12 KESILAPAN SUAMI SEMASA ‘BERSAMA’ ISTERI .. No 8 Memang Selalu Sangat Terjadi

Berikut adalah beberapa kesilapan suami semasa bersetubuh yang harus dihindar atau dielakkan :
1. TIDAK BERCUMBU TERLEBIH DULU
Menurut kajian, 79% dari lelaki Malaysia suka melakukan seks spontan (gaya koboi atau seks ekspres). Isteri berharap agar suami mencumbui bibirnya terlebih dulu, bukan tempat lain. Ambil masa untuk bercumbu serta bercium secukupnya.
2. MENIUP TELINGA YANG TERLAMPAU
Sepatutnya tiup secara perlahan-lahan dan romantik. Itu akan mampu membangkitkan rasa ghairah isteri. Jangan lakukan seperti meniup belon harijadi kerana itu akan menyakitkan telinganya.
3. TIDAK BERCUKUR
Muka lelaki yang tidak bercukur akan menjadi seperti duri landak oleh isterinya, apatah lagi selepas itu mukanya akan merayap pula ke serata tubuh hingga ke peha. Janganlah rasa seronok melihat isteri memusingkan kepalanya ke kiri atau kanan, itu bukan kerana ghairah tapi untuk mengelakkan kulit mukanya yang halus itu dari dicucuk oleh janggut serta jambang si suami.

Isteri anda bukan tiga anggota saja (dua bukit satu gua). Seluruh anggota tubuhnya dari rambut ke kaki perlukan belaian anda. Jangan terus pergi mengebom tiga anggota saja. Oleh itu suami perlu menyentuh dan membelai tempat-tempat sensitif yang lain seperti tengkuk, leher, perut, peha dan bahagian-bahagian lain yang boleh menimbulkan keseronokan kepada isteri.
4. MEMICIT PAYUDARA
Ramai lelaki memperlakukan isterinya seperti surirumah menggunakan kedua-dua tangannya memicit tembikai untuk tahu sama ada ia sudah masak atau tidak. Apa yang patut dilakukan ialah mengurut lembut, membelai dan mengusap.
5. MENGGIGIT PUTING PAYUDARA
Puting payudara adalah sensitif dan tidak harus diperlakukan seperti mahu meniup pelampung. Jangan dikunyah seperti makan chewing gum. Yang patut dilakukan ialah jilat serta sedut, atau sentuh dengan hujung lidah.
6. JANGAN CARI STESEN RADIO
Jangan cari stesen radio menggunakan puting payudara isteri kerana itu akan membuatkan isteri merasa sakit. Usah fokus pada puting saja tapi seharusnya pada seluruh payudara.
7. ELAKKAN DARI TERUS MENGEBOM
Isteri anda bukan tiga anggota saja (dua bukit satu gua). Seluruh anggota tubuhnya dari rambut ke kaki perlukan belaian anda. Jangan terus pergi mengebom tiga anggota saja. Oleh itu suami perlu menyentuh dan membelai tempat-tempat sensitif yang lain seperti tengkuk, leher, perut, peha dan bahagian-bahagian lain yang boleh menimbulkan keseronokan kepada isteri.
8. GELOJOH SANGAT
Tunggu hingga isteri bersedia dan membuka pakaiannya. Jangan terburu-buru dan gelojoh hingga tangan anda tersepit di pakaian dalam isteri anda.
9. BUKAN TONG SAMPAH
Jika anda pakai kondom, ianya bukan hadiah untuk isteri anda. Membuang kondom adalah tanggungjawab suami.
10. JANGAN JADI SHARP SHOOTER
isteri bukan untuk diserang secara ‘direct’, yang patut dilakukan ialah mengurut-urut dengan jari di sepanjang tepinya saja.
11. MANA ADA TEA-TIME
Jangan sekali-kali berehat pula bila anda melakukan istimta’ (foreplay),tubuh isteri perlu sentiasa disentuh agar berahinya tidak turun mendadak.Teruskan rangsangan anda.
12. JANGAN JADI INCREDIBLE HULK
Bila membuka pakaian isteri, bukalah dengan kemas sebagaimana anda membuka hadiah yang bernilai. Ingatlah, isteri anda adalah insan yang banyak berkorban untuk anda. Layanilah dia sebaik-baiknya.

Sumber: gedebak viral

Artikel lain…

Isteri Masuk ICU Ketika Lipat Kain Suami. Ini PUNCANYA

Ketika tu aku berada di dapur tengah masak tengahari. Mak pula tengah lipat kain di ruang tamu rumah sambil tengok TV. Sedap-sedap tengah mengacau kari ayam yang sedang dimasak, mak menjerit. “Aduhh Aduhhh Aduhhh Milahhhhhhhh Milahhhh datang sini cepatttt”.

Aku pun bergegas lari ke ruang tamu dengan perasan penuh cuak. Mak yang aku kenal sangat lemah lembut tak pernah jerit-jerit macam ni. “Mak kenapa, kenapa mak”. Ya Allah alangkah terkejutnya aku apabila melihat ada seekor ular sedang melingkar di ruang tamu rumah. Mak memegang jarinya.

Tampaknya mak macam dah kena gigit ular tu. Aku terus ambil penyapu dan kebetulan ternampak RIDSECT. Terus aku ketuk2 ular tu sambil menyembur ridsect.Aku tak rasa ridsect tu leh bunuh atau peningkan ular tu. Tapi aku dok sembur juga. Dalam sakit-sakit mak bagitau ketika sedang melipat kain pelikat ayah, tiba-tiba ular tu muncul dan terus gigit jari mak. Ular tu dah lunyai aku ketuk-ketuk dengan penyapu.

Aku terus bawa mak pergi hospital. Gambar ular sempat dirakam untuk tunjuk kat doktor nanti supaya mak boleh dapat anti-venom yang bersesuaian. Mak ditahan di wad. Alhamdulillah mak selamat.

Kredit: Miss K.

Sumber: Katak Pisang

Artikel Seterusnya ..
AKU “DIMADUKAN” OLEH ISTERI. MALAM PERTAMA AKU TERKEDU DIA BUKA VIDEO ‘KEKASIH PERTAMANYA’.

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada admin dan para pembaca. Terima kasih kepada admin juga kerana telah menyiarkan confession saya. Sebenarnya apa yang saya nak ceritakan ni bukan la satu masalah. Tapi kelama-lamaan menjadi masalah juga.

KAHWIN DENGAN SENIOR KOLEJ

Saya berkahwin dengan isteri sejak 2 tahun yang lalu. Setakat ni kami tiada cahaya mata. Mungkin bukan rezeki lagi. Isteri saya ni sebenarnya senior saya ketika saya masih belajar di kolej.

Kenal dengan dia ketika orientasi dan dia adalah fasilitator. Sebenarnya terus terang saya katakan, isteri saya tak menarik. Time first jumpa dalam dewan, isteri aku ni muka garang mak ai. Tak senyum, tak sengih.

Serius muka dia. Dia tak mekap, boleh nampak kulit kusam, baju cam tomboi. Tudung bawal kusut. Cara jalan macam gangster. Sorang pun x berani nak tegur. Memang kawan2 dia pun kata dia ni tegas.

Yang penting satu perkataan yang aku tak boleh lupa – dia SINGLE. Aku tak tahu tang mana aku leh cair kat dia. Masa tu aku curious je. Yelah, selalunya bila kita jumpa orang baru (freshman) selalu crush kat senior kan? Bila aku cakap kat kengkawan, dorang mai gelakkan aku. Cakap aku giler leh cair kat isteri aku.

Tapi aku tak berani tegur dia. Pernah beberapa kali terserempak dia dalam kampus, dia pi kuliah naik motor. Dengan baju kurung…dengan trackbottom . Ramai awek2 kolej selalu gelakkan dia. Sindir dia.

Cakap dia low class la bagai. Aku selalu dengar dalam kuliah aku. Rupa-rupanya walaupun dia diam2, orang ambik tahu juga pasal dia. Dia bukannya dekan ke, anak emas lecturer ke…cuma orang cakap pasal isteri aku hanya kerana sikap ala-ala ‘gangster’ dia.

Bila aku sem 3 (dia sem 5), aku beranikan ajak dia keluar. Jawapan dia…nope. Dia tak nak aku. Kawan se-batch dia yang aku kenal siap cakap dia memang camtu. Even kawan ramai, dia tak suka dating bagai dan keluar bilik.

Tapi aku stil ajak keluar. Sampai satu hari, dia naik fed up. Cakap kat aku, selagi mak ayah dia tanggung dia, dia taknak kuar dating. Terkedu aku sekejap.

Pastu aku buat lagi.

Tapi cara halus ah. Aku ajak dia berbual dengan guna modal nak beli buku rujukan dari dia. Sejak dari tu, kalau belajar, kitorang pi library sama-sama (kawan dia 5 orang jadi bodyguard).

Tapi selalunya ke library jelah. Tempat lain dia tak mau. Dan kelama-lamaan dia sendiri cakap jangan ganggu dia sebab dia dah janji pada pak mak dia yang dia takkan bercinta masa belajar. Masa tu, lagi sebulan, dia nak praktikal.

Bila dia dah tinggalkan kampus, kitorang jarang berbual. Rupa-rupanya tak lama naik sem akhir, aku baru tahu ramai gak gosip pasal kitorang. Siap cakap aku mereng dan desperate nak couple dengan gangster. Hahaha… Jealous betul korang ek.

Bila aku dah abis praktikal dan dapat kerja, aku cuba call dia. Dia dah keje, and still single. Aku ajak keluar. Dia tolak. Sebab kawan aku kata aku ni dah macam mabuk ketum, aku buat solat ishtiharah.

Gambar dia keluar? Tak ah. Takde gambar apa-apa pun. Cuma rindu makin menebal. Kitorang masing-masing duk jauh, aku kedah, dia johor, tapi kami kerja kat negeri sembilan. Satu hari aku cakap nak nombor ayah dia, so dia bagi.

Ayah dia sebenarnya lecturer uni lain. Aku call, ayah dia jawab tegas je. Dengan berbekal kan surah-surah pilihan, aku minta kebenaran nak keluar dengan dia. Ayah dia marah, cakap apsal tak ajak kawin terus je.

So aku cakap, aku nak tapi dia tak nak. Lepas habis berbual, ayah dia suruh tunggu dia call. Dua hari kendian, dia call. Cakap aku dah gila.

MEMINANG HARI RAYA

Tapi mungkin jodoh, bila mak ayah aku hantar rombongan meminang masa hari raya. Dia setuju. Laju je. Kitorang tunang dan nikah hari sama. Sanding seminggu kendian, 5 bodyguard dia tetap ada. Jadi pengapit. Nasib la pentas sanding asal batu, mau tak roboh.

Korang mesti tertanya-tanya kenapa tajuk aku camne kan? Sebab sebenarnya lepas kahwin baru aku tahu perangai sebenar isteri aku. Apa faktor masa aku ajak pi library dulu dia laju je. Masa ajak keluar jenjalan dia tak mahu. Sebab apa?

BUKAN CINTA PERTAMA

Aku bukan cinta pertama dia. Malam pertama of course aku duk bilik dia. Rupa-rupanya kat bilik dia banyak benda kaitan dengan cinta pertama dia. Terkejut juga aku. Tapi aku reda. Kat rak buku-buku dia siap banyak buku dan maklumat pasal cinta pertama dia. Aku terkedu. Hampir setiap malam, dia ajak aku tengok video yang ada cinta pertama dia. Kadang-kadang aku geram, kadang-kadang menangis juga. Laptop dia ada satu, tapi dia ada 5 harddisk. Dalam tu semua movie-movie dengan video cinta pertama dia dengan kesayangan dia yang lain. Yup, aku bukan yang pertama atau ketiga. Tetapi yang terakhir. Even kitorang bulan madu kat tempat kelahiran cinta pertama isteri aku.

Aku rasa korang kenal siapa cinta pertama dia.

Siapa?

Naruto.

Hahahaha. Aku tak reka wei. Memang aku diduakan oleh Naruto. Kesayangan dia yang lain semua tu anime. Sampai 5 harddisk you all. Aku pun layan sama ikut isteri aku tengok series dengan movie-movie anime ni. Patutlah masa belajar dulu nak duk library ja. Kerja download anime banyak-banyak. Hahaha.

Aku tak pernah komplen sebab bukan aku sayang je kat isteri aku. Tapi selain pandai masak, rajin solat dan pujuk aku yang suka merajuk ni, dia juga pandai cosplay. Hang pikir la heeee….Lagipun makin lama makin cantik isteri aku ni. Awww…

Terimalah pasangan anda sebaiknya. Seperti mana aku menerima isteriku dan isteriku menerima aku yang gilakan mainan PES. Assalamualaikum. Jangan marah ye.

Kredit – Boruto’s Dad via Malaysiatular