Bila Host Motif Viral Sendiri Nampak Menyampah Dengan Tetamu .. Adengan Krik Krik Yang Banyak

‘Terima kasih sebab viralkan saya, wohoOoOo!’ – Netizen menyampah tengok instafamous syok sendiri di Motif Viral
Trending di Twitter klip video program Motif Viral yang mejemput seorang gadis instafamous yang didakwa netizen syok sendiri sehingga terlalu banyak moment ‘krik, krik, krik, krik’ (bunyi cengkerik) yang menjengkelkan.

“#motifviral paling annoying sebab invite budak rude syok sendiri. LOL, boleh nampak Haze dengan Syafa annoyed gila,” tulis @_leukocyteee di Twitternya.

011@_leukocyteee

paling annoying sebab invite budak rude syok sendiri. Lol boleh nampak haze dengan syafa annoyed gila

4:03 AM – Mar 2, 2018

6,204

10.8K people are talking about this

 

Program Motif Viral yang merungkai perangai pelik individu yang viral di media sosial dalam episod barunya dalam video yang dimuat naik ke laman YouTube 1 Mac lalu menjemput dua Instafamous yang dikatakan mampu meraih pendapatan RM10,000 sebulan hanya dengan membuat paid review.

Instafamous, Ahmad Aqil, 22, dalam rancangan itu mendedahkan dia meraih pendapatan lebih RM10,000 sebulan dari Instagram. Sesekali Haze berseloroh, “LHDN, take note.”

Instafamous, Mira, berusia 19 tahun juga meraih pendapatan lebih RM10,000 juga dijemput ke Motif Viral.

Menurut Motif Viral, Mira juga tidak terlepas dari dikecam netizen berikutan video-video reviewnya yang dianggap keterlaluan.

“Nama awak ini banyak kali muncul dekat saya punya timeline di Twitter, Instagram. Orang kata jangan jemput awak ke Motif Viral, tetapi di sinilah dia.

“Sekarang inilah peluang awak untuk memberitahu apa yang awak lakukan,” kata Haze.

Jelas Mira, mungkin disebabkan dia perempuan, jadi macam tak senonoh, tak sopan bagi mereka. Jadi mereka tak suka tengok, tapi mereka tengok juga.

“Kitorang cuba kaji kenapa orang follow Instafamous. Takkan semata-mata video review saja, mungkin ada…” belum sempat Syafa menghabiskan kata-katanya, tiba-tiba Mira bersuara.

“Adalah caranya, macam mana boleh bagitau,” kata Mira dengan nada yang sangat menjengkelkan.

“Kenapa Mira ini macam under karekter?” soal Syafa membuatkan mereka semua ketawa.

“Cara dia, kalau boleh nak simpan (rahsia). Kita kalau nak berjaya, berjaya seorang-seorang,” kata Mira.

Di akhir rancangan, ketika diminta memberikan ucapan untuk hatersnya di luar sana, secara tiba-tiba,

“Terima kasih sebab viralkan saya, wohoOoOo!! Okey dah.” katanya yang kemudian ketawa seorang diri dan sekali lagi moment bunyi cengkerik berulang kembali.

Sementara itu di Twitter, netizen mengecam dan menyampah dengan kelakuan Instafamous berkenaan yang dianggap terlalu menjengkelkan.
KOMEN NETIZEN

“Aku ni jarang nak kutuk orang. Tapi dia ni Allahu, sumpahlah weh menyampah. Tak kelakar nak acah-acah kelakar,” kata Shahiraa.

“Yes, aku tengok malam tadi pun macam eh pasal annoying gila minah ni?” kata Nriani.

“Aku ingat, aku je yang rasa menyampah tahap nak baling kerusi kat tv,” kata Husna Ezzanie.

“Lepas ni Motif Viral kena check background orang itu sebelum panggil. Ini kalau depan aku, mau berdarah mulut tu kena penampar,” kata Cik Mirah.

Sumber : thereporter via KRT