Bila Dato’ Siti Nurhaliza makan diwarung terus di serbu peminat

Komen tentang video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)
Selamat datang ke video chennal informasi informasi,gaya hidup,hiburan,seram,sedih.fakta fakta menarik serta kejadian aneh tapi nyata dan lucu yang terdapat di dunia ini .dan lain lain lagi.

Jika anda tidak mahu membacanya anda terus scroll menonton video ini,

Jom kita saksikan dato siti nurhaliza dan suaminya.Sebelum kita memulakan jom saksikan penerangan mengenai beliau ini.Dato’ Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin SSAP, DIMP, JSM, SAP, PMP, AAP atau lebih dikenali sebagai Siti Nurhaliza merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, pengacara televisyen dan ahli perniagaan terkenal di Malaysia.

Dato Siti Nurlaliza memakai baju warna hitam,tudung hijau dan Datuk k memakai baju warna biru,Dato Siti dan Datuk K sedang makan diwarung ramai peminat peminat serdang serbu mereka.Doto Siti duduk diatas kerusi meja makan dan dikelilingi ramai orang,Dato Siti memegang baby,Dato Siti Cium cium babynya itu,Datuk K dan Dato Siti memegang buku dan menanda tangan.Mereka mengambil gambar bersama Doto Siti dan Datuk K..semoga anda terus terhibur dengan kisah cerita ini ,tontonlah cerita ini sampai ke penhujungnya supaya anda ketahui jalan cerita ini.

Anda juga boleh scroll dibawah ada lagi cerita yang menarik buat anda tonton bersama sama keluarga dan rakan2,
Anda juga boleh share di fb atau dilaman sosial yang lain.
Jika ada sebarang cadangan atau pertanyaan boleh berhubung dengan admin web ini.

Terima kasih kerana sudi menonton kisah cerita yang dipaparkan sekian.

Jangan lupa like Fb fanpage kami dibawah.
Sila tonton video:

sumber: dharian

Akhirnya Siti Nurhaliza Mendedahkan Gambar Penuh Anaknya.. Teruja Semua!!

PETALING JAYA: Seperti yang dijanjikan, jantung hati rakyat Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin secara rasmi memuat naik video dan foto wajah puteri sulungnya selepas tujuh hari kelahiran.

Video dan foto bayi pertamanya yang diberi gelaran sementara Fatimah Az-Zahra itu dikongsi buat peminat menerusi laman Instagramnya pada petang Ahad.

“Bismillahirrohmanirrohim dan Assalammulaikumm, saya dan suami (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) ingin memperkenalkan anakanda kami kepada semua yang menanti-nantikan detik ini.

“Hari ini merupakan hari ketujuh usia kelahiran anakanda kami yang kami namakan dengan gelaran Fatimah Az-Zahra selama seminggu ini.

“Inilah penyejuk hati, anugerah Ilahi, anakanda yang melengkapkan kehidupan kami,” tulis Siti.

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza dan Khalid akan mengumumkan nama sebenar anak mereka secara langsung dalam satu majlis aqiqah dan tahnik yang akan diadakan pada pukul 9 malam ini di kediaman mereka di Bukit Antarabangsa, Ampang dekat sini.

Penyanyi lagu Percayalah dan Segala Perasaan ini turut mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang mendoakan keluarganya.

“Insya-Allah pada malam ini, suami saya akan mengumumkan nama sebenar anakanda kami dan boleh ditonton secara langsung menerusi akaun Youtube Siti Official Video bermula jam 9 malam.

“Kami akan mengadakan majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik pada malam ini.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami selama ini dan hanya Allah saja yang mampu membalas jasa baik kalian. Semoga Allah merahmati kita semua,” katanya.

Dalam masa kurang 10 minit, foto pertama cahaya mata Siti dan suami menerima lebih 19,000 tanda suka manakala video yang dimuat naik dalam masa sejam ditonton seramai lebih 480,000 tontonan.

Siti Nurhaliza melahirkan bayi dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada 19 Mac lalu di sebuah hospital swasta.

Ia turut dipanggil Si Comel Pipi Merah iaitu lagu khas yang dinyanyikan Siti untuk puterinya itu.

Bayi ini lahir selepas 12 tahun perkahwinan Siti dan Datuk K.

Amacam Comel Tak.

 

Kredit: MSTAR ONLINE via gedebak viral