Cantik, ‘bergetah’ dan simbol s3ks, tetapi 10 Diva ini tidak pernah berkahwin. NO 4 TU BOLEH BUAT LELAKI TELAN AIR LIUR DUA KALI!

 

DIVA, cantik, glamor, popular, dikenali.

Namun, realitinya kehidupan peribadi mereka mungkin tidak seindah di kaca mata peminat.

10 diva Bollywood ini tidak pernah mendirikan rumah tangga. Ada sebab kenapa mereka kekal bujang. Malah ada juga pengakhiran hidup mereka amat menyedihkan.

Ini senarai 10 Diva Bollywood yang tidak pernah berkahwin.

1) NEHA DHUPIA


Neha pernah berpacaran dengan pemain skuasy, Ritwik Bhattacharya selama hampir sedekad! – Foto: criticsunion.com

Wataknya dalam Ek Chalis ki Last Local memberi kesan kepada peminat Bollywood dan sehingga kini dia masih memainkan peranan penting dalam industri.

Neha memulakan kerjayanya sebagai pelakon sebelum dia memenangi Femina Miss India. Diva bergaya ini pertama kali dilihat dalam video muzik oleh band terkenal, Euphoria. Dia kemudian muncul dalam filem Malyalam dan akhirnya membuat debutn Bollywoodnya dalam Qayamat. Dia terkenal dengan peranannya dalam Kya Kool Hain Hum, Shootout di Lokhandwala, Ek Chalis Ki Last Local, dan Singh is Kinng.

Kehidupan peribadi Neha ada naik dan turun. Dia pernah menjalinkan dua hubungan namun, kedua-duanya berakhir di tengah jalan. Neha pernah berpacaran dengan pemain skuasy, Ritwik Bhattacharya selama hampir sedekad! Kemudian, pernah bersama James Sylvester, seorang doktor gigi Venezuela yang berpusat di India. Malangnya, hubungan mereka terputus pada 2014 apabila doktor gigi itu terpaksa berpindah ke Amerika Syarikat atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

2) NARGIS FAKHRI


Selebriti kelahiran Amerika Syarikat berusia 38 tahun ini memulakan karier sebagai model. – Foto: criticsunion.com

Selebriti kelahiran Amerika Syarikat berusia 38 tahun ini memulakan karier sebagai model. Sejurus selepas menyertai America’s Next Top Model, Nargis melibatkan diri dalam bidang lakonan dan membuat debutnya menerusi filem Rockstar. Filem Madras Café, Main Tera Hero dan Housefull 3 menjadikannya terkenal.

Related image

Tahun lalu, aktres ini menjadi tumpuan utama media apabila secara tiba-tiba, mengemas semua barangnya dan terbang ke Amerika Syarikat. Memandangkan ketika itu dia sedang berpacaran dengan pelakon Uday Chopra untuk angka masa yang lama, media membuat spekulasi Nargis mahu mengmabil masa susulan hubungannya yang tidak kesampaian dengan aktor itu. Ada juga yang berpendapat dia mungkin adakan majlis perkahwinan namun semuanya tidak benar.

Ia kemudian mendedahkan bahawa aktres itu sedang menderita masalah kesihatan yang memaksanya untuk pulang ke AS untuk berehat. Dalam temubual yang terbaru, Nangis memaklumkan dia senang dengan kehidupannya kini, bebas dan tidak terikat dengan sesiapa selain dapat menjaga ibunya tanpa bantuan sesiapa.

3) AMESHA PATEL

Image result for AMESHA PATEL
Ameesha pernah menjalin lim tahun hubungan dengan pengarah terkenal, Vikram Bhatt – Foto: criticsunion.com

Heroin Kaho Naa…Pyaar Hai ini terkenal selepas filem blockbuster ini mendapat sambuatn hangat. Ia merupakan debutnya sebagai pelakon dan digandingkan dengan Hitrik Roshan.

Kerjaya Amesha terus gemilang pada 2007 apabila filem Honeymoon Travels Pvt. Ltd. Mendapat sambutan amat memggalakkan. Bagaimanapun pada 2011, Amesha berhenti berlakon dan menjadi penebit dan melancarkan syarikat produksinya sendiri – Ameesha Patel Productions.

Image result for AMESHA PATEL SEKSI

Becakap mengenai kehidupan peribadinya, Ameesha pernah menjalin limat ahun hubungan dengan pengarah terkenal, Vikram Bhatt. Malangnya, hubungan mereka berakhir pada 2007.

Selepas setahun, dia mula berpacaran dengan seorang usahawan bernama Kanav Puri namun ia tidak berhasil. Ameesha meninggalkan Kanav pada 2010 untuk memberi tumpuan kepada kerjayanya. Malah Amesha juga mendedahkan dia tidak memikirkan soal perkahwinan kerana menganggap itu menjauhkannya dari kerjayanya.

4) SUSHMITA SEN

Related image

Sosok ini merupakan antara selebriti yang bijak dan hebat dalam industri Bollywood. – Foto: criticsunion.com

Sosok ini merupakan antara selebriti yang bijak dan hebat dalam industri Bollywood. Dia dikagumi ramai untuk menjadi hebat seperti dirinya.

Pernah berpacaran dengan pengarah, Vikram Bhatt, taikun Sanjay Narang dan pelakon popular, Randeep Hooda, namun tidak seorang pun berjaya menyakinnya untuk menuju ke alam perkahwinan.

Related image

Wanita ini berkata, dia sememangnya tiada masalah hidup sendiri dan hanya akan berkahwin apabila menjumpai lelaki yang benar-benar sesuai untuknya. Sushmita pada masa sama menjadi inspirasi kepada jutaan wanita di India untuk hidup berdikari apabila dia memutuskan untuk mengambil anak angkat Renee, pada 2010. Dia menjadi ibu tunggal yang menjalankan tanggungjawab dengan hebat.

5) SULAKSHANA PANDIT

Perasaan cinta Sulaksha dengan pelakon Sanjeev Kumar bukan rahsia. – Foto: criticsunion.com

Sulakshana merupakan seorang penyanyi yang beralih arah kepada pelakon dan membuat penampilan pertama sebagai pelkaon pada 1967 dalam filem Taqdeer. Dia banyak bergandingan dengan hero seperti Amitabh Bachchan, Shammi Kapoor, Rajesh Khanna, Sanjeev Kumar, Jeetendra, dan Rishi Kapoor.

Perasaan cinta Sulaksha dengan pelakon Sanjeev Kumar bukan rahsia. Perasaannya terhadap Sanjeev amat mendalam namun Sanjeev mempunyai perasaan terhadap Hema Malini. Keadaan mejadi rumit apabila Hema menolak lamaran Sanjeev dan berkhawin dengan Dharmendra dab Sabjeev pula menolak cinta Sulakshana memandangkan dia masih mempunyai perasaan terhadap Hema. Perkara itu menyebabkan Sulakshana patah hati dan putus asa dalam kariernya. Dia juga dilaporkan hilang kestabilan mental akibat kecewa.

6) SURAIYA

Suraiya bercinta dengan pelakon Dev Anand. Kedalaman cintanya terhadap Dev hingga sanggup meninggalkan kariernya. – Foto: criticsunion.com

Suraiya adalah pelakon dan penyanyi tekenal yang dilahirkan dalam keluarga Islam. Pembabitannya dalam dunia lakonan bermula dari usia muda menerusi filem Usne Kya Socha pada 1937. Filem popularnya Pyar Ki Jeet, Dillagi, Afsar, Parwana, dan Bari Behen. Suriaya juga merupakan antara pelakon yang menerima bayaran tertinggi Bollywood.

Suraiya bercinta dengan pelakon Dev Anand. Kedalaman cintanya terhadap Devhingg asanggup meninggalkan kariernya.

Bagaimanapun sedihnya, kisah cinta mereka tamat pada 1951 apabila nenek Suraiya berulang kali mengecam hubungan Suriaya dengan kekasihnya itu. Dev membawa diri dan kemudian berkahwin dengan Kalpana Karthik sementara Suraiya kekal bujang hingga akhir nyawanya. Dia meninggal dunia pada 2004 di usia 75 tahun kerana pelbagai komplikasi sakit tua termasuk, hilang selera makan.

7) NENDA

Nanda merangkul beberapa Anugerah Filmfare seperti Pelakon Pembantu Terbaik menerusi filem Bhabhi, dan Anchal. Dia mengasingkan diri dari profesion pada 1983. – Foto: criticsunion.com

Nenda terlibat dalam kedua-dua industri filem, Hindi dan Marathi. Antara filem lakonnya Joru Ka Ghulam, Ittefaq, Akashdeep, Kanoon, Pati Patni, Gumnaam dan Raja Saab. Nanda merangkul beberapa Anugerah Filmfare seperti Pelakon Pembantu Terbaik menerusi filem Bhabhi, dan Anchal. Dia mengasingkan diri dari profesion pada 1983.

Dia bertunang dengan pengarah Manmohan Desai pada 1992. Namun, kebahagiaannya tidak bertahan lama. Pada 1994, tunangnya meninggal dunia selepas terjatuh dari teres kediamannya. Nenda kemudian tidak pernah bercinta dengan sesiapa hingga meninggal dunia pada 2014 akibat serangan jantung.

8) ASHA PAREKH

Asha telah berlakon kira-kira 90 filem dan pernah bergandingan bersama Dev Anand, Shammi Kapoor, Rajesh Khanna, Dharmendra dan Sunil Dutt. – Foto: criticsunion.com

Asha adalah seorang pelakon veteran yang pertama kali muncul dalam filem Aasmaan sebagai seorang artis kanak-kanak pada tahun 1952. Dia telah berlakon kira-kira 90 filem dan pernah bergandingan bersama Dev Anand, Shammi Kapoor, Rajesh Khanna, Dharmendra, and Sunil Dutt.

Asha tidak pernah mendedahkan kehidupan peribadinya. Bagaimanapun ada spekulasi mengatakan dia berpacaran dengan pengarahnya Nasir Hussain. Ditanya kenapa tidak berkahwin, jawabnya – “Mungkin lelaki takut untuk masuk meminangnya.”

9) PARVEEN BABI


Ketika kerjayanya berada di kemuncak kegemilangan, Parveen menghilangkan diri dari industri dan meningalkan seribu tanda tanya. – Foto: criticsunion.com

Parveen memulakan kerjayanya sebagai model pada 1972 yang dibeli untuk banyak filem seperti Charitra, Majboor, Suhaag, Namak Halaal, Jaani Dost, dan Yeh Nazdeekiyan. Dia glamor, elegan, dan sentiasa kelihatan seperti ‘satu juta dolar ‘ untuk tidak kira apa yang dipakai.

Ketika kerjayanya berada di kemuncak kegemilangan, Parveen menghilangkan diri dari industri dan meningalkan seribu tanda tanya.

Khabar angin mengaitkan Ia dengan kekasih-kekasihnya, Kabir Bedi dan Danny Dengzongpa, dan juga pengarah Mahesh Bhatt.

Parveen Babi dan Mahesh Bhatt berkongsi hubungan yang sangat rapat. Pada 1979, Mahesh Bhatt menemuinya di satu sudut rumah sambil memegang pisau dapur dan menjerit, “Mereka cuba membunuh saya”. Itu merupakan tanda pertama penyakit Parveen.

Tidak lama selepas itu, dia ke Amerika Syarikat, dan hanya kembali pada 1989, dengan keadaan yang agak berbeza. Dia kemudian didiagnosis dengan Paranoid Schizophrenia yang dikhabarkan berpunca dari kesepian. Dia mengejutkan dunia dengan kematiannya pada tahun 2005.

10) TABU


Tidak seperti kebanyakan selebriti, Tabu hampir tidak pernah memercikkan berita tentang kehidupan cintanya atau hubungannya. – Foto: criticsunion.com

Tabassum Fatima Hashmir, lebih dikenali sebagai Tabu, berusia 45 tahun dan merupakan seorang pelakon yang agak tenggelam timbul meskipun pernah berlakon dalam pelbagai filem. Pada tahun 1985, Tabu membuat debutnya dalam sebuah filem yang dinamakan Hum Naujawan ketika dia berusia 14 tahun.

Dalam naik turun kariernya, Tabu pernah memenangi banyak anugerah termasuk Anugerah Filem Kebangsaan (Pelakon Terbaik), Anugerah Six Filmfare dan Anugerah Padma Shri.

Tidak seperti kebanyakan selebriti, Tabu hampir tidak pernah menceritakan berita tentang kehidupan cintanya atau hubungannya. Dua tahun lalu, spekulasi mengatakan Tabu mempunyau hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan dari Mumbai.

Tabu percaya dengan ungkapan “Que Sera Sera” dan terbuka kepada gagasan perkahwinan dan mempunyai anak tetapi tidak membiarkan pemikiran itu memakannya.. Bagaimanapun,tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa dia mempunyai atau merancang untuk berkahwin dengan lelaki misteri ini .

sumber