[VIDEO]’Perangai Macam Rempit’- Buat Aksi ‘Terbang’ Di Escalator, Lagi Aksi Berani Hairul Azreen Dikecam Netizen

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai pelakon, Hairul Azreen yang diminta hadir ke balai polis untuk memberi kenyataan berhubung isu videonya menggunakan senapang patah. Baru sahaja reda isu tersebut, tular pula sebuah video baru yang menunjukkan beberapa aksi berani Hairul di tempat awam.

Ternyata, tindakan Hairul itu mengundang rasa kurang senang segelintir pihak serta menganggap tindakannya itu bukan sahaja mengganggu keselamatan orang awam, malah turut membahayakan dirinya sendiri.
Aksi berani di escalator & troli
Netizen juga berpendapat Hairul sebagai seorang selebriti seharusnya tidak melakukan perkara sedemikian kerana bimbang aksi tersebut akan ditiru mana-mana pihak terutama sekali peminat Hairul. Selain itu, ramai juga yang mempersoalkan mengapa dan apakah motif Hairul melakukan tindakan seperti itu di bangunan PWTC.
Tak macam bapak budak

Ternyata video tersebut mengundang kecaman daripada segelintir netizen kerana rata-rata mereka tidak bersetuju dengan aksi-aksi berani yang ditunjukkan oleh Hairul itu. Mereka turut menggelarkan sikap Hairul ini tidak ubah seperti ‘rempit’ kerana suka melakukan aksi berani yang dianggap sebagai vandalisme itu.

Diharap selepas ini Hairul akan lebih peka dengan keadaan sekeliling sekiranya ingin melakukan aksi berani di tempat awam. Netizen menegur mungkin kerana bimbang akan keselamatan Hairul serta tidak mahu aksi bahaya tersebut menjadi ikutan ramai.

Sumber: Media Hiburan

Artikel sebelum ini…

Padah Tembak Kera Guna Senapang Tanpa Lesen, Hairul Azreen Dipanggil Polis

Tidak semua benda patut dikongsi di media sosial. Kadangkala, post yang dirasakan tiada salah silapnya di mata sendiri, rupanya mempunyai kesan yang tidak dijangka. Perkongsian di laman sosial itu perlu dibuat secara berhati-hati untuk mengelakkan impak negatif kemudian hari.

Tindakan Hairul Azreen berkongsi videonya menggunakan senapang patah bapa saudaranya pada 2016 menyebabkan pelakon itu menerima padahnya. Tapi sudah 2018, sekarang baru ada yang perasan ke?
Video 2016 viral beberapa hari lalu

Menurut laporan Harian Metro, polis melakukan siasatan selepas video berdurasi 49 saat yang bertarikh Julai 2016, viral di Youtube beberapa hari lalu. Selain Hairul Azreen, bapa saudaranya turut dipanggil untuk menyiasat kes itu.

Dalam video berkenaan, Hairul melepaskan tembakan menggunakan senapang patah tanpa lesen di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Parit Jerman, Sitiawan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis akan meneliti keterangan diberikan Hairul sebelum memutuskan untuk menahan reman aktor berkenaan bagi membantu siasatan atau dibebaskan dengan jaminan polis.
Tembak kera belakang rumah
Video Player

Menurutnya, bapa saudara Hairul yang juga pemegang lesen senjata berkenaan sudah hadir ke IPD Perak Tengah semalam dan memberikan keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Hasil siasatan awal berdasarkan keterangan diberikan bapa saudaranya mendapati bapa saudaranya itu ingin menembak kera di ladang sawit di belakang rumahnya.

Hairul yang ketika itu pulang ke kampungnya ingin mencuba senapang itu dengan melepaskan dua das tembakan ke udara dan aksi itu disaksikan beberapa ahli keluarga dan rakannya.

Katanya, polis merampas senapang patah berkenaan dan 29 butir peluru dimiliki bapa saudara Hairul sehingga siasatan selesai.

Sumber: Harian Metro

Artikel berkaitan dgn artis ini…

“Sorry Yusuf And My Wife, #TidurCandleLight Engkau!!”-Hairul Azreen Terlalu Sibuk Sampai Terlupa Bayar TNB 5 Bulan, Netizen Terhibur!

Sebut sahaja nama anaknya Yusuf Iskandar dan kucingnya Bujibu, pasti semua orang kenal dengan pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha kan?

Semalam, Hairul memuat naik gambar Yusuf dan Bujibu di Instagram tapi kelihatan sangat gelap suasana rumahnya. Alamak, kenapa gelap sangat ni? Seram pulak min..

Rupa-rupanya, menerusi postingya Hairul menyatakan kerana terlampau busy dengan latihan untuk filem, dia terlupa untuk membayar bil elektrik sehingga 5 bulan! Allahu, mana tak kena potong haha!

Apa yang membuatkan Hairul lagi terharu apabila dia mengajak keluarganya untuk tidur di hotel namun respon Hanis menolak dan tidak kisah dengan keadaan itu mencetuskan momen yang sangat sweet gitu!

Jadi, pengakhirannya mereka sekeluarga tidur dengan bertemankan lilin. Kata Hanis bukan selalu dapat rasa tidur dalam gelap sebab elektrik kena potong. Huhu sporting habis lah Hanis ni..

Menerusi posting Hairul itu, ramai peminat memberi respon dan mereka sangat terhibur dengan situasi yang terjadi pada Hairul dan keluarga. Ada juga yang kata sweet sangat.


Respon netizen
U should thankful to have Hanis Zalikha as your wife.. So sweet uollss

Haha cute lah terlupa bayar bil, Bujibu muka macam tak puas hati

Hanis and Yusuf happy je, okay lah tu bukan tiap hari dapat main bayang-bayang

Adui jarang berlaku ni dalam kalangan artis, sweet!

Hebat betul Yusuf, dalam gelap pun still nak makan..

Sumber: IG Hairul Azreen / ceriteradunia