[VIDEO] Ini Lah Kisah Murid Bodoh Bengap Nak Mampus Yang Gurunya Pun Tak Sanggup Ajar! Memang Kelakar Sebab…

 

Suatu hari, seorang budak lelaki pulang dari sekolah. Setibanya di rumah, dia terus mendapatkan ibunya.

“Tadi di sekolah, cikgu beri surat. Dia suruh saya serahkan untuk ibu. Ini suratnya,” kata budak lelaki itu sambil menghulurkan sekeping kertas kepada ibunya.

Mata ibunya mula berkaca-kaca sebaik habis membaca surat itu. Hairan melihat reaksi ibunya, budak itu bertanya apa yang tertulis di kertas itu kerana dia tidak tahu membaca.

Ibunya tersenyum. Lalu dalam linangan air mata, ibunya membacakan isi surat itu untuk didengari oleh anak lelakinya.

“Anak anda seorang yang bijak. Sekolah ini terlalu kecil untuk orang sepertinya dan kami tidak mempunyai guru yang bagus untuk mengajarnya. Lebih baik anda mengajarnya sendiri.”

Mendengarkan itu, budak tersebut berasa bangga dan merasakan dia adalah anak yang istimewa sehingga hanya ibunya seorang yang mampu mengajarnya.

Bertahun-tahun kemudian, budak itu pun membesar. Ibunya juga sudah meninggal dunia.

Dia benar-benar menjadi seorang yang bijak dalam bidang penciptaan dan namanya dikenali.

Suatu hari, dia mencari barang-barang lama peninggalan keluarga dan tiba-tiba dia terjumpa sepucuk surat yang sudah kekuningan.

Dia masih ingat itulah surat yang diberi gurunya dahulu untuk diberikan kepada ibunya.

Murid Bodoh

Lalu dia membaca semula surat itu.

“Anak anda bermasalah, tidak mampu berfikir seperti kanak-kanak lain. Kami tidak benarkan dia datang ke sekolah lagi.”

Sebaik habis membaca surat itu, dia menangis. Baru dia tahu kenapa ibunya menangis. Ibunya terpaksa berbohong sewaktu membacakan surat itu dahulu.

Lantas dia menulis di dalam diarinya.

“Dahulu aku seorang anak yang bermasalah, tetapi melalui seorang ibu yang muncul sebagai hero, akhirnya aku muncul menjadi seorang genius yang dikenali dunia.”

Siapa murid bodoh itu?

Dia ialah usahawan dan pereka cipta terkenal dunia. Thomas Alva Edison!

Image result for siapa Thomas Alva Edison

Thomas Alva Edison (11 Februari 1847 – 18 Oktober 1931) ialah seorang pereka dan usahawan Amerika Syarikat yang mengembangkan banyak peranti yang amat mempengaruhi kehidupan di seluruh dunia. Digelar “Yang Pintar dari Taman Menlo” oleh seorang wartawan, beliau adalah salah satu pereka terawal yang menggunakan pengeluaran besar-besaran untuk proses perekaan dan oleh itu, sering dihargai kerana mencipta makmal penyelidikan perindustrian yang pertama.[1]

Edison telah dianggap sebagai salah satu pereka yang paling prolifik dalam sejarah, dan memiliki 1,093 buah paten Amerika Syarikat atas namanya, serta juga banyak paten di United Kingdom, Perancis, dan Jerman.

Thomas Edison ketika masih kanak-kanak.

Punca kepekakan Edison dikatakan diakibatkan oleh demam marak semasa kanak-kanak serta juga oleh jangkitan telinga tengah berulang yang tidak dirawat. Pada sekitar pertengahan kerjayanya, Edison mengaitkan hilang pendengarannya kepada suatu peristiwa yang berkaitan dengan seorang konduktor kereta api yang menampar telinganya ketika makmal kimianya terbakar di dalam sebuah gerabak. Pada tahun-tahun kemudian, beliau mengubah suai ceritanya dan mengatakan bahawa kecederaan itu berlaku apabila seorang konduktor yang bertujuan untuk membantunya memasuki gerabak kereta api yang sudah bergerak mengangkat telinganya.

VIDEO:

Thomas Edison Mini Biography | Thomas Edison Mini Documentary | Thomas Alva Edison for Kids

***

Semua orang belajar dengan cara yang berbeza. Seseorang yang gagal belajar mengikut sistem yang disediakan, bukan bermakna dia seorang yang ‘sakit’ dan akan gagal selama-lamanya.

Kisah Tentang Dia yang Berkali-kali Gagal dan Hanya Berhasil Dua Kali

kegagalan

Lahir dalam kemelaratan, Abraham Lincoln dihadang kekalahan demi kekalahan sepanjang hayatnya. Ia kalah dalam delapan kali pemilu, dua kali gagal dalam bisnis dan mengidap gangguan urat saraf.

Ia sebetulnya memiliki banyak alasan untuk menyerah, namun ia pantang menyerah, dan karena pantang menyerah, akhirnya ia menjadi salah satu presiden terbesar dalam sejarah Amerika Serikat.

Pada tahun 1932, Lincoln kehilangan pekerjaan, jelas ini membuatnya sedih. tapi dia bertekad akan menjadi politisi dan anggota legislatif. Sayangnya, dia tidak memiliki kekuatan ekonomi juga tak begitu dikenal, sehingga tentu saja ia gagal. Dua kali dalam setahun mengalami pukulan telak secara beruntun.

Agar memiliki posisi yang menguntungkan untuk pemilihan di masa mendatang, Lincoln memulai bisnisnya sendiri, namun kurang dari setahun kemudian, bisnisnya ambruk, dan untuk tahun-tahun selanjutnya dia harus berjuang keras melunasi hutangnya akibat kegagalan bisnisnya yang membuatnya semakin terpuruk.
Belakangan, Lincoln memutuskan sekali lagi mencalonkan diri dalam pemilihan anggota legislatif, dan kali ini dia berhasil. Keberhasilannya ini memberinya secercah harapan bahwa hidupnya akan menemui titik balik: “Mungkin saya harus melangkah ke kancah politik!”gumamnya.

Tahun 1835, dia bertunangan. Calon istrinya membantunya menyusun strategi, memberikan nasehat dan saran dalam perjalanan karier politiknya dan sebagai pilar spiritualnya. Namun, hanya beberapa bulan menjelang pernikahan, tunangannya meninggal karena penyakit.-erabaru.net

Edited by Sam Son Media dot Net