Sweet habis! Merah gilerr muka Alvin Chong malu bila Emma Maembong tanya awak suka saya tak!

Komen tentang video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)
Rasa malu (juga dikenali sebagai ketidaksuburan) adalah perasaan ketakutan, kekurangan keselesaan, atau kegelisahan terutama ketika seseorang berada di sekeliling orang lain. Ini biasanya berlaku dalam situasi baru atau dengan orang yang tidak dikenali. Malu boleh menjadi ciri orang yang mempunyai harga diri yang rendah. Bentuk malu yang lebih kuat biasanya dirujuk sebagai kebimbangan sosial atau fobia sosial. Ciri-ciri utama yang menonjolkan rasa malu adalah ketakutan yang didorong oleh ego terhadap apa yang orang lain akan berfikir tentang tingkah laku seseorang. Ini mengakibatkan seseorang menjadi takut melakukan atau mengatakan apa yang mereka mahu keluar dari rasa takut akan tindak balas negatif, ditertawakan, dihina atau diselamatkan, kritikan atau penolakan. Orang yang pemalu hanya boleh memilih untuk mengelakkan situasi sosial.

Aspek penting rasa malu adalah pembangunan kemahiran sosial. Sekolah dan ibu bapa boleh secara implisit menganggap kanak-kanak mampu berinteraksi sosial yang berkesan. Latihan kemahiran sosial tidak diberi keutamaan (tidak seperti membaca dan menulis) dan sebagai akibatnya, pelajar malu tidak diberikan peluang untuk mengembangkan kemampuan mereka untuk berpartisipasi dalam kelas dan berinteraksi dengan rakan sebaya. Guru boleh memodelkan kemahiran sosial dan bertanya soalan dengan cara yang tidak langsung dan menakutkan untuk menggalakkan pelajar malu untuk bersuara secara perlahan-lahan dan berkawan dengan anak-anak lain.

Penyebab utama rasa malu berbeza-beza. Para saintis percaya bahawa mereka mempunyai data genetik yang menyokong hipotesis bahawa malu, sekurang-kurangnya, sebahagian genetik.
Sila tonton video:

sumber: dharian

Artikel berkaitan…

“Tiada Nak Sayang-Sayang” – Emma Maembong

Emma senang bekerjasama dengan Alvin dan mereka sentiasa menyokong satu sama lain. Foto NORAFIFI EHSAN.

AKTRES Emma Maembong menganggap keserasiannya dengan pelakon Alvin Chong ketika di dalam atau luar set penggambaran tidak melebihi sebagai kawan baik sahaja.

Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 25, berkata, dia selesa bekerjasama dengan Alvin tanpa timbul perasaan cinta sehingga berasa kekok ketika berada di set penggambaran.

“Masa di set penggambaran memang kami memang kawan baik. Tiada nak sayang-sayang atau ada sesi luahan perasaan.

“Bila kita berlakon itu, nak lakukan babak lempang ke apa, jadi tak segan sebab kita kawan. Tak ada perasaan kekok. Kalau kita tangkap cinta, dah rasa malu-malu.

“Saya dah Alvin saling menyokong satu sama lain tetapi apabila orang kata suka gandingan kami ini, kira Alhamdulillah keserasian kami berjaya,” kata Emma kepada mStar Online.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/01/02/emma-alvin-sahabat/~/media/c8e5447233d446cba65144f7417350ed.ashx?la=en


Peminat suka gandingan Emma dan Alvin. Foto Instagram @emmamaebong.

Emma berkata demikian sebagai respons kepada peminat yang sukakan gandingan mereka menerusi drama tersebut yang bersiaran pada September tahun lalu.

Rata-rata mereka mahu percintaan dalam drama itu menjadi kenyataan sehingga mewujudkan profil Instagram untuk berkongsi aktiviti mereka berdua.

Menurut Emma, dia mengakui setiap pelakon akan melalui saat itu apabila penonton terlalu setia dan menyokong sesebuah drama.

Baginya, perkara tersebut tidak salah namun soal percintaan tidak timbul kerana dia lebih selesa berkawan dengan Alvin.

“Keadaan ini sama macam gandingan saya dengan Aiman Hakim. Dulu orang nak sangat saya dengan dia. Sebenarnya benda itu dah terlalu banyak kali jadi.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/01/02/emma-alvin-sahabat/~/media/3a48946b7bfa45e5bf9d35eae68da00e.ashx?la=en

Aiman dan Emma digandingkan menerusi drama Projek Memikat Suami dan Isteri Separuh Masa serta filem Kimchi Untuk Awak.

“Bila kita dah terlalu setia dan sokong drama itu, kita terbawa-bawa. Untuk perkara ini, saya rasa semua pelakon mesti akan lalui saat itu.

“Bukan saya je, pelakon lain yang mereka minat pun akan buat macam itu. Bagi saya tak salah, cuma soal percintaan tidak timbul.

“Saya selesa untuk berkawan sahaja. Dengan cara itu saya senang untuk bekerja dengan pelakon yang digandingkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Emma akan menjalani penggambaran drama yang diadaptasi daripada novel itu untuk edisi istimewa atau hari raya pada penghujung Januari.

“Insya-Allah saya mula masuk set drama itu pada penghujung Januari. Tak pasti lagi sama ada untuk edisi khas sebanyak lima episod atau raya,” katanya.

Tags / Kata Kunci:Emma Maembong , Alvin Chong , Aiman Hakim

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/01/02/emma-alvin-sahabat/#q0V6VKAgvrwvz3jG.99