‘Kepada Binatang-Binatang Kurang Ajar…’ – Elyana Bengang, Mahu Ludah Follower Biadap?

Umum mengetahui mengenai penderitaan dialami Elyana yang menderita kanser limfoma tahap 4. Berita mengejutkan itu diumumkan sendiri penyanyi Kalis Rindu ini ketika penyingkirannya di pentas Gegar Vaganza, tahun lalu.

Artikel berkaitan: ‘Terima Kasih Yang Doa Saya Cepat Mati’ – Kesal Dengan Tuduhan Netizen, Ini Luahan Sebak Elyana

Tidak hanya berdepan dengan kesakitan rawatan penyakitnya itu, Elyana juga menghadapi dugaan lain apabila ada segelintir netizen yang seperti menambah derita dialaminya.
‘Mohon jangan follow aku’

Elyana meluahkan kemarahannya itu melalui Instastorynya, semalam. Antaranya adalah amaran keras dibuat kepada sesetengah pihak supaya tidak mengikutinya di laman sosial itu. Ini kerana, menurutnya, ada segelintir pengikut yang ‘memijak kepalanya’ sehingga membuatkan Elyana hilang kesabaran.

Tambah ibu anak satu ini, adakalanya dia boleh bersabar dengan kerenah pengikut sebegitu, namun kadangkala kesabarannya itu boleh hilang juga.
‘Aku sakit kanser, tapi…’

Kemarahan Elyana juga dilihat meluap-luap apabila mengatakan dia boleh meludah mana-mana pengikutnya yang biadap di akaunnya yang kini mempunyai lebih setengah juta pengikut itu.

Jika diikutkan, sebelum ini pun, ada netizen yang tanpa rasa bersalah mempersoal tindakan Elyana tidak bertudung walaupun sudah disahkan sakit kanser.
Pergi tunjuk bagus dekat mak bapak

Pesan penyanyi yang pernah mencipta fenomena menyanyi berkaki ayam ini lagi, pihak terbabit tidak patut bersikap kurang ajar. Jika mereka yang dimaksudkan mahu menunjukkan kebaikan mereka, dia mencadangkan mereka berbuat demikian kepada ibu bapa masing-masing, dan bukan dirinya.

Ujarnya lagi, dia juga manusia yang sudah tentu mempunyai hati dan perasaan seperti orang lain.

Sumber: Elyana

Artikel sebelum ini…

Saya Tidak Boleh Melawan Buat Selamanya – Elyana

Luahan Elyana di InstaStory dipercayai berhubung penyakit yang sedang dihidapinya sekarang.

SENTIASA tampil dengan senyuman dan ceria, luahan beremosi yang dikongsi penyanyi Elyana menerusi InstaStory miliknya pada malam Selasa lalu sedikit sebanyak memberi gambaran tentang perasaan sebenarnya menentang penyakit barah dihidapinya.

Elyana menerusi beberapa perkongsian menggambarkan bukan mudah untuk dirinya melawan penyakitnya dan memberitahu dirinya tidak berada dalam keadaan baik.

Selain itu, bekas peserta program Gegar Vaganza musim keempat itu juga memberitahu sudah letih sering berada dalam keadaan sakit setiap masa.

“Saya takut kerana sedar saya tidak boleh melawan buat selamanya.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/01/11/luahan-hati-elyana/~/media/0e603dcbccbe437e8ac4830d727bfb0d.ashx?la=en

Antara luahan Elyana.

“Secara perlahan-lahan saya berputus asa,” antara beberapa lagi perkongsian Elyana di InstaStory di Instagram.

Terdahulu, Elyana mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan dia menghidap kanser tahap empat ketika membuat ucapan selepas tersingkir daripada meneruskan pertandingan program Gegar Vaganza.

Elyana berkata, dia disahkan menghidap kanser limfoma sejak tujuh tahun lalu.

sumber: mstar

 

Artikel berkaitan…

Elyana Buat Pengakuan Terbuka Sekali Lagi, Jawab Isu Juri Di GV4

Eh apa cerita ni? Di sebuah forum hiburan, MH ada tersedar satu posting mengenai selebriti Elyana yang membuat pengakuan secara terbuka tentang satu produk.

Menurut Elyana, sebenarnya minuman yang diberinya setiap minggu tidak sesuai buatnya kerana mempunyai kandungan gula yang terlalu tinggi dan mengandungi gamat yang tidak baik untuk pesakit kanser.

Pada mulanya kami faham apa yang cuba disampaikan olehnya. Namun situasi menjadi agak pelik apabila penyanyi yang menghidapi kanser tahap empat ini secara tiba-tiba menjadi sungguh sensitif.

Tambahnya, niat sebenarnya hanya mahu menolong promosikan produk tersebut namun pihak tersebut ada bercakap sesuatu tentang dirinya hingga buatkan dirinya tidak mahu beri kerjasama pada individu tersebut.

“Dah dia minum ke tidak, tak kan lah nak cakap tak minum sebab tidak bagus. Kini konon nak menolong tetapi kalau dia pon cakap saya macam ni, tak kuasa aku nak tolong orang macam tu!” tegasnya dalam video Insta Live.

Apabila disoal mengapa dia terus mempromosikan produk tersebut secara terbuka di atas pentas, Elyana menjawab itu hanyalah sebahagian dari caranya untuk berbahasa denga orang.

“Biasalah bila dihadapan kamera orang berbudi kita berbahasa tetapi memandangkan orang tidak berbudi hanya berbahasa di atas itu, jadi saya berterus terang di sini. Saya tidak minum.

“Tetapi bila ditanya, saya cakaplah. Tak akan lah nak cakap tak minum tak bagus, ” jawabnya dengan jujur.

Bukan itu sahaja, Elyana turut sempat menjawab soalan tentang juri di program Gegar Vaganza 4.

Dia tidak menyangka ada juga peminat yang sedar ada juri yang ‘takut’ untuk memberi komen tentangnya apabila ditanya beberapa soalan tentang tema minggu yang akan datang.

“Tak sangka ada jugak yang perasan. Ya, ketua juri tidak pernah komen saya. Tak tahu kenapa mungkin dia tidak suka saya kot,” jelasnya dengan nada yang cukup tenang.

Bagaimanapun, Elyana engan mengulas lebih lanjut tentang juri sewaktu sesi latihan.

Hmmm sesuatu sangat, apa yang sebenarnya dah jadi? MH harap tiada isu yang terlalu serious berlaku.

sumber: kisah viral

 

Artikel berkenaan…

November 30, 2017   Leave a comment

Kepedulian netizen terhadap pengumuman Elyana tentang derita barah limfoma tahap empat yang dihidapinya menjadi ekstrim apabila isu penyanyi itu tidak berhijab diperdebatkan.

Ada segelintir netizen tampil berani dan lantang menegur penampilan Elyana yang masih belum berhijab di media sosial terutama Instagram Elyana sendiri.

Bagaimanapun, Elyana melihat isu yang dibangkitkan oleh netizen itu bersifat satu doa yang menyerunya ke arah kebaikan.

“Teguran itu saya terima dengan berlapang dada dan segala nasihat yang dikirimkan kepada saya sangat betul.

“Saya setuju dengan komen-komen tersebut dan terima seadanya kerana mereka sebenarnya mendoakan yang terbaik buat saya.

“Insya-Allah, akan sampailah doa anda itu,” tutur Elyana kepada Astro Gempak.

Bagaimanapun, Elyana tidak menjadikan komen-komen yang mengkritik penampilannya tidak bertudung sebagai satu usaha melemahkan semangatnya.

“Pada pandangan saya, ajal maut semua Allah tentukan.

“Tidak semestinya saya sakit kanser tahap empat saya yang akan pergi dahulu, sebab semua antara kita akan mati.

“Saya menghargai setiap komen dan doa yang ditulis peminat kepada saya,” tambah Elyana lagi.

Elyana membuat pengumuman mengejutkan pada malam Ahad lalu selepas tersingkir daripada pentas Gegar Vaganza 4 dengan memberitahu dia kini sedang menghidap kanser limfoma tahap empat.

Susulan itu, netizen yang kurang sensitif dengan keperitan dan penderitaan yang dialami Elyana meluahkan kata-kata negatif termasuk mempertikaikan imej Elyana tidak berhijab.

SUMBER : http://www.astrogempak.com.my/artikel/7557/saya-terima-nasihat-anda-moga-sampailah-doa-doa-itu-diperlekeh-tidak-bertudung-elyana-jawab-kecaman-netizen
Luahan Hati Suami Elyana Ini Menyentuh Hati Ramai Netizen

“Ajal dan maut di tangan Allah, jangan fikir tentang sakit, hiduplah seperti orang biasa,” itu kata-kata rutin lima tahun yang diungkapkan suami Elyana, Khairul Anuar Hussin bagi memujuk hati isteri tercinta keluar daripada belenggu emosi.

Kata Khairul, di sebalik ketawa dan senyum Elyana, hanya dia yang tahu betapa luluh hati isterinya ketika dimaklumkan menghidap kanser limfoma tahap dua sekitar tahun 2012.

“Memang kami terkejut sebab Elyana baru sahaja melahirkan anak sulung kami namun doktor maklumkan kanser ini boleh dirawat.
“Tapi, bagi kami kanser tetap kanser!
“Emosi Elyana ketika itu betul-betul terjejas. Dia mahu buat comeback selepas bersalin, fikirkan tentang anak dan tambah pula ujian penyakit kanser yang tahu tiba-tiba.

“Dia rasa bercelaru sebab terlalu memikirkan perkara-perkara itu.

“Katanya, apa akan jadi pada Cinta Sumayyah kalau dia sudah tiada nanti?

“Memang, waktu itu saat paling sukar bagi kami dan rasa sangat down. Tugas saya sebagai ketua keluarga dan suami hanya mampu berdoa dan berada di samping isteri saya sepanjang masa,” kongsi isi hati Khairul kepada Astro Gempak.
Emosi Elyana lebih terumbang-ambing apabila memulakan proses rawatan kemoterapi.
Cerita Khairul, selepas enam kali membuat rawatan kemoterapi, dia merasakan ada harapan untuk Elyana pulih apabila sel kanser itu mulai mengecut namun derita Elyana pula tidak tertanggung.

“Saya paksa dia buat kemoterapi sebab kelenjar itu mulai mengecut dan ada progres. Selepas enam kali membuat kemoterapi, dia sudah tiada daya. Hari-hari tertekan dan sakit.

“Setiap kali mandi apabila melihat keadaan rambut bersepah-sepah, dia tambah tertekan dan akhirnya membuat keputusan untuk memberhentikan rawatan itu.

“Kecewa memang kecewa namun saya kasihankan isteri saya. Kami ikut kata hati dan memberhentikan rawatan kemoterapi untuk memberikan ruang dan masa kepada isteri saya,” tambah Khairul.

Semangat Elyana kembali pulih. Namun, selepas kembali membuat rawatan pada awal tahun ini, doktor mengesahkan kanser limfoma dalam tubuh Elyana sudah berada di tahap empat!