Takut Diugut Suami, Wanita Benarkan Anak Dirog0l Bapa Kandung Selama 3 Tahun..

Selalunya apabila kita mengetahui diri atau orang lain di dalam masalah, kita akan bertindak melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa supaya tindakan lanjut dikenakan secepatnya.

Lagi-lagi kalau masalah itu menimpa anggota keluarga kita sendiri. Yelah siapa yang mahu anggota keluarga kita sendiri dianiaya, kan? Namun apa yang berlaku di Saratok sebaliknya pula.

Menurut NST, seorang ibu bertindak mendiamkan diri apabila mengetahui anaknya menjadi hamba seks kepada bapa kandungnya. Kejinya!

Ibu berkenaan yang berusia 40 tahun mengatakan bahawa dirinya telah diugut oleh bapa mangsa atas cubaan masuk campur dan disebabkan itu dia tidak berani melaporkan hal berkenaan kepada sesiapa.Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, siasatan masih dijalankan untuk memastikan “kesahihan” tuntutan yang dibuat oleh ibu mangsa.

Si anak yang sudah tidak tahan akan penderaan seksual yang dilakukan bapanya kemudian mengadu akan masalahnya itu kepada pihak kaunselor sekolah. Dia juga melaporkan bahawa dia telah dirogol oleh bapanya sebanyak tujuh kali sejak dia berusia 12 tahun.

Tambahnya lagi, dirinya telah dirog*l buat pertama kali di sebuah pondok yang terletak di ladang kelapa sawit Kabong pada tahun 2014 dan insiden selebihnya telah mengambil tempat di rumahnya sendiri di Kampung Kabong. Ish apa punya bapa ni!

Si bapa yang juga seorang petani telah pun ditahan polis dan akan direman sehingga 1 September untuk siasatan lanjut. Kes kini sedang disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang akan membawa kepada hukuman penjara maksimum selama 30 tahun dan juga sebatan jika disabitkan bersalah.

Macam-macam kes zaman sekarang. Kepada sesiapa yang mengalami masalah yang sama atau tahu sesiapa yang mengalami masalah sedemikian, laporkan sahaja kepada polis. Kenapa nak sorokkan benda yang salah? Kalau takut diugut, biarkan polis saja yang uruskan.

Kredit: lobak merah via sajeheboh.com

Artikel berkaitan…

bapa bernafsu binatang rogol anak sendiri, dua beradik konsgi kesedihan, si akak bertanya adik kau kena tak semalam?


Alangkah sakitnya hati membaca kisah hitam yang menimpa remaja perempuan ini. Seorang bapa yang sepatutnya menjaga dan melindungi anak-anaknya sanggup mencabul dan merogol beberapa anak perempuannya.
Menurut mangsa, pernah dia mengadukan perkara itu kepada ibunya. Malangnya si ibu enggan ambil peduli. Kakak mangsa yang juga menjadi mangsa nafsu serakah si bapa juga tidak berani melaporkan perbuatan bapanya itu kerana bimbang siapa yang akan menyara keluarganya sekiranya lelaki itu ditangkap.
Namun mangsa nekad, ceritakan kejadian itu kepada gurunya yang kemudian memaklumkan perkara itu kepada Syed Azmi.
“Ayah pass phone dia pada adik. Adik ambil handphone dan main handphone. Di belakang adik, ayah mencabul dan merogol saya.”
Walaupun ia kedengaran seperti tidak masuk akal, tapi kalau dah keadaan seperti ini berlarutan selama lima tahun dan bila mengadu dengan mak, mak tak endah, cakap dengan cikgu, cikgu pula takut nak masuk campur. Akhirnya main di depan adik-beradik empat orang pun dah tak ada perasaan dah. Tetapi ia menyakitkan anak ini, silap-silap semua anak-anak ini.
Sewaktu masuk sekolah menengah baru-baru ini, remaja ini cuba memberitahu kejadian itu kepada gurunya dan gurunya menghubungi saya. Selepas beberapa jam memandu, saya tiba di sekolah tersebut dan bertemu dengan remaja berkenaan.
Semua jenis perbuatan seks, anda namakan saja. Saya beri dia dua kit ujian kehamilan dan keputusannya negatif. Saya memperkenalkan diri saya dan menjelaskan bahawa kami di sini semua mahu melindungi dia. Saya tanya nama dia dan tanya nama panggilannya apa.
Terdahulu, guru berkenaan telah menjelaskan kepada saya mengenai apa yang berlaku dan mereka mahu apa tindakan seterusnya yang boleh diambil. Seperti kebiasaannya, hubungi talian Nur 15999, buat laporan polis dan buat pemeriksaan kesihatan.
Tetapi anak ini tidak takut dengan semua itu, apa yang dia nak tahu ialah apa yang akan terjadi pada mak dan adik-beradiknya nanti. Dia tetap sayang ayah, dia cuma nak ayah dia berhenti berbuat jahat padanya.
I actually said, “Today I try my best to do what you want. Nak report polis?
“Tak tahu.”
“Habis dik, nanti siapa nak beritahu ayah supaya jangan buat lagi?”
“Tak tahu.”
“Lagi lama kita tunggu, ayah akan terus buat.”
Akhirnya dia kata, “Kakak pun kena juga. Kalau kakak report, saya report.”
Kakak dia berada di Kuala Lumpur dan dia tinggal di Selangor. Dia menghubungi kakak dia, tetapi kakak dia seperti dia juga.
“Nanti apa kata keluarga? Nanti apa kata jiran? Nanti ayah kena buang kerja. Saya nak sambung belajar. Kalau ayah tak kerja, siapa nanti nak tanggung belajar?
“Tak apalah, biarkan saja. Mak kata bagi peluang,” kata si kakak.
Saya beri penjelasan lagi. Tetapi si kakak kata dia nak fikirkan terlebih dulu dan malam ini akan beritahu keputusannya. Saya kata okey.
Remaja ini tadi dah mula bercakap sedikit, lebih baik dari awal-awal tadi. Rasa lega, katanya.
“Ini sementara saja. Nanti balik cuti semester lain pula,” jelas saya lagi.
Saya pun pulang dan menunggu keputusan dari kakak remaja berkenaan. Saya menghubungi JKM WPKL, pasukan beruniform dan prepared the teacher and waited. Baru sebentar tadi si kakak dan buat keputusan.
“Buatlah report, tetapi biar hujung minggu sewaktu ayah tak kerja,” katanya.
And as someone who respect the need and consent of a child, wish i could do better. Everyone is in place. Now we let the system run.
Tetapi yang saya paling sedih, among siblings, dah boleh share” Kau kena tak semalam?” sesama sendiri sebab dah biasa kena. More then 5 years.
If you ask me, the family dynamics plays an important role why children fikir tak nak report. Ayah seorang sahaja yang kerja, mak suri rumah, tiada datuk nenek saudara dan ada konflik keluarga. Jadi kalau ayah masuk jail, siapa yang susah. Mereka yang susah. Jadi penyelesaian yang itu perlu.
Imagine how to answer that infront of the child? Mana sempat nak maki-maki. Saya senyum sahaja dan explain our system macam mana.
*I may have foster care to be in place.
Apa masyarakat boleh buat? Kenal balai polis yang berdekatan, dapatkan number telefon polis. Ingat talian 15999 dan ajar pada semua anak-anak.

JANGAN TAKUT NAK BUAT REPORT
JANGAN TAKUT NAK BUAT REPORT
JANGAN TAKUT NAK BUAT REPORT
(especially cikgu, kaunselor, jiran)

Sumber: Syed Azmi Alhabshi