[VIDEO] LELAKI KUNYIT BELASAH PELAJAR PEREMPUAN SEBAB KANTOIKAN

Satu rakaman video memaparkan seorang lelaki ‘kunyit’ menampar bertubi-tubi seorang pelajar perempuan kini tersebar meluas di laman sosial.

Menerusi klip video tersebut, gadis yang lengkap berpakaian sekolah itu dimaki dengan kata-kata kesat dan kemudian ditampar berkali-kali oleh lelaki sotong tersebut.

“Ini baru sikit tau, pu*****, apesal kau cerita dekat cikgu? Kau main gila dengan aku kan,” ujar lelaki berkenaan.

Mangsa bagaimanapun cuba memberikan penjelasan kepadanya namun ia bukan sahaja tidak diendah, malah gadis berkenaan turut ditolak ke dinding dan rambutnya ditarik.

Video berdurasi satu minit 30 saat itu sekaligus menimbulkan reaksi kurang senang netizen yang menyifatkan tindakan si sotong tersebut biadap dan menjatuhkan maruah wanita.

“Bro, walau kau kunyit, perempuan bukan tempat untuk dikasari bro, bukan tempat untuk lepaskan amuk, kim k,” tulis Fidaus Putra.

“Kunyit ni dekat perempuan berani ler, cuba gaduh dengan lelaki, dah jadi lauk dah kot dia ni,” Kata Safarah Razlan.

Sehingga kini maklumat mengenai tarikh dan lokasi kejadian tersebut masih lagi tidak diketahui.

Namun segelintir netizen mengatakan ia dipercayai merupakan insiden tahun lalu yang kemudian dikongsikan semula di laman Facebook.

Sumber: mynewshub.cc

Artikel menarik…

Lelaki Ini Dikurung Oleh Mak Nyah Dan Ini Pengalaman Paling Ngeri Pernah Di Hadapi

SEKUMPULAN wanita transgender atau disebut sebagai ‘waria’ (wanita dan pria) di Jakarta menunjukkan mereka bukanlah kelompok yang lemah setelah video mereka menangkap seorang lelaki yang didakwa pencuri tular.

Dalam video tular itu yang turut disiarkan dalam Liputan 6, sekumpulan waria mengelilingi seorang lelaki tidak berbaju yang meraung dan memohon belas kasihan daripada kumpulan tersebut.

Salah seorang daripada mereka didengar berkata kepada lelaki itu: “Berani kamu menangis! Kamu perlu bertanggungjawab. Jangan main-main dengan waria!”

Kemudian berlaku satu adegan lucu apabila salah seorang daripada mereka bertanya kepada rakannya nombor telefon polis, yang mana rakannya menjawab ‘nombor telefon polis boleh didapati di Google’.

Video itu kemudian menunjukkan situasi dalam sebuah kereta polis, yang mana salah seorang waria sempat merakamkan video selfie menunjukkan mereka sedang menuju ke balai polis di Puri Kembangan, Jakarta Barat.

Polis yang memandu dilihat terhibur dengan gelagatnya.

Menurut Tribun, kumpulan tersebut sedang melepak di tempat biasa mereka untuk menunggu pelanggan seks, apabila suspek datang kepada salah seorang daripada mereka dan bertanya tentang harga perkhidmatan yang ditawarkan.

Keadaan menjadi kecoh kerana dia didakwa merampas telefon bimbit salah seorang daripada waria dan cuba melarikan diri.

“Dia tanya bayaran perkhidmatan, seribu rupiah ia kemudian terus berlari dan kami menangkapnya,” kata seorang waria, seperti memetik Tribun.

Waria itu kemudian membuka pakaiannya sehingga separuh bogel dan berbincang sesama mereka sama ada lelaki itu harus dibelasah.

Kumpulan itu memutuskan untuk memilih tindakan yang betul dan menyerahkan pencuri itu kepada polis.
VIDEO BERKENAAN KEJADIAN NGERI ITU

SUMBER : MSTAR