9 Bilah Pedang Yang Nabi Muhammad SAW Pernah Ada Sepanjang Hayatnya

Berikut adalah pedang-pedang yang pernah di miliki oleh Nabi Muhammad SAW semasa hayat Baginda.

1. Al Makhzam

Pedang ini memiliki panjang 97 cm dan mempunyai ukiran tulisan Arab yang berbunyi: ‘Zayn al-Din al-Abidin’.

Ada yang mengatakan pedang ini adalah milik Nabi Muhammad SAW yang kemudiannya di berikan kepada Ali bin Abi Thalib yg seterusnya di warisi oleh anak Syaidina Ali.

Pendapat lain menyatakan bahawa pedang ini diperolehi Syaidina Ali bin Abi Thalib sebagai hasil rampasan dalam perang yg berlaku di Syria(Syarm).

2. Al Qazeeb

Al-Qazeeb merupakan sebilah pedang unik berbentuk tipis seakan² sebatang tongkat.Panjangnya adalah 100 cm dan memiliki sarung yang di perbuat dari kulit haiwan.

Di atas pedang ini, terdapat ukiran perak kalimah syahadat:

“Tidak ada Tuhan selain Allah, Muhammad Rasul Allah – Muhammad bin Abdallah bin Abd al-Mutalib.”

Tiada catatan dalam sumber sejarah mengatakan pedang ini pernah digunakan dalam mana² peperangan. Pedang ini berada di rumah Nabi Muhammad SAW dan kemudiannya digunakan oleh khalifah Fatimid.

3. Al Rasoob

Pedang ini juga berada di Museum Topkapi, Istanbul ketika ini.Berkepanjangan 140 cm,ianya mempunyai bulatan emas yang didalamnya terdapat ukiran tulisan Arab yang berbunyi ‘Ja’far al-Sadiq’.

4. Hatf

Allah SWT mengurniakan kepada Nabi Daud AS dengan kebolehan ‘pandai besi’. Baginda telah membuat baju perisai, senjata dan alat perang. Pedang Hatf adalah salah satu senjata yg di buat Nabi Daud AS. Ianya hampir menyerupai Al Battar tetapi bersaiz lebih dan besar iaitu kira² 112cm panjang dan lebar 8cm.

Pedang ini kemudiannya disimpan oleh suku Levita (suku yang menyimpan senjata dan barang² Bani Israel) dan akhirnya sampai ke tangan Nabi Muhammad SAW. Pedang ini juga kini berada di Muzium Topkapi, Istanbul.

5. Qal’ee

Juga dikenal sebagai “Qal’i” atau “Qul’ay’,terdapat pendapat yg mengatakan ianya mungkin berkaitan dengan nama tempat di Syria,India dan China. Juga terdapat pendapat yg mengatakan “qal’i” adalah merujuk kepada “timah” atau “timah putih” yang di lombong di berbagai lokasi.

Pedang ini juga merupakan salah satu dari 3 bilah pedang Nabi Muhammad SAW yang diperolehi hasil rampasan dari Bani Qaynaqa.Memiliki panjang 100cm,terdapat ukiran bahasa Arab berbunyi: “Ini adalah pedang mulia dari rumah Nabi Muhammad SAW,Rasul Allah.”

6. Dzhu Al Faqar (Zulfikar)

Terdapat 2 versi berkenaan Dzhu Al Faqar.

Pertama, terdapat sumber mengatakan bahawa pedang ini adalah milik Syaidina Ali Bin Abi Thalib dan keluarga.

Versi kedua pula mengatakan ianya adalah hasil rampasan perang dalam Perang Badr.Kemudian Rasulullah SAW telah memberikan pedang ini kepada Syaidina Ali bin Abi Thalib.Dalam Perang Uhud, Syaidina Ali kemudiannya telah mengembalikan pedang Dhu Al Faqar ini kepada Rasulullah SAW.

* Wujud kekeliruan di sini.Saya pernah membaca artikel dan di gambarkan bahawa Pedang Dzhu Al Faqar (Zulfikar) ini adalah pedang yg memiliki 2 bilah di hujungnya.

7. Al Azab (Al‘Adb)

Al-’Adb membawa maksud ‘memotong’ atau ‘tajam’. Pedang ini dikirim ke para sahabat Nabi Muhammad SAW sejurus sebelum Perang Badar. Sekarang pedang ini berada di masjid Husain di Kairo Mesir.

8. Al Battar

Al Battar adalah salah satu pedang hasil rampasan dari Banu Qaynaqa(kaum Yahudi) dalam satu peperangan yg berlaku pada bulan Syawal.Terdapat tulisan milik kaum Nabataean di atas pedang berukuran sepanjang 101 cm ini Ketika ini, pedang ini juga berada di Muzium Topkapi, Istanbul.

Pedang ini juga disebut sebagai ‘pedang para nabi’ kerana di katakan pernah di gunakan oleh nabi² terdahulu.Terdapat ukiran nama² nabi seperti berikut di pedang ini iaitu Nabi Daud AS,Nabi Sulaiman AS, Nabi Musa AS,Nabi Harun AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Zakaria AS,Nabi Yahya AS,Nabi Isa AS dan Nabi Muhammad SAW.

Di katakan Pedang al-Batar akan kembali di gunakan Isa AS untuk membunuh Dajjal.(Sebahagian kitab tercatat tombak).

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda;

“…Ketika mereka sedang bersiap-siap untuk perang dan merapatkan barisan, tiba-tiba adzan dikumandangkan, lalu Isa putra Maryam turun. Saat Dajjal melihatnya,maka dia meleleh seperti garam di dalam air, seandainya dibiarkan niscaya dia pasti binasa, akan tetapi Allah membunuhnya lewat tangan Isa. Lalu Isa memperlihatkan darah DI PEDANG-NYA kepada mereka.”
(Hr. Muslim 2897, Kitab Al-Fitan)

9. Al Masoor (Al Ma’thur)

Juga dikenali sebagai ‘Ma’thur Al-Fijar’,ianya adalah pedang yang dimiliki oleh Rasulullah sebelum baginda menerima wahyu yang pertama di Mekah.

Pedang ini berukuran panjang 99cm. Bahagian pemegangnya di perbuat daripada emas dengan berlapiskan zamrud dan firus.Juga terdapat ukiran khat Kufic dalam bahasa Arab yang bertulis ‘Abdallah bin Abd al-Mutalib’ di bahagian tersebut. Pada hari ini, pedang ini berada di Muzium Topkapi, Istanbul, Turki.

Sumber: Facebook Ziefenz Zee