Akhirnya, Bapa Elfira Loy Tidak Boleh Diam Kan Diri .. Ini Pesanan Tepat Kepada Sufian Suhaimi

 

KUALA LUMPUR: Ahmad Sabri Ariffin, iaitu bapa Elfira Loy, mahu Suffian Suhaimi berhenti mengeluarkan kenyataan berhubung kontroversi putus tunang bagi menjaga hati semua pihak.

Ahmad Sabri berkata, sejak kebelakangan ini, beliau mendapati Sufian kerap mengulas isu berkenaan sedang keluarga kedua-dua belah pihak sepakat untuk tidak memanjangkan perkara itu, apatah lagi membuat kenyataan kepada media.

“Sejak cincin tunang dipulangkan kepada keluarga Sufian di Muar, Johor pada 18 Februari lalu, saya fikir, hal ini tidak akan berpanjangan.

“Malah, bapa saudara yang mewakili keluarga Sufian ketika itu pun berharap tak perlu diperbesar dan dipanjangkan lagi isu putus tunang ini.

“Namun, perkara di sebaliknya terjadi. Saya lihat Sufian terus bercerita dan anak saya, hanya beberapa kali memberi kenyataan. Saya fikir, kenapa dia perlu ‘main’ lagi isu itu?

“Anak saya juga tidak mahu memanjangkan lagi perkara itu. Bagi saya, ayah atau bapa saudara Sufian elok menasihatinya supaya tidak memanjangkan perkara itu… Benda ini sudah tamat,” katanya kepada BH Online.

Bulan lalu, dunia hiburan kecoh apabila Filzah Yusoff iaitu ibu pelakon Elfira, mengesahkan pertunangan anaknya dengan penyanyi lagu Terakhir itu, putus.

Mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober, spekulasi ikatan pasangan ini goyah mula diperkatakan sejak Disember lalu apabila mereka tidak lagi memuat naik gambar bersama di laman sosial.

Sebaik Sufian mengakui berita ikatan pertunangan dengan pelakon itu putus, spekulasi mula bertebaran mengenai punca pasangan ini berubah hati. Penyanyi itu juga dilihat beberapa kali mengulas isu berkenaan kepada media sedangkan Elfira lebih banyak berdiam diri.

Ahmad Sabri berkata, beliau bagaimanapun faham tugas wartawan untuk mendapatkan bahan berita.

“Sufian boleh cakap ‘tidak’ dan jangan lagi memberi komen. Saya kurang pasti apakah semua ini strategi Sufian dan pihak pengurusannya yang mahu mempromosikan lagu baharunya.

“Selepas memulangkan cincin, saya yakin dan percaya keluarga kedua-dua belah pihak menerima ketentuan ini dengan lapang dada. Hal jodoh dan pertemuan itu milik Allah,” katanya.

Ikuti luahan hati Ahmad Sabri dan harapan melihat Elfira bahagia dengan hidupnya, dalam sisipan B*POP akhbar BH, esok.

SUMBER : BHARIAN ONLINE via gedebak viral

 

Artikel sebelum ini…

Sufian Suhaimi Dedahkan Syarat Yang Ditetapkan Oleh Ibu Elfira Loy .. Bukan Biasa Biasa Syarat Dia.

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Sufian Suhaimi, menepis spekulasi kononnya jumlah wang hantaran tinggi menjadi punca pertunangan dirinya dengan pelakon, Elfira Loy, putus.

Katanya, dalam keghairahan sesetengah pihak untuk menjadi orang pertama yang ‘tahu’ segala-gala, sebahagiannya tampil bersama andaian sendiri.

Sebelum ini, wujud dakwaan mengatakan Sufian kononnya tidak mampu untuk menyediakan jumlah wang seperti diletakkan oleh keluarga pihak perempuan, sehingga ikatan yang disimpulkan pada 6 Oktober tahun lalu terlerai.

Begitupun, ketika ditanya sendiri kepada empunya diri, penyanyi Terasa Ada itu menafikan perkara terbabit.

“Saya percaya, dalam hal sebegini, banyak pihak seperti mahu menjadi yang pertama. Seolah-olah, mereka tahu segala-gala yang berlaku.

“Tidak kurang juga yang membuat andaian dan kesimpulan sendiri, termasuklah dalam soal wang hantaran. Sedangkan, hakikatnya tiada isu pun dalam perkara itu.

“Silalah berhenti daripada membuat kesimpulan sendiri dan hormatilah keluarga saya serta Elfira,” katanya sambil menegaskan, dirinya sekali-kali takkan mudah melatah dengan segala apa yang terjadi.
SYARAT IBU ELFIRA LOY KEPADA SUFIAN SUHAIMI
Jelasnya, selama ini, tiada jumlah wang hantaran tepat yang ditetapkan, sebaliknya beliau perlu membaca sebuah surah sebagai syarat memiliki gadis berkening lebat itu.

“Sebelum berkahwin dengan anaknya, ibu Elfira ada meletakkan syarat seperti saya perlu menghafal Surah al-Mulk, selain menabung sejumlah wang setiap hari,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta ulasannya berhubung tindakan netizen mempersenda diri dan judul lagunya, Sufian berkata, tumpuannya kini adalah lebih kepada berdepan kontroversi terbabit dan memulihkan imej yang tercalar.

Baru-baru ini, segelintir netizen dikatakan mempersenda penyanyi ini dan lagunya, seperti mewujudkan tanda pagar #terasaadawalausekejap, berdasarkan dendangannya, Terasa Ada.

“Dalam hal mempersendakan ini, ia tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka. Begitupun, saya maafkan mereka kerana masing-masing tidak tahu apa yang berlaku,” katanya yang bakal muncul dengan single keempat, Di Matamu.

Belum pun dilancarkan, video lirik tidak rasmi lagu itu kini sudah pun ‘trending’ nombor satu di YouTube.

SUMBER : BHARIAN

Artikel Berkaitan ..
Lagu Sufian Suhaimi selepas putus tunang trending no 2 di YouTube
Lagu Sufian Suhaimi selepas putus tunang trending no 2 di YouTube

VIDEO lagu penyanyi Sufian Suhaimi berjudul Di Matamu menjadi trending nombor 2 di laman YouTube minggu ini.

Lagu yang dikeluarkan selepas episod putus tunangnya dengan pelakon Elfira Loy berakhir itu mendapat lebih 1.5 juta tontonan di laman tersebut.

Di Matamu merupakan lagu yang mendapat perhatian masyarakat selepas ia dikataka

Difahamkan lagu itu dijangka akan dilancarkan pada 23 Mac ini iaitu tarikh sepatutnya Sufian dan Elfira mendirikan rumah tangga.

Video itu turut menerima lebih 1,500 komen daripada pelayar laman tersebut.

Rata-ratanya terkesan dan turut bersimpati dengan apa yang dirasai oleh Sufian yang kini sedang bersedih apabila jodohnya dengan Elfira tidak kesampaian.

“Sabar ya dengan cerita tu. Kami tahu perasaan Sufian. Bertabah ya… Tapi 100% gerenti lagu ni sedih…

“Sebagai seorang yang pernah merasa putus sebuah pertunang.. Aku seakan faham bait- bait lirik yang cuba diceritakan dalam lagu ini,” tulis beberapa pelayar tersebut.

SUMBER : Astro Awani via gedebak viral