Zizie Ezette Kongsi Wajah, Nama Anak Kembar

Zizie Ezette mendedahkan wajah anak kembarnya kepada peminat di Instagram. Foto Instagram @zizieizette

SELEPAS sebulan menimang cahaya mata, pelakon Zizie Ezette akhirnya mendedahkan wajah anak kembar lelakinya menerusi laman Instagram.

Zizie, 39, turut berkongsi kepada peminat nama yang dipilih untuk anak kembarnya iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette.

“Salam & hello everyone. Meet my two precious heroes.

“Alhamdulillah, hari ni dah sebulan satu hari. Terima kasih diatas doa-doa anda dalam ruangan komen sebelum ini,” tulisnya.

Menurut Zizie lagi, gambar berkenaan dirakam sewaktu bayi kembarnya berusia 20 hari.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai dan sehingga kini sudah menerima  lebih 60 ribu tanda suka.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/01/31/zizie-anak-kembar/~/media/f33f78acc5eb4e918985a94bdc172f79.ashx?la=en

Zizie selamat melahirkan bayi kembarnya pada 29 Disember tahun lalu.

“MashaAllah comelnya. Semoga membesar dengan sihat dan kuat serta jadi anak yang membanggakan mama, papa dan negara,” tulis zazazaharullai di Instagram.

“Alhamdulillah. Sihat dan comel. Tahniah Zizie dan keluarga,” tulis juwita72.

Zizie selamat melahirkan bayi kembar lelaki tersebut pada 29 Disember lalu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Lebih mengujakan, bayi kembar ini dilahirkan sehari sebelum hari ulang tahun kelahiran pelakon itu.

Zizie berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 58, berkahwin pada 2009.

Pasangan ini mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, 7 bulan.

Sumber:mstar

Artikel berkaitan sebelum ini..

Zizie Dapat Anak Kembar Sehari Sebelum Hari Lahirnya

Zizie selamat melahirkan bayi kembar lelaki pada Jumaat. Foto Instagram: @zizieizette.

PELAKON Zizie Ezette selamat melahirkan bayi kembar lelaki kira-kira 5.48 dan 5.50 pagi, Jumaat di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Zizie, 39, melahirkan bayi kembar berkenaan secara pembedahan dengan berat masing-masing 2.74 dan 2.78 kilogram.

Menerusi pengkongsian di Instagram Zizie meluahkan rasa teruja apabila kedua-dua bayi itu lahir sehari sebelum hari lahirnya pada Sabtu.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/12/30/zizie-bersalin/~/media/4969d154987d411fbeecc64a7eee36b8.ashx?la=en

Zizie kongsi berita gembira itu di Instagramnya.

“Ibu hari jadi dengan dua hadiah hari lahir berharga. Hadiah hari lahir awal!

“Mommy jangka mereka akan lahir pada hari ini tapi mereka hadir dengan kejutan secara pembedahan semalam, 29 Disember pukul 5.48 pagi dan 5.50 pagi, berat 2.74 (baby boy 1) dan 2.78 (baby boy 2).

“Alhamdulillah, mereka berdua adalah bayi yang sihat.Terima Kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah mendoakan saya,” tulis Zizie.

Dalam pada itu, menerusi Instagram Datuk Seri Bung Moktar meluahkan rasa syukur dengan kehadiran bayinya dan berharap keluarganya akan terus diberkati dan mendapat keredhaan Allah.

“Alhamdulillah keluarga ini telah dianugerahkan Allah tambahan dua orang putera. Semoga kehadiran orang baru ini, Insya-Allah pasti membawa kebahagian kepada kami semua.

“Kami sentiasa berdoa semoga kesemua dalam keluarga ini akan terus diberkati dan mendapat keredhaan Allah hendaknya,” tulisnya.

Rata-rata pengikut Zizie juga meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah buat dia dan suami.

Zizie dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 58, berkahwin pada 2009.

Pasangan ini mempunyai seorang anak angkat bernama Nayla Nurjenna yang berusia dua tahun 11 bulan.

Tags / Kata Kunci:Zizie Ezzete via mstar