Dah Kenapa Makcik Bawang Ni !! (FOTO) Jejai Cium Mulut Jemyma, Anak Fasha.. Tapi ‘Makcik Bawang’ Pula Sibuk Kecam

Selebriti popular iaitu Fasha Sandha tidak lagi di perkenalkan kerana sememangnya terkenal di Malaysia.
Fasha Sandha berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai pada 27 April 2012 telah pun bercerai pada 20 Januari 2016.
Pasangan ini di kurniakan dua cahaya mata iaitu anak lelaki yang bernama Putra Rayfal dan juga seorang anak perempuan bernama Putri Rasya Jemyma.
Jejai juga merupakan bekas suami kepada seorang lagi artis popular iaitu Nora Danish dan di kurniakan seorang anak lelaki bernama Putra Rayqal.
Walaupun pasangan ini telah bercerai namun hubungan mereka dengan anak-anak masih baik. Fasha Sandha dan Jejai sama-sama bergilir-gilir menjaga kedua-dua anak mereka. Melalui laman sosial Instagram artis tersebut ada memuat naik gambar anak perempuannya iaitu Jemyma.
Gambar tersebut memaparkan Jejai iatu selaku ayah kepada Jemyma mencium mulutnya.
Ekoran daripada gambar tersebut, ada segelintir netizen menyelar tindakan Fasha itu kerana membiarkan Jejai melakukan hal sedemikian.



Antara kata-kata yang di ucapkan di ruangan komen laman sosial Instagram Fasha Sandha ialah:-
“Dengan anak tak yah nak cium molot tu.”

Ada juga netizen yang berkata bahawa ia adalah tanda kasih sayang antara ayah dan juga anaknya kerana anak Fasha Sandha masih kecil dan bukanya dewasa.
Antara komen yang meyokong Fasha Sandha :-
halidazm63: @rosmawarahmad bukan cium dgn nafsu pun…anak anak akak semua pun cium mulut…masa kecik kecik…just satu kiss jer…bukan cium cm org dewasa…yg ciuman bernafsu…yg penting..tau harga kaseh sayang antara ibu ayah n anak anak…

shaf_tastemade: @rosmawarahmad apehal lak..anak die..budak kecik lagi..bengong ko ni…die bukan cium bontot ko pon…lain org lain tunjuk kasih syg melainkan ko ni x der anak..xthu rase..

Alamak.. macam-macam hal ya mulut makcik-makcik bawang. Isu sperti ini pun masih nak kecam, sibuk betul.
Pada Fasha Sandha semoga anak-anaknya bahagia di samping ayah dan juga ibunya. Semoga bahagia selalu.
Kredit: IG Fasha Sandha
sumber : harianmetro.my

Artikel fasha sebelum ini…

Kenapa Fasha Sandha Terpaksa Mengambil Cuti Sakit?

Aktres Fasha Sandha sememangnya dikenali dengan komitmen dan disiplin tinggi dalam bidang lakonan.

Terbaru, menerusi laman Instagram Fasha, @fashasandha, pelakon utama drama rantaian Syurga Yang Kedua ini berkongsi mengenai keadaan kesihatan dirinya.

Biarpun sedang sakit, Fasha tetap meneruskan tugasnya sebagai penerbit dan pelakon untuk sitkom terbaru, Mamu Mami Gosip terbitan FS Creatives Sdn Bhd.

“Production sendiri ke, production orang ke, komitmen tetap kena bagi yang terbaik. Itu adalah tanggungjawab,” tulis Fasha.

Kapsyen tersebut turut disertakan dengan hashtag #MamuMamiGosip #FSCreativesSdnBhd #NoMakeUp #MukaSakit.

Di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2017 segera sembuh.

Peminat turut memuji Fasha yang sanggup menahan rasa sakit yang dihadapi olehnya demi komitmen kerja.

“@pird4: Take a good care of your health sis. Risau kita. Get well soon.”

“@hafiz_4606: Mungkin pergi kerja dapat hilangkan rasa sakit buat seketika.”

“@puteri_zandra: Hope sis dapat jaga waktu makan. Sesibuk mana pun jangan sampai lupa waktu makan.”

“@diyana.beautygeek: Itulah yang orang suka.”

“@lovepotion.lilly: Kesiannya. Tapi tetap cantik.”

” @finnakiranaSis: @fashasandha you work hard for your kids…good luck n take care sis..love you 😘 ”

” @_marrrrJaga Kesihatan: sis @fashasandha Semoga Allah murahkan rezeki angah dengan berlimpah ruah .. Aminnn 🙊 ALL THE BEST ANGAH 💪 iloveyou and hugs ❤😘💋 ”

Sebelum ini, di ruangan Insta Stories, Fasha turut berkongsi dirinya telah mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Fasha turut diberi cuti sakit (MC) selama tiga hari namun pelakon itu mahu meneruskan komitmen kerjanya.

Sumber: Astro Gempak
MARI LAYAN DI BALIK TABIR MAMU MAMI GOSSIP

Artikel berkaitan…

“KENAPA JAHAT SANGAT, RASA NAK TAMPAR!” – PEMINAT GERAM DENGAN WATAK FASHA SANDHA
“Kenapa Jahat Sangat, Rasa Nak Tampar!” – Peminat Geram Dengan Watak Fasha SandhaPeminat drama bersiri Syurga Yang Kedua naik hantu dengan watak Vivy lakonan aktres Fasha Sandha.

Perkara itu diakui oleh penonton menerusi ruangan komen sedutan video terbaru drama berkenaan yang dimuat naik oleh Fasha di akaun Instagram (IG)nya.

Rata-ratanya meluahkan rasa menyampah dan sakit hati melihat perangai Vivy yang pentingkan diri sendiri.

Dalam masa sama mereka juga memuji kehebatan dan keberkesanan lakonan Fasha sehingga mampu menerbitkan emosi penonton yang mengikuti drama bersiri tersebut.

“Vivy dah mkin melampau makin mengada menjadi jahat nya. Kita benci tau menyirap-menyirap marah dengan watak ni @fashasandha,” -@nurr_aleeya

“Geram dengan Vivy. Dah lah BFF dengan Sabrina, rampas suami pulak. Tapi bukan geram dengan Fasha. Awak pelakon yang bagus,”- @zueaznal

“Gerammmmnya aku tengok Vivy ni. Melampau! Dah lah ambil laki orang. Nak mengada touching2 pulakkk,”- @ameerarazukee

Selain Fasha, drama 70 episod itu juga turut dibintang oleh Zarul Husin, Siti Elizad, Sherry Ibrahim, Beego, Datuk Jalaluddin Hassan, Dynas Mokhtar, Afifah Nasir dan Azizah Mahzan.

Menerusi drama tersebut, Fasha melakonkan watak Vivy, sahabat baik kepada Sabrina (Elizad). Vivy pada mulanya terpaksa berkahwin dengan suami Sabrina atas alasan keluarga teman baiknya itu inginkan waris.

Namun lama-kelamaan, perangai Vivy berubah menjadi seorang yang pentingkan diri sendiri sehingga sanggup menyakiti hati teman baiknya.

Syurga Yang Kedua akan disiarkan secara eksklusif menerusi slot Tiara, setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135) bermula 12 Disember lalu.

Foto: IG @fashasandha

Teks oleh: Mya Amri

Sumber:gempak.com