Baru Kali Pertama Berlakon Aiman Tino Dilempang Sehingga Menangis? Adik Ogy Ahmad Daud Ini Sudah Cerita Perkara Sebenar Tetapi Pihak Aiman Tino Seperti Tidak Puas Hati

PELAKON Fazlina Ahmad Daud, menegaskan apa dilakukan terhadap Aiman Tino di set penggambaran musim terbaru drama bersiri Mak Cun bertujuan memastikan penyanyi itu nampak bagus apabila karya arahan dan terbitan Erma Fatima itu ditayangkan nanti.

Semalam sebahagian besar peminat Aiman berang dan marah apabila ada media menyiarkan berita penyanyi yang popular dengan lagu Ku Rela Di Benci itu ditampar Fazlina di lokasi Mak Cun musim keempat.
PERTAMA KALI BERLAKON
Ini kali pertama Aiman membabitkan diri sebagai pelakon dan khabarnya pihak pengurusan penyanyi itu meluahkan rasa tidak puas hati dan mahu mengambil tindakan.
LAPORAN POLIS AKAN DIBUAT?
Fazlina dihubungi hari ini, menjelaskan, sekiranya pihak pengurusan Aiman tidak berpuas hati dan mahu buat laporan polis membabitkan isu ‘lempang’ di lokasi terbabit dia menyerahkan sepenuhnya kepada mereka.

Cuma dia kecewa apabila ramai pihak mengecam tanpa mengetahui situasi sebenar sehingga memberi kesan emosi kepada keluarganya terutama anak-anak.
PERKARA YANG SEBENAR

“Saya bukan lempang Aiman sewaktu ambil ‘mood’ dan saya tidak ajar dia berlakon. Sebaliknya apa berlaku adalah dalam rakaman babak.

“Itupun saya buat guna teknik memandangkan dia sudah tidak punya ‘tenaga’ untuk mengeluarkan perasaan sepatutnya,” katanya

Fazlina, adik kepada seniwati Fauziah Ahmad Daud (Ogy), berkata, babak hanya boleh dilakukan sekali kerana ‘prop’ gitar mahu dipecahkan hanya ada satu.
SUSAHNYA JAYAKAN BABAK ITU
“Situasinya? Berjaya atau gagal. Dua kamera digunakan pakai tangan dan bukan tripod. Bayangkan betapa susahnya babak dilaksanakan dan saya harus memastikan ia berjaya. Saya harus jaga dialog saya dan Aiman, begitu juga perasaan yang harus dizahirkan.

“Sebagai orang baru saya tidak boleh bergantung kepada Aiman untuk jaga ‘blocking’. Saya harus berfikir pantas. Saya guna teknik sentuh pipi dan tolak muka untuk babak lempang itu. Bunyi datang dari paha yang saya tepuk memang buat dia terkejut,” katanya.

Melihat Aiman berada dalam situasi betul, Fazlina akui dia lakukan provokasi dan memegang mukanya agar kamera dapat mengambil gambar dekat ketika air matanya bergenang ketika itu.
AIMAN TINO MENANGIS?
“Fazlina Ahmad Daud Mohon Maaf Selepas Penggambaran”- Aiman Tino Ditampar Pelakon Senior

“Selepas babak selesai saya bantu dia supaya faham dan memohon maaf. Aiman berterima kasih kerana tidak sangka ia membuatnya menangis.

“Saya puji dia orang baru berbakat. Saya jelaskan apabila babak itu disiarkan nanti orang akan suka dan sayang dia dan akan membenci saya. Tapi belum pun drama itu disiarkan orang sudah benci,” katanya.

Kata Fazlina lagi, segalanya baik malah termasuk hari ini apabila dia ada beberapa babak bersama Aiman lagi. Begitu juga hubungannya dengan keluarga Aiman.

“Kedua ibu bapanya sendiri sangat baik dan berterima kasih kepada saya kerana membantu Aiman. Saya sendiri secara peribadi menghormati semua pihak. Namun apabila ada yang tidak faham dan menjadikan isu terutama membabitkan perasaan anak-anak saya berasakan ia perkembangan tidak sihat,” katanya.
INI PERASAAN AIMAN SELEPAS KENA LEMPANG
Aiman terkejut kena tampar

PENYANYI Aiman Tino membuka lembaran baru dalam kerjaya seninya apabila mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan apabila membintangi musim terbaru drama komedi popular, Mak Cun.

Aiman sebelum ini pernah beberapa kali menolak tawaran berlakon kerana sibuk dengan jadual kerjanya dalam bidang nyanyian.

Bagaimanapun, tawaran daripada pengarah Erma Fatima datang tepat pada masanya apabila penyanyi yang pernah popular dengan lagu Ku Rela Dibenci ini mempunyai ruang untuk berlakon.

“Selain masa, watak yang diberikan kepada Aiman dalam drama Mak Cun ini juga menarik dan sangat sesuai dengan Aiman.

“Jadi Aiman lihat ia sebagai peluang untuk Aiman lakukan benda baru dan berjinak-jinak dengan dunia lakonan yang sebenarnya dah lama Aiman nak buat tetapi tak dapat kerana sibuk dengan nyanyian.

“Aiman rasa best sangat berlakon terutamanya selepas muncul sebagai artis undangan untuk program Bintang Bersama Bintang baru-baru ini yang membuatkan keinginan untuk berlakon tu lagi terasa,” jelas Aiman.

Berkongsi pengalamannya sepanjang penggambaran drama Mak Cun, kata Aiman dia sangat bernasib baik kerana berpeluang untuk bergandingan dengan pelakon-pelakon lain yang telah berpengalaman.

“Paling tak dapat lupa bila Aiman kena tampar dengan Kak Baby (Fazlina Ahmad Daud) sebab dia nak bagi mood pada Aiman untuk rasa perasaan marah dan menangis dalam masa yang sama.

“Masa kena tampar itu, Aiman memang terkejut sebab dia tak beritahu tujuan dia nak bagi mood. Selepas tu baru Aiman faham bila Kak Baby datang peluk Aiman dan minta maaf beritahu dia tolong Aiman dapatkan mood sebab memang dari awal Aiman asyik cakap tak boleh menangis.

“Apa yang boleh Aiman katakan, pelakon dalam Mak Cun ni semua bagus-bagus dan mereka sangat sporting dan suka bantu pelakon-pelakon baru macam Aiman untuk buat yang terbaik,” ujar Aiman kepada Sinar Harian.

Dalam perkembangan lain, Aiman bakal tampil acara larian Mask Run 2018 yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka pada 15 April depan.

“Kalau diikutkan Aiman hanya terlibat untuk buat persembahan sahaja untuk acara ini, tetapi dah alang-alang berada di sana, Aiman rasa nak sertai acara larian sekali.

“Jadi kalau ada yang nak berlari bersama-sama dengan Aiman, boleh datang ramai-ramai untuk sokong acara ini yang terbuka kepada semua termasuk mereka yang kurang upaya,” kata Aiman yang kini sibuk mempromosikan single terbarunya, Ku Sesat Dalam Rindu.

sumber: hmetro, sinarharian