Datuk Farid Kamil Akan Tinggal Farid Kamil Sahaja .. Farid Kamil Menjawab

Sejak ditahan reman, disahkan positif dadah dan berdepan dengan dakwaan jenayah, ada pihak yang mula mempertikaikan gelaran Datuk yang diterima oleh pelakon Farid Kamil. Walaubagaimanapun, sehingga hari ini Farid memberitahu beliau tidak menerima sebarang makluman rasmi bahawa gelaran itu akan ditarik balik. Farid meminta netizen berhenti membuat spekulasi liar berhubung isu tersebut.

Berhubung kontroversi terbabit, saya belum dapat apa-apa maklum balas secara formal mengenai gelaran yang dianugerahkan kepada saya itu.

Farid menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada 16 Disember tahun lepas, sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan.

Terdahulu, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku pemangku Raja Pahang menerima baik sekiranya Farid memulangkan Darjah itu dengan rela hati berikutan kontroversi beliau didakwa di mahkamah.

Sumber Berita : BH ONLINE
Pesanan Dari Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah Kepada Farid Kamil
 

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menerima baik sekiranya pelakon terkenal dan penerbit filem, Datuk Farid Kamil Zahari dengan rela hati memulangkan semula Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP).

Tengku Abdullah turut mengakui berasa dukacita selepas dikejutkan dengan tindakan pelakon tersebut yang ditahan dan didakwa di mahkamah kerana menampar seorang anggota polis di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

“Semua individu yang mendapat (gelaran) Datuk, telah tersurat dan tersirat dalam etika untuk (layak) memakai gelaran ini.

“Kalau hendak diikutkan hati, nak tarik semua (anugerah kebesaran negeri). Saya dukacita kalau terdapat individu yang digelar Datuk berkelakuan seperti ini.

“Kalau dia hendak pulangkan, terpulanglah. Kalau dia sedar dan dia hendak pulangkan, itu lebih baik,” titah baginda kepada pemberita di sini semalam.

Baginda bertitah demikian ketika mengadakan lawatan ke atas mangsa kebakaran tiga buah rumah di Perkampungan Sungai Isap di sini yang hangus dijilat api dalam kejadian petang kelmarin.

Sebagai rekod, Farid Kamil menerima anugerah DIMP di Istana Abu Bakar, Pekan pada 16 Disember tahun lalu yang membawa gelaran Datuk.

Ujar Tengku Abdullah lagi, baginda tidak mahu menghukum mana-mana pihak bergelar Datuk sekiranya individu terbabit melakukan kesalahan.

“Saya bukan mahu menghukum, tapi mereka sendiri yang tersalah langkah. Kalau kita hendak tarik semula (gelaran Datuk), kita juga harus mengikut prosedur.

“Tapi kalau dia hendak pulangkan, itu cara terbaik,” tambah baginda. – K! ONLINE

SUMBER :Kosmo Online via gedebakviral