Baru Bernikah 15 Minit Tiba Tiba Pengantin Lelaki Ini Bangun Dan Ceraikan Pengantin Perempuan Dengan Talak 3. Semua Tergamam Apabila Tahu Punca Sebenar Apa ..

Lama juga aku jadi photographer wedding. Macam-macam aku dah tempuh. Ini aku nak kongsi sikit cerita yang pernah terjadi di depan aku suatu masa dahulu.

Mas hantaran kahwin, mak ayah perempuan ini letak RM22,222.22. Memang mahal gila, tetapi si lelaki ini telah bersetuju. Aku tengok yang lelaki ini pun bukan calang-calang orangnya.

Jadi, sampailah ke hari akad nikah. Kedua-dua pihak gembira saja. Pengantin dengan mukanya sudah tak sabar nak mengawan. Iyelah, musim hujan pada masa itu. Tok Kadi sampai, maka berlangsunglah acara akad nikah dan selamba dengan senafas sehaja pengantin lelaki lafazkan akad.

Hantaran pun bertukar tangan, begitu juga dengan mas kahwin. Semasa lelaki itu nak baca lafaz takliq, tiba-tiba saudara dari pihak perempuan bising.

“Duit hantaran tak cukup RM1,000 ni!”

Pengantin perempuan terus bangun dari tempat duduk. Tinggikan suara pada pengantin lelaki bertanya mengapa duit hantaran tak cukup.
“Apsal tak cukup RM1,000?!!” tanyanya.
Pihak sebelah perempuan siap perli-perli, “Dah tahu tak cukup duit, tetapi gatal sangat nak kahwin itu kenapa?!”

Yang pengantin lelaki, walaupun mata berkaca, dia senyum sahaja. Dia ambil mikrofon dan berkata,

“Baru jadi isteri tak sampai setengah jam dah camni? Sahaja saya tak cukupkan seribu sebab nak tengok kau orang macam mana. Ini saya ada bawa wang yang tidak cukup itu,” katanya sambil membuka beg yang berkepok-kepok duit not RM50 dan RM100 di dalamnya.
BAHAGIA HANYA 15 MINIT SAHAJA
“Tak apalah, alang-alang semua ada di sini, boleh jadi saksi saya. Saya ceraikan awak dengan talak 3. Assalamualaikum,” katanya buat terakhir kali sebelum menjatuhkan mikrofon itu.

Selesai bersalaman, mereka terus beredar dari tempat itu.

Itulah, bila dah ada orang nak, itu kira bernasib baik. Perempuan bersepah sekarang. Tepi-tepi bus stop pun boleh petik. Kau buka WeChat, berapa ramai yang serah diri secara free? Kau ingat lelaki lelaki dalam drama jam 7 petang itu wujud ke?

Artikel Lain ..
Hina sangat ke kahwin dengan orang tua?

PETALING JAYA: “Hina sangat ke kahwin dengan orang tua”, kata Nur Nasirah Nazri yang berusia 18 tahun dan baru berkahwin dengan Ismail Lambak, berumur 62 tahun di Terengganu baru-baru ini.

Nur Nasirah membuat komen itu susulan gambar-gambar perkahwinannya menjadi viral di Facebook sehingga mendapat komen negatif daripada netizen yang mempersendakan perkahwinan pasangan itu.

“Perkahwinan saya sah. Bukannya buncit (mengandung) dulu baru kahwin,” tulis remaja itu di Facebooknya.

Dia turut meluahkan tidak puas hati dengan pihak bertanggungjawab yang menyebarkan gambar perkahwinannya dan mempersoalkan motif.

“Pasal orang muda seperti saya kahwin dengan orang tua jadi bahan lawak. Lawak sangat ke? Terima kasihlah jadikan saya hot stuff kejap. Banyak pahala awak sehingga nak cari dosa. Kalau saya tak maafkan awak sebab hebohkan gambar ni? Awak rasa ok tak.” tulisnya.

Selebriti dan pengacara terkenal, Faizal Ismail atau FBI sempat berkongsi gambar perkahwinan pasangan berkenaan dan mengucapkan tahniah.

“Tahniah diucapkan kpd Pak Cik Ismail Lambak 62 yang kawin dengan gadis comel 18 tahun… inilah dinamakan jodoh, jangan jeles-jeles..jadikan inspirasi.. eh?,” katanya di laman Facebooknya.

SUMBER : FREEMALAYSIANTODAY