Alahai Sweetnyaa…. 10 Gambar Keluarga Ashraf Sinclair Yang Buat Anda Kencing Manis!

Pasangan Ashraf Sinclair, 39, dan Bunga Citra Lestari, 35, memang sangat jarang digosip. Pasangan ini yang telah berkahwin pada tahun 2008 masih dikenali sebagai pasangan yang sangat romantis dan serasi. Mereka berdua dikurniakan seorang putera, Noah Sinclair yang berusia 8 tahun.

Ashraf dan Bunga sering memuat naik gambar mereka sekeluarga dan mereka dilabelkan sebagai ‘family goals’ oleh netizen. Walaupun sudah mendirikan rumah tangga lebih kurang 10 tahun, Bunga dan Ashraf masih menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain.

Berikut adalah 10 gambar keluarga bahagia Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari yang boleh membuat anda semua kencing manis.

1. Sebagai suami, Ashraf menjadi pendukung utama segala aktiviti isteri.

2. Mereka sering menunjukkan rasa sayang antara satu sama lain.

3. Matamu melemahkanku saat pertama kali ku melihatmu.

4. Awww.. Seperti pasangan yang baru bercinta.

5. Walaupun sudah mempunyai anak yang berusia 8 tahun, mereka berdua masih bergaya seperti remaja.

6. Keluarga bahagia – tidakkah anda mahu suasana Aidilfitri anda seperti keluarga mereka?

7. Netizen menggangap mereka berdua seperti adik dan kakak.

8. Semoga Noah akan dapat adik perempuan tidak lama lagi 🙂

9. Setuju tak kalau mereka dianggap “Family Goals”?

10. Kunci utama keluarga bahagia adalah kasih sayang antara suami dan isteri. Hubungan suami isteri yang kuat akan menjamin kebahagiaan keluarga di dunia dan di akhirat.

Hangat.com mendoakan hubungan Bunga dan Ashraf berkekalan hingga ke anak cucu cicit. In shaa Allah amin!

Kredit/Sumber : Hangat.com