membincangkannya dengan ahli keluarga saya. Pertama kali bertemu, kami tidak keluar berdua terlalu kerap dan sentiasa bersembang melalui telefon,” jelas Jamal.

Ini merupakan pernikahan keempat buat Jamal yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad.

Jamal mempunyai dua orang putera lelaki iaitu Osama Yamani, 16, hasil perkahwinannya dengan Noraina dan Ahmad Zaki Yamani, 10, daripada isteri ketiganya, Fatimatuzahrah. – MYNEWSHUB.CC

Sumber : hmetro.com.my/mynewshub

kredit: murai.com