Bila PM Najib Razak Kenakan Balik Azmin Ali Di Parlimen.. Habis Pening Semua Orang

PARLIMEN l Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan masalah bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur sebagai lebih teruk daripada isu 1MDB.

Najib (BN-Pekan) menjawab soalan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) tentang sama ada peningkatan jumlah pembayaran faedah hutang negara mempunyai kaitan dengan isu 1MDB, atau ada sebab lain.

Ia merupakan soalan pertama dalam sesi soal jawab menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Namun sebelum Azmin sempat menghabiskan soalannya, beberapa anggota parlimen BN mengganggunya dan ada antara mereka seperti Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (BN-Baling) membangkitkan masalah air di Selangor.

Apabila Dewan Rakyat kembali tenang, Najib menjawab, “Saya ingin menegaskan bahawa kemelut air di Selangor lebih kritikal.”

Jawapan itu menyebabkan Dewan Rakyat kembali kecoh dengan beberapa anggota parlimen BN mengecam Azmin sementara beliau bertegas agar Najib menjawab soalan itu secara lebih jelas.

Video di pautan akhir artikel
Parlimen mungkin bubar akhir bulan ini

Pembentangan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya di Parlimen mungkin dibuat lebih awal.

Usul berkenaan yang dijadual akan dibentangkan pada 29 Mac dijangka diawalkan antara 19 Mac atau selewatnya 26 Mac ini, lapor Berita Harian.

Dengan tarikh berkenaan pembentangan itu, Parlimen mungkin dibubarkan pada akhir Mac atau awal April bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Laporan yang memetik sumber itu berkata, Usul Draf Perintah Perlembagaan dan Laporan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri berkenaan akan dibuat selepas berakhirnya perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.

Menurut laporan itu lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka membentangkan usul itu untuk bacaan kali pertama.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee, berkata usul berkenaan perlu dibahas dan diluluskan dengan undian majoriti mudah iaitu lebih separuh daripada 222 anggota parlimen.

“Selepas diluluskan di Dewan Rakyat, Draf Perintah ini tidak akan melalui Dewan Negara dan Perdana Menteri akan membawanya terus kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan baginda,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah pula menjelaskan, tiada tempoh ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong berhubung Draf Perintah berkenaan.

Katanya, Persempadanan Semula Bahagian Pilihan Raya hanya akan berkuat kuasa selepas mendapat perkenan dan ditandatangani Yang di-Pertuan Agong.

“Ia akan dikuat kuasa pada tarikh Seri Paduka Baginda bersetuju dan (terus) diwartakan,” kata Hashim yang dipetik dari laporan berkenaan.

Menurut laporan itu lagi, selepas mendapat perkenan Agong, sempadan bahagian pilihan raya baru akan berkuat kuasa apabila Dewan dibubarkan pada atau selepas tarikh kuat kuasa Perintah Persempadanan ditandatangani oleh baginda.

Persidangan penggal keenam Dewan Rakyat dijadual berlangsung selama 20 hari dan akan berakhir 5 April.

Jumaat lalu, SPR telah selesai melaksanakan kajian persempadanan semula kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di Semenanjung Malaysia dan laporan akhir kajian itu telah diserahkan kepada perdana menteri untuk tindakan beliau seterusnya.
VIDEO NAJIB RAZAK KENAKAN BALIK AZMIN ALI PASAL ISU AIR

Sumber: Malaysia Kini