Apa Kata Ibu Siti Nurhaliza Bila Nampak Cucu Dia Siti Aafiyah Buat Pertama Kali

Semenjak lagu Comel Pipi Merah dilancarkan, ramai yang menjadikan lagu tersebut sebagai siulan. Melodinya yang menenangkan dan mendayu-dayu membuatkan ianya trending. Kami pasti ramai yang tidak sabar melihat muzik video rasmi lagu tersebut kan?

Menerusi Instagram, pembantu peribadi Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah memuat naik teaser muzik video menunjukkan suasana di dalam bilik bedah. Di ruangan komen ramai yang terharu dan sebak melihat begitu ramai ahli keluarga yang setia menunggu di hospital.
Teaser muzik video Comel Pipi Merah

Setelah 16 jam dipost, video ini mendapat lebih 1 juta tontonan dan beribu-ribu komen daripada peminat penyanyi no 1 tersebut. Ramai yang terharu melihat telatah suami serta ahli keluarga yang jelas sekali sangat teruja. Paling mendapat perhatian adalah ibu Siti yang nampak bergegas ke bilik bedah.
Nak nangis tengok mak Siti teruja


SIAPA PERASAAN AIR MATA DATO K JATUH SETITIK

Sumber : Siti Nurhaliza Tarudin via OH BULAN
Dato K Buka Cerita Tentang Kelahiran Anak Perempuan Pertama Dalam Hidup Dia .. Rupa Rupanya Memang Dah Lama ..

Tiada siapa pun tidak gembira dengan kelahiran cahaya mata terutama jika itu adalah cahaya mata pertama mereka, walaupun Dato K sudah mempunyai anak tetapi anak anak beliau semua sudah dewasa. Perasaan beliau mesti seperti menimang cahaya mata pertama dalam hidup beliau.
PENANTIAN 18 TAHUN TERMAKBUL
SUAMI penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengakui hampir 18 tahun dia mengimpikan untuk menimang cahaya mata perempuan.

Khalid, 59, berkata, kehadiran puteri sulung bersama Siti, Siti Aafiyah adalah rezeki dan nikmat tidak terhingga sekali gus menambahkan lagi seri dalam rumah tangga mereka.
BILIK TELAH LAMA TERSEDIA SEJAK DARI DULU
“Sebelum ini saya sudah memiliki empat anak lelaki. Apabila rumah kami siap sepenuhnya, setiap anak mempunyai bilik sendiri. Malah, saya turut menyediakan satu bilik tambahan yang mana diniatkan untuk anak perempuan.

“Jadi, selepas Siti disahkan hamil anak perempuan saya berasa sangat bersyukur. Impian dan doa saya dimakbulkan Allah. Dalam masa sama, hasrat untuk melihat bilik berkenaan didiami anak perempuan tercapai,” katanya kepada Harian Metro.
DATO KHALID ATAU TOK KHALID .. HEHE!

Khalid berkata, biarpun sudah mempunyai tiga cucu, dia tidak kekok untuk menguruskan anak kecil semula.

“Ini semua rezeki dan ketentuan Allah. Saya terima dengan penuh kesyukuran. Memandangkan sudah ada tiga cucu, jadi tidak wujud perasaan kekok.

“Lagi pula sebelum ini saya banyak meluangkan masa dengan mereka. Jadi, tidak ada masalah pun. Saya biasa saja,” katanya.

Terdahulu Siti selamat bersalin pada 19 Mac lalu secara pembedahan.

Semalam, pasangan itu berkongsi wajah dan nama sebenar anak mereka sempena hari ketujuh kelahiran.

Siti dan Khalid juga mengadakan majlis maulid Nabi, tahnik, cukur jambul dan aqiqah sekali gus memperkenalkan Siti Aafiyah kepada ahli keluarga, rakan terdekat dan pihak media.

SUMBER : HMETRO ONLINE
Hampir 100,000 Jadi Pengikut Siti Aafiyah Di Instagram

PENYANYI kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin tidak mencipta akaun instagram anaknya namun akaun bernama @Aafiyahkhalid dihasilkan oleh Asyraf.

Pengurus kepada Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak berkata akaun Instagram itu dicipta oleh anak kedua Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa iaitu Asyraf Khalid.

“Akaun Instagram Aafiyah Khalid yang rasmi daripada Siti belum ada lagi. Namun akaun yang sedia ada itu adalah inisiatif Asyraf yang buatkan,” kata Rozi kepada mStar Online.

Akaun Instagram tersebut kini hampir mencecah 100,000 pengikut dalam masa beberapa jam dibuka.

Sebelum ini terdapat beberapa akaun palsu yang dikatakan milik puteri sulung Siti Nurhaliza dan suami dicipta sejak kelahirannya pada 19 Mac lalu.

Menerusi laporan mStar pada Isnin, Siti tidak mahu anak sulungnya yang baharu berusia lapan hari itu menjalani kehidupan sebagai seorang selebriti.

 

 

Beliau berharap dapat membesarkan bayi tersebut mengikut perkembangan seperti mana dilalui kanak-kanak lain.

Segala perkembangan anaknya itu akan dikongsi dalam akaun instagram milik Siti Nurhaliza sendiri.

Siti dan suami mengumumkan nama anak perempuannya Siti Aafiyah Khalid dalam satu majlis di kediamannya di Bukit Antarabangsa pada Ahad malam.

Majlis akikah dan tahnik itu dipimpin oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Bakri.

SUMBER : MSTAR ONLINE