Akhirnya Che Ta buka mulut isu ‘Betina’ & Rita Rudaini.

Komen tentang video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)
Selamat datang ke video chennal informasi informasi,gaya hidup,hiburan,seram,sedih.fakta fakta menarik serta kejadian aneh tapi nyata dan lucu yang terdapat di dunia ini .dan lain lain lagi.

Jika anda tidak mahu membacanya anda terus scroll menonton video ini,

Jom kita Saksikan Che Ta dan Rita Rudaini.Sebelum kita memulakan kita lihat penerangan Che Ta siapakah beliau ini.Rozita Abu Bakar (atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan dan Che Ta; lahir 9 Mac 1973) ialah seorang pelawak, pelakon, pengacara dan penerbit yang terkenal di Malaysia.

Rozita bersama dua orang anaknya.Rozita memakai baju warna putih berjeket hitam dan memakai cermin mata hitam.Cermin mata hitam adalah sejenis kaca mata perlindungan direka untuk menghalang cahaya matahari terang dan cahaya boleh lihat bertenaga tinggi daripada merosakkan atau menyakitkan mata.Pelakon Rozita Che Wan menjelaskan dirinya tidak mempunyai isu dengam aktres Rita Rudaini sebelum ini,Tindakan aktres Rita Rudaini yang mesra disapa dengan panggilan Che Ta ini dikecam kerana meninggalkan komen dilaman Instagram milik Isteri kepada pelakon Aqasha Baizura Sabri.

.semoga anda terus terhibur dengan kisah cerita ini ,tontonlah cerita ini sampai ke penhujungnya supaya anda ketahui jalan cerita ini.
Anda juga boleh scroll dibawah ada lagi cerita yang menarik buat anda tonton bersama sama keluarga dan rakan2
Anda juga boleh share di fb atau dilaman sosial yang lain.
Jika ada sebarang cadangan atau pertanyaan boleh berhubung dengan admin web ini.

Terima kasih kerana sudi menonton kisah cerita yang dipaparkan sekian.

Jangan lupa like Fb fanpage kami dibawah.
Sila tonton video:

sumber: dharian

Artikel sebelum ini…

Selepas Izreen Azminda menyahaktif akaun Instagramnya apabila teruk dikecam gara-gara rumah tangganya, Rita Rudaini pula menjadi tempat netizen melampiaskan kemarahan. Perkara itu berlaku dipercayai kerana ramai beranggapan Rita tidak menasihati Izreen dan terbabit dalam mengenalkan Izreen dan Ude.

Rita baru-baru ini ada memuatnaik fotonya bersama madu Izreen, Intan Liana Salleh bersama anggota keluarga Intan yang lain. Foto itu nyata mengejutkan kerana netizen sebelum ini menyangka Rita sudah tentunya berpihak kepada Izreen.
Rita dituduh perkenalkan Izreen kepada Ude

Cerita Rita kepada Berita Harian, dia sudah lama mengenali pelakon Nazia Mustafar yang kebetulannya biras kepada Intan. Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Rita berkata, pertemuannya dengan Intan tidak bermaksud memberi kesan kepada mana-mana pihak.

Saya berkawan baik dengan Nazia Mustafar sejak masih bujang. Secara kebetulan, Nazia adalah biras kepada Intan. Kakak Intan, Roza Saleh yang juga seorang penyanyi, sudah lama saya kenal.

Sebelum ini, saya dengar cerita keluarga Intan yang kononnya bengang dan menuduh saya mengatur perkenalan serta perancang perkahwinan Izreen dan Ude.

Nasihat kepada Izreen seperti mencurah air ke daun keladi

Terkesan dengan kontroversi Izreen, Rita mengakui dia menerima pandangan serong daripada orang sekeliling yang beranggapan negatif terhadap dirinya.

Diakui, saya terbeban apabila menerima serangan netizen tanpa pembelaan. Ketika itu, Nazia menghulur tangan mahu membantu membersihkan nama saya. Nazia mengatur pertemuan dengan Intan dan keluarganya. Dia mahu saya menjelaskan kedudukan sebenar.

Seperti yang dinyatakan, saya sudah menasihatkan Izreen, ambil hak orang, kena mengalah. Tetapi nasihat saya bagaikan mencurah air di daun keladi.

Intan minta tips tuntutan mahkamah

Ujar Rita lagi, dia berjumpa Intan setelah diminta Intan bagi mendapatkan pendapat Rita berkenaan urusan mahkamah yang akan dihadapinya tidak lama lagi.

Intan minta Nazia aturkan pertemuan dengan saya. Dia mahu meminta tip dan pandangan terhadap tuntutan yang harus dilakukan di Mahkamah Syariah kerana dia tidak berpengalaman.

Saya hanya berkongsi pengalaman turun naik mahkamah selama bertahun-tahun.

Sumber: Berita HarianIntan Liana Salleh

Artikel sebelum ini…

Izreen Azminda minta ‘haters’ jangan ganggu hidup Rita Rudaini!

IZREEN Azminda meminta netizen agar berhenti ‘menyerang’ pelakon Rita Rudaini di Instagram (IG) membabitkan kontroversi perkahwinannya.

Izreen, 33, berkata, Rita tidak ada kena mengena dalam rumah tangganya dan berharap orang ramai tidak salah faham mengenai apa yang terjadi.

“Diakui sejak saya menutup ruangan komen dan menyhaktif sementara akaun Instagram, netizen beralih ke IG Rita. Disebabkan mereka tidak dapat menghentam saya, Rita pula jadi mangsa.

“Dalam masa sama, perkara ini berlaku di luar kawalan saya. Cuma, apa boleh dikatakan sekarang, berhenti mengganggu ketenteraman Rita, baik di kalangan peminat saya atau ‘haters’.

“Tidak adil jika dia turut dikecam hanya kerana kami berkawan. Ingin dijelaskan, dia tidak terbabit atau ada kena mengena dalam perkara ini,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Izreen, buat sementara waktu dia tetap dengan pendirian untuk tidak mengaktifkan semula Instagram miliknya.

“Saya bukan lari, tetapi ingin perkara ini selesai dahulu. Selepas ini, saya akan kembali membuka akaun IG.
“Buat masa sekarang, saya ingin semuanya reda dan tenang dahulu. Bagi yang terus memberikan sokongan kepada saya, terima kasih diucapkan,” katanya.

Mengenai penamatan kontrak menjadi duta produk kecantikan, Izreen menjelaskan dia bukan digugurkan sebaliknya kontrak berkenaan sudah berakhir.
“Saya anggap tidak ada rezeki. Namun, saya ingin perbetulkan persepsi orang yang mana kontrak saya tidak dibatalkan, tetapi sudah berakhir. Saya percaya, rezeki Allah SWT ada di mana-mana.

“Alhamdulillah, tawaran berlakon juga tidak putus dan semua berjalan macam biasa. Saya bersyukur pihak produksi tidak ambil pusing masalah peribadi saya. Mereka lebih percaya dengan hasil kerja saya selama ini.

“Saya juga tidak ada masalah disiplin atau pernah menimbulkan masalah terhadap mana-mana produksi. Paling penting, walaupun saya berdepan masalah, sikit pun tidak menjejaskan kerja saya atau pun mengganggu produksi. Saya tetap menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

Sumber : Harian Metro

 

 

 

 

 

Menurut Intan lagi, jika ada rezeki dia akan meneruskan karier sebagai model muslimah namun selepas selesai urusan perceraiannya.

“Insya-Allah kalau ada rezeki saya akan teruskan karier itu. Tapi tengok pada keadaan dan apa-apa pun biar urusan perceraian itu selesai dahulu.

“Selepas semuanya selesai, barulah saya boleh fikir tentang pekerjaan tetap atau secara bebas,” kata Intan yang tidak mempunyai apa-apa pekerjaan.

Dalam pada itu, Intan bakal mengeluarkan produk gincu jenamanya iaitu Lawabybonda pada bulan ini.
Izreen merahsiakan perkahwinannya atas permintaan suami.

Kata Intan, produk tersebut masih dalam proses dan hanya akan dijual menerusi dalam talian sahaja. “Saya akan keluarkan produk gincu jenama saya sendiri. Insya-Allah akan siap pada bulan ini juga.

“Produk itu masih dalam proses nak siap dan hanya akan dijual menerusi talian sahaja. Nanti akan dimaklumkan menerusi Instagram saya,” katanya.

Intan bakal diceraikan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, pada 22 Mac depan.

Kehidupan Intan dan Ude menjadi sensasi apabila suaminya itu berhajat menceraikan dia pada 22 Mac depan.

Mereka berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak, Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1.

Manakala Ude dan pelakon Izreen Azminda telah berkahwin secara rahsia pada 8 Ogos tahun lalu.