Bila Ramai Cuba Ambil Kesempatan .. Ini Semua Senarai Akaun Palsu Yang Didaftarkan Atas Nama Siti Aaliyah

Sememangnya bila ada sesuatu berlaku seperti muncul artis popular, drama atau filem popular akan keluar banyak akaun akaun palsu di Instagram dan Facebook. Anak sulung Siti Nurhaliza juga tidak terlepas dengan banjiran akaun akaun palsu ini yang menggunakan nama Siti Aaliyah.

Ikuti ulasan dari media Hangat.com ..

Kehadirannya ibarat ‘satu kelahiran semula’ Datuk Seri Siti Nurhaliza! Itulah penangan yang diterima Siti Aafiyah apabila dilahirkan oleh ibunya yang juga penyanyi kesayangan ramai.
Bayi Paling Popular 2018

Manakan tidak, belum pun dilahirkan pelbagai berita sensasi terus diperkatakan oleh media dan netizen. Umumnya Siti dan Datuk K sudah 11 tahun menunggu cahaya mata mereka dan apabila berita mengenai Siti hamil, netizen seperti sudak tidak sabar menunggu Siti Aafiyah yang diumumkan namanya secara rasmi semalam di sebuah majlis doa selamat dan Aqiqah selepas 7 hari dilahirkan.

Berita kelahiran Siti Aafiyah menjadi topik utama di kebanyakan berita utama stesen televisyen tempatan dan turut menerima ucapan tahniah daripada beberapa tokoh negara termasuklah Tun Dr Mahathir Mohamad. Tidak dinafikan, Siti Aafiyah adalah bayi yang paling popular untuk 2018!
Akaun Instagram Siti Aafiyah Palsu!
Selepas diumumkan namanya semalam, hasil tinjauan Hangat.com mendapati terdapat lebih dari 20 akaun Instagram palsu telah didaftarkan di atas nama Siti Aafiyah Khalid.

Untuk makluman anda, individu yang mewujudkan akaun palsu ini adalah untuk meraih jumlah pengikut yang banyak di Instagram selain dari mereka yang membuat perniagaan di atas talian untuk menarik perhatian pembeli di laman sosial itu.

Siti juga menegaskan buat masa sekarang wajah dan apa sahaja membabitkan anaknya akan dikongsikan di laman Instagram (IG) miliknya. Menurut Siti, dia belum terfikir untuk mewujudkan akaun Instagram Siti Aafiyah.
Antara akaun palsu Siti Aafiyah yang disenaraikan
Akaun palsu yang menggunakan nama Aafiyah seperti di bawah dicipsta semata-mata mahu mengaut keuntungan sendiri.

Jadi untuk anda yang mengikuti akaun Siti Aafiyah di Instagram ketika ini mungkin itu adalah akaun palsu bayi comel ini.

Gambar Kakifoto  via Hangat dot Com
Hampir 100,000 Jadi Pengikut Siti Aafiyah Di Instagram Ciptaan Abangnya

PENYANYI kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tidak mencipta akaun instagram anaknya namun akaun bernama @Aafiyahkhalid dihasilkan oleh Asyraf.

Pengurus kepada Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak berkata akaun Instagram itu dicipta oleh anak kedua Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa iaitu Asyraf Khalid.

“Akaun Instagram Aafiyah Khalid yang rasmi daripada Siti belum ada lagi. Namun akaun yang sedia ada itu adalah inisiatif Asyraf yang buatkan,” kata Rozi kepada mStar Online.

Akaun Instagram tersebut kini hampir mencecah 100,000 pengikut dalam masa beberapa jam dibuka.

Sebelum ini terdapat beberapa akaun palsu yang dikatakan milik puteri sulung Siti Nurhaliza dan suami dicipta sejak kelahirannya pada 19 Mac lalu.

Menerusi laporan mStar pada Isnin, Siti tidak mahu anak sulungnya yang baharu berusia lapan hari itu menjalani kehidupan sebagai seorang selebriti.

 

 

Beliau berharap dapat membesarkan bayi tersebut mengikut perkembangan seperti mana dilalui kanak-kanak lain.

Segala perkembangan anaknya itu akan dikongsi dalam akaun instagram milik Siti Nurhaliza sendiri.

Siti dan suami mengumumkan nama anak perempuannya Siti Aafiyah Khalid dalam satu majlis di kediamannya di Bukit Antarabangsa pada Ahad malam.

Majlis akikah dan tahnik itu dipimpin oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Bakri.

SUMBER : MSTAR ONLINE