Yusuf Azmi AkhirnyaTegur Isu Sajat. Ini Pesan Yusuf Azmi Kepada Sajat Yang Boleh Buat Sajat Insaf!

 

SHAH ALAM: Pengasas Semboyan Satu Malaysia, Muhammad Yusuf Azmi menyeru orang ramai agar berhemah ketika membicara mengenai isu jantina usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Katanya, Islam mengajar kita cara terbaik dalam mengendalikan isu ini.

“Saya sebenarnya bukan ahli nak bercakap soal ini, tapi saya cuma nak beritahu ada cara nak nasihat golongan ini.

“Kita kena tarbiyah mereka, ajak kepada Islam jangan jauhkan mereka daripada Islam,” katanya kepada Sinar Online bersempena program Live bersama Sinar pada Khamis.

Isu ini kembali menjadi perbualan ramai apabila Jakim sebelum ini, menyatakan hasrat untuk mengadakan pertemuan dengan Nur Sajat.

Membalas pelawaan itu kemudiannya, Nur Sajat menyatakan kesedian untuk bertemu Jakim.

Dalam pada itu, Jakim dijangka mengambil tempoh yang agak panjang bagi mengesahkan identiti sebenar Nur Sajat.

Menurut Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata, dijangkakan tempoh itu dalam sebulan paling minima.

Nur Sajat kemudiannya menyatakan beliau hanya mengikut arahan Jakim dalam isu ini.

Dalam pada itu, Muhammad Yusuf turut menitipkan nasihat buat Nur Sajat dalam mendepani isu ini.

“Saya nak beritahu kepada Sajat cuba lawan naluri yang ada dalam itu, dekat dengan ALLAH, lawan, sebab tiada perkara dalam hidup ini ALLAH turunkan adalah untuk rosakan kita.

“Perlakuan dia yang lain bukan baik…tetapi soal naluri terlalu kuat jadi sukar untuk dia jadi kena lawan, oleh itu masyarakat perlu beri ruang dan peluang untuknya berubah dan kembali ke pangkal jalan,” katanya lagi. – Sinar Online

Artikel berkaitan…

Jakim Mahu Lebih Mengenali Nur Sajat

Nur Sajat.

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyatakan hasrat untuk mengadakan pertemuan dengan usahawan kosmetik, Nur Sajat.

Hajat itu disuarakan menerusi ‘mesej terbuka’ oleh Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Izwan Yusof khusus buat Sajat.

Menurut Izwan yang merupakan pakar dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Jakim, beliau berhajat untuk berjumpa Sajat memandangkan isu yang  timbul kebelakangan ini menimbulkan banyak persoalan di kalangan masyarakat.

“Kami menjemput Sajat untuk hadir ke Jakim supaya kita lebih mengenali antara satu sama lain dan juga berbincang berkenaan situasi dan keadaan Sajat.

“Atau kami sedia berjumpa dengan Sajat di mana-mana sahaja yang dirasakan selesa. Kami sedia dihubungi 24/7,” katanya menerusi satu ‘posting’ di laman sosial Facebook pada petang Isnin.

Pada masa sama, Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha menerusi Twitternya turut menyatakan persetujuan berhubung hasrat pihak Jakim untuk mengadakan pertemuan bersama Sajat.

“Assalamualaikum, Dr Izwan Yusof, setuju dan aturkan pertemuan dengan Nur Sajat. Kita bantu bukan menghukum,” kata Othman.

image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/01/15/jakim-jumpa-sajat/~/media/4ef326735d304fb4881940e4fc7a06e0.ashx?la=en


Kenyataan Ketua Pengarah Jakim di Twitter mengenai pertemuan dengan Nur Sajat.

Dalam pada itu, berkenaan hal-hal membabitkan Sajat di media sosial, kata Izwan, Jakim mengambil sikap berkecuali kerana mereka perlu mengetahui masalah sebenar yang dihadapi.

“Dalam masa yang sama, kami mengambil maklum cemuhan dan kata-kata kasar daripada netizen terhadap Sajat.

“Saya dan rakan-rakan di Jakim sentiasa terbuka membantu dan beri khidmat nasihat berhubung isu kekeliruan identiti dan jantina menurut perspektif Islam,” katanya.

Menerusi pertemuan itu nanti, Izwan berkata, beliau yakin akan merungkaikan persoalan yang terus berlegar di kalangan ummah.

“Kami juga ingin nasihatkan Sajat supaya mendekati al-Qur’an dan banyakkan zikrullah. Ini kerana ia akan membantu jiwa kita menjadi tenang,” kata Izwan.

Difahamkan, hajat pihak Jakim untuk mengadakan pertemuan dengan Sajat ekoran cemuhan dan kecaman netizen sejak kebelakangan ini berhubung isu identiti usahawan kosmetik berkenaan.

Tags / Kata Kunci:Jakim , Nur Sajat

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/01/15/jakim-jumpa-sajat/#GX4FYRvi4UopRruL.99