Akhirnya Ziana Zain Memberi Respond Tentang Isu Melaporkan Suaminya Ke Polis Sebab Mendera Anaknya ..

BEBERAPA jam lalu penyanyi, Ziana Zain memuat naik gambar yang disertakan kata-kata berlatar laluan keretapi di laman Instagramnya.

Dalam muat naik terbaru itu tertera ayat menyatakan luahan isi hatinya.

“Don’t judge my path if you haven’t walked my journey,” tulisnya membawa maksud:‘Jangan menilai perjalanan kehidupan saya sekiranya anda tidak melalui apa yang saya lalui’.

Muat naik di Instagram @iamzianazain itu menerima lebih 17,000 ‘like’ dalam masa beberapa jam dan lebih 800 komen daripada peminat.

Rata-rata, peminat yang juga pengikut di laman Instagramnya memberikan kata-kata semangat dan positif di samping ada yang melontarkan pendapat.

Hampir kesemua komen itu juga mendoakan agar penyanyi itu dan keluarganya dapat melalui situasi itu dengan kuat.

Ziana bagaimanapun masih enggan mengulas lanjut mengenai suaminya yang didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam, atas pertuduhan mencederakan anak lelakinya, 25 Februari lalu.

SUMBER : HMETRO ONLINE

Artikel Berkaitan ..
Sekali Lagi Mereka Bertanya Pada Ziana Zain.. Ini Jawapan Beliau.. Siti Nordiana Pula Memberi Sepatah Dua Kata Untuk Semua Orang

PENYANYI, Ziana Zain yang dihubungi pagi ini masih meminta supaya diberikan ruang untuknya dah keluarga.

“Saya minta maaf, tapi buat masa sekarang, saya masih perlukan sedikit ruang,” katanya kepada Harian Metro.

Demikianlah jawapan yang diberikan oleh penyanyi Madah Berhelah itu menerusi pesanan WhatsApp selepas ditanya mengenai perkembangan terbaru selepas suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri, didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam, atas pertuduhan mencederakan anak lelakinya, 25 Februari lalu.

Antara artis yang rapat dengan Ziana adalah penyanyi, Siti Nordiana yang tampil memberikan kata-kata semangat buat Ziana.
KOMEN SITI NORDIANA
“Kak Ziana adalah antara artis yang rapat dan baik dengan saya. Saya harap, semua dapat berikan ruang kepadanya dan memahami situasi yang dilaluinya,” kata Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana.

Nana juga berdoa dan mengharapkan agar semuanya berjalan dengan lancar.

“Saya sentiasa berharap dan mendoakan agar semua yang dilalui oleh Kak Ziana sekeluarga berjalan dengan lancar dan dipermudahkan,” katanya.

Dalam laporan Harian Metro semalam, laporan polis dibuat sendiri oleh Ziana pada 27 Februari lalu sebelum Armin ditahan polis bagi membantu siasatan, Jumaat lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta anak kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

SUMBER : HMETRO ONLINE via gedebak viral