Akhirnya Suami Ziana Zain Dedah Cerita Sebenar Selepas Bebas Dari Tahanan

SUAMI penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini, atas pertuduhan mencederakan anak lelakinya, 25 Februari lalu.

Armin,53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.
Mengikut pertuduhan, dia yang kini tidak berkerja didakwa menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.

Perbuatan berkenaan dilakukan di rumahnya di Denai Alam, Shah Alam, kira-kira 4 pagi, 25 Februari lalu.

Justeru, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua daripada mana-mana seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Armin yang tidak diwakili peguam ketika rayuan memaklumkan perbuatan itu dilakukan dengan tujuan mengajar anaknya mengaji dan solat.
PERKARA SEBENAR DICERITAKAN
Image result for ziana zain


Kredit Gambar: NST
“Saya tidak dera anak. Saya ajar dia mengaji dan solat tetapi dia tidak faham dan bebal.

“Saya bertanggungjawab terhadap empat anak selain mempunyai ibu yang sakit dan perlu menghantarnya ke hospital,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharif Afendi yang mengendalikan kes menawarkan ikat jamin tertuduh berjumlah RM10,000.

Raja Noor Adilla menurunkan jumlah jaminan kepada RM5,000 dengan seorang penjamin.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 4 April depan.

Difahamkan, laporan polis dibuat sendiri oleh Ziana pada 27 Februari lalu sebelum Armin ditahan polis bagi membantu siasatan, Jumaat lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Sumber Ilham: gedebakviral

Artikel Berkaitan:
Luahan Ziana Zain…
LEBIH kurang 24 jam selepas berita suaminya di dakwa atas kesalahan dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya, penyanyi terkenal, Ziana Zain, memuat naik sekeping gambar yang menggambarkan isi hatinya kini.

Dengan tulisan ringkas, ‘Don’t judge my path if you haven’t walked my journey’ (Jangan menilai jalan saya jika anda tidak berada dalam perjalanan itu), dipercayai ditujukan buat sesetengah pengikut media sosial yang mempertikaikan tindakannya membuat laporan polis terhadap suaminya.

Bagaimanapun tinjauan Sinar Harian di posting terbarunya itu mendapati rata rata pengikut dan pengikut penyanyi yang terkenal dengan lagu Anggapanmu ini memberi sokongan moral buat Ziana.

Bahkan kebanyakannya percaya, Ziana bertindak atas dasar rasional dan terkejut memandangkan ini kisah pertama rumah tangganya hinggap di dada media.

Semalam, suami Ziana, Armin Zaharin, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan mendera anaknya di sebuah rumah di Denai Alam, dekat sini, jam 4 pagi pada 25 Februari lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, bekas Pramugara Kanan Malaysia Airlines itu berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Mahkamah menetapkan 4 April untuk sebutan semula.

Armin,53, ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana Zain membuat laporan polis pada 27 Februari lalu.

Ziana Zain atau nama sebenarnya, Siti Roziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Putus Terpaksa itu bernikah dengan Armin pada 9 Mei 1998.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Sumber Ilham: sinarharian