Alhamdulillah!! Tahniah Siti!! Dato’ Sri Siti Nurhaliza Telah Selamat Melahirkan Bayi

Kenyataan Rasmi: Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi.

Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan.
Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat.

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat.

Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan.

Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.

Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. -Rozi Abdul Razak
Pengurus

 

Sebelum Itu..

 
Tiba Masanya, Datuk K Akan Kongsi Berita Kelahiran Siti Nurhaliza Kepada Netizen Semua
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, suami penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, tidak merancang memberi hak eksklusif kepada mana-mana pihak dalam menyiarkan berita dan foto cahaya mata mereka yang bakal dilahirkan, dalam masa terdekat.

Khalid, 59 atau lebih dikenali dengan panggilan DK memberitahu, sebagai selebriti, berita gembira mengenai Siti wajar dikongsi kepada semua pihak yang selama ini banyak menyokong kerjaya seni isteri kesayangannya itu.

“Memang tiada perbincangan dengan mana-mana pihak untuk memberi hak eksklusif. Kami juga tidak akan menyembunyikan wajah anak kepada umum.

“Siti seorang selebriti, saya tahu ramai yang ingin tahu apa saja mengenainya lebih-lebih lagi soal anak. Mungkin akan ada akaun Instagram untuk anak kami nanti… Tengoklah nanti, macam mana situasinya.

“Mengikut perancangan, pada hari ketujuh kelahiran nanti, kami mahu mengadakan majlis maulid. Pada waktu itulah kami umumkan nama bayi,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Ditanya perasaannya ketika ini, tokoh korporat ini mengaku teruja dan berdebar menantikan kehadiran orang baharu dalam hidup mereka.

“Daripada segi persiapan, saya banyak membantu Siti. Memang rasa teruja sangat tetapi pada masa berdebar.

“Harap semua pihak dapat mendoakan kesejahteraan Siti dan anak kami yang bakal dilahirkan nanti,” katanya.

Sebelum ini, BH Online melaporkan penyanyi Comel Pipi Merah ini bakal melahirkan bayi secara pembedahan. Khalid dan Siti mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006.

 
Mari Kita Dengar LAgu Baru Siti Nurhaliza

Sumber Bharian