Tunang Remy Dilarang Buat Kenyataan

 

Remy mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan itu pada Mei tahun lalu.

  (Ubah saiz teks)
PELAKON Remy Ishak menasihati tunangnya, Ezza Yusof supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perhubungan mereka di laman sosial.

Remy atau Mohamad Zalimie Ishak, 35, berkata pesanan tersebut adalah untuk mengelakkan salah faham dan mengelakkan wanita tersebut tertekan memikirkan kata-kata netizen.

“Selalunya, saya berpesan kepada Ezza supaya jangan layan sangat apa orang luar kata dan tak perlu nak keluarkan sebarang kenyataan yang dirasakan kurang sesuai untuk dikongsi.

“Niat saya bukan mengongkong tapi cuma nak elakkan salah faham dan tak mahu dia fikirkan tentang gosip begini. Biarlah saya seorang yang lalui,” katanya kepada mStar Online.

Remy Ishak ditemui di sidang media Dosa yang diadakan di Hotel Nouvelle, Seri Kembangan, Selangor pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tidak Pernah Kahwin” -Tunang Remy Ishak

Terdahulu, Ezza menerusi Instagram miliknya menafikan khabar angin mengatakan dia pernah berkahwin dan merupakan seorang janda.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/01/25/remy-ishak-nasihat/~/media/13fade0b89f64e88a6fcf96b9cb59ed4.ashx?la=en

Remy kumpul duit untuk berkahwin.

Sementara itu, Remy berkata dia tidak mengetahui mengenai gosip tersebut dan mengesahkan tunangnya itu bukanlah seorang ibu tunggal.

“Ada viral ke tentang kisah dia (Ezza) dah kahwin? Saya tak tahu pula. Tapi apa yang boleh saya kata dia belum pernah berkahwin.

“Sebab tu saya selalu pesan supaya dia tak perlu layan sangat gosip-gosip begini, nanti dia yang akan tertekan,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan berkahwin, Remy berkata ia adalah perkara yang tidak diketahui lagi buat masa ini dan menyerahkan ia pada jodoh.

“Sekarang ni saya nak kumpul duit dulu. Sudah cukup semuanya baru boleh ke arah itu. Lagi pula sekarang ini ada beberapa tugasan yang belum diselesaikan,” katanya.

Remy mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan itu pada Mei tahun lalu.

Bercakap mengenai karier seni, Remy bakal muncul dalam drama Dosa, kolaborasi mega di antara produksi Malaysia dan Indonesia.

Drama lapan episod ini bakal disiarkan di Astro First saluran 480 bermula 14 Februari ini.

Selain Remy,  ia turut dibintangi oleh Datuk M.Nasir, Ashraf Sinclair, Hisham Hamid dan Shenty Feliziana.

Tags / Kata Kunci:Remy Ishak

ARTIKEL BERKAITAN
“Saya Tidak Pernah Berkahwin” -Tunang Remy Ishak

Pasangan ini bertunang pada Mei tahun lalu.

PETALING JAYA: Tunang kepada pelakon Remy Ishak iaitu Ezza Yusof menjelaskan dia belum pernah berkahwin dan tidak mempunyai anak seperti yang tersebar di internet.

Ezza atau nama sebenarnya Roszaliza Yusof berkata, kanak-kanak lelaki dalam foto yang tersebar di sebuah blog hiburan adalah anak saudaranya.

“Di sini saya ingin memperbetulkan beberapa perkara tentang diri saya, saya tidak pernah berkahwin dan kanak-kanak lelaki itu bukan anak saya. Dia anak saudara saya,” tulisnya di Instagram.

Blog yang menyiarkan artikel berkaitan beberapa perkara menarik tentang Ezza.

Tunang kepada pelakon drama Kekasih Paksa Rela ini membetulkan fakta sebuah blog yang mendakwa dia mempunyai seorang cahaya mata.

Sementara itu, Ezza meminta pihak berkenaan untuk membetulkan fakta tersebut sebelum timbul sebarang fitnah.

“Saya harap mana-mana pihak berkenaan dapat betulkan kenyataan berikut sebelum ianya tersebar menjadi fitnah,” tulisnya.

Remy mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan itu pada Mei tahun lalu.

‘Pakcik Hot’ Jadi Pujaan, Tunang Pun Kena Tempias. 7 Perkara Menarik Tentang Ezza, Bakal Isteri Remy Ishak

Sejak dulu lagi Remy Ishak ini memang jadi pelakon pujaan ramai wanita. Sekarang apatah lagi bila drama Kekasih Paksa Rela yang sedang bersiaran.

Makin bertambah peminat ‘Pakcik’ yang memegang watak Adham dalam drama di TV3 ni. Ada sanggup balik kerja tergesa-gesa semata-mata tak mahu ketinggalan drama yang ketika ini jalannya makin syok.

Kalau dalam drama ini cinta Adham milik dua wanita Hanan dan juga isteri pertamanya, Rosnaida realitinya cinta pakcik hot ini cuma pada wanita ini seorang, tak lain tak bukan dah tentu tunangnya Ezza Yusof atau Ezzarl.

Walau pun dah mengikat tali pertunangan sejak Mei tahun lalu tapi sebenarnya baik Remy mahu pun Ezzarl keduanya jarang berkongsi gambar bersama.

Cuma baru-baru ini saja mungkin akibat kegilaan ramai wanita terhadap Remy Ishak, tunangnya berkongsi gambar mereka berdua. Tunang jadi pujaan ramai wanita mana tak risau.

Siapa sebenarnya tunang Remy ini mesti ramai yang nak tahu kan?
Bukan artis
Orang biasa tapi yang pasti minat fesyen, kalau dilihat penampilan Ezzarl ini memang bergaya.


Bisnes woman

Ezzarl ini menghasil dan menjual kasut, dia merupakan pemilik @2tomorrowmy. Boleh tengok instagramnya banyak kasut-kasut cantik.

Ibu kepada seorang cahaya mata

Kawan baik kepada Nad Zainal
Kalau follow instagram Ezzarl memang selalulah nampak komen Nad Zainal nih.


Pernah free hair tapi berhijab lagi cantik

Tak mahu mahu terlalu terdedah
Kata Remy, dia tak mahu dedahkan tentang tunangnya, biarlah dia seorang saja yang jadi selebriti.


Tarikh kahwin belum tahu
Memetik laporan Berita Harian kata Remy dia belum punya tarikh menaiki pelamin. Kalau setahun dirasakan belum ok, dia mungkin akan memanjangkan tempoh pertunangan.

Cantik juga tunang Remy ni, semoga cepat bertemu jodoh mereka.

 

sumber: VanillaKismis / coretanhati