Awi Rafael Kenal Atikah Sewaktu Menjadi Kekasih Hanez Suraya

Awi Rafael dan Atikah Suhaimi bertuinang pada 17 Mac lalu di Singapura. FOTO: Instagram Awi Rafael.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Awi Rafeal berkata dia mengenali tunangnya, Atikah Suhaimi ketika masih menjadi kekasih kepada pelakon Hanez Suraya sebelum aktres itu berkahwin pada 2015.

Bagaimanapun Awi atau nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael, 32, memberitahu hubungannya dengan Atikah semakin serius sejak lima bulan lalu.

“Sebenarnya saya kenal Atikah dah tujuh ke lapan tahun lalu. Ketika itu saya masih kekasih kepada Hanez Suraya.

“Tapi kami hanya kenal dan berhubung sebagai kawan sahaja. Namun lima bulan lalu, saya dan dia semakin rapat.

“Sejak itu, kami semakin serius dan mengambil keputusan untuk membawa hubungan itu ke peringkat seterusnya,” kata Awi kepada mStar Online.

 


Hanez Suraya semakin sunyi dari dunia seni. FOTO: Instagram Hanez Suraya.

Awi ditemui ketika sidang media Gema Gegar Vaganza Musim Kedua di Hotel Istana pada Rabu.

Tambah Awi, sifat penyabar dan tenang serta sentiasa positif yang ada pada pelakon itu membuatkan hatinya terpikat.

“Atikah ini seorang yang sangat penyabar dan tenang orangnya. Dia juga sentiasa positif dan sifat-sifatnya itu membuatkan saya terpikat,” ujarnya.

Kedua-dua mereka berasal dari Singapura.

Dalam pada itu, Awi juga ada mencipta sebuah lagu istimewa berjudul Rahasiaku untuk buah hatinya itu.

 

Awi Rafael dan Atikah Suhaime

Lagu tersebut juga merupakan salah satu lagu di dalam album terbaru Euphoria yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

“Lagu terbaru Rahasiaku itu sangat istimewa buat saya kerana ia dicipta dan ditujukan khas untuk Atikah.

“Malah, ia juga salah satu lagu dalam album terbaru saya yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Dalam album itu mengandungi lapan buah lagu,” katanya.

Awi dan Atikah bertunang pada 17 Mac lalu yang mengejutkan ramai pihak kerana sebelum ini tiada laporan mereka bercinta.

Pasangan tersebut melangsungkan pertunangan di Royal Palm, Clarke Quay Singapura dan akan melangsungkan perkahwinan pada 15 Mac tahun depan.

Tags / Kata Kunci:Awi Rafael , Hanis Suraya , Atikah Suhaime

sumber: mstar

Artikel sebelum ini…

(VIDEO) TAHNIAH! ATIKAH SUHAIME TELAH SELAMAT BERTUNANG DENGAN AWI RAFAEL

PETALING JAYA: Pelakon kelahiran Singapura Atikah Suhaime selamat mengikat tali pertunangan dengan penyanyi berasal dari negara yang sama iaitu Awi Rafael pada Sabtu.

Majlis yang diadakan di sebuah hotel di Singapura itu berlangsung secara sederhana dengan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 26 itu menerusi Instagramnya memuat naik video detik cincin pertunangan disarungkan dijarinya.

“Saya berkata ya untuk lamaran tersebut dan secara rasmi tunang kepada Awi Rafael.

“Terima kasih kepada semua yang menjadikan acara hari ini berjalan lancar,” tulisnya.

Atikah anggun mengayakan dua gaun berwarna biru dan coklat cair rekaan Nadia Marni.

Sementara Awi atau nama sebenarnya Muhamad Namawi Ewan Gunawan, 31, kacak mengayakan sut hitam ketika pasangan itu bergambar bersama.

Awi merupakan penyanyi di bawah naungan Warner Music dan mencipta nama menerusi lagu Aku Jatuh Cinta.