Sajat Tunjuk IC, JPN Terpalit Isu Identiti Sebenar Sajat

Sajat Tunjuk IC, JPN Terpalit Isu Identiti Sebenar Sajat|Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengambil tindakan susulan berikutan aduan yang dikemukakan seorang penulis blog berhubung identiti sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Langkah itu selepas video rakaman perbualan antara penulis blog berkenaan dengan pegawai JPN dimuat naik di akaun media sosialnya pada Isnin.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, setiap aduan yang diterima jabatan itu akan disiasat.

“JPN akan menyiasat aduan penulis blog berkenaan, sebagaimana di dalam rakaman itu mengaitkan video Sajat yang tular,” katanya

Bagaimanapun beliau berkata, JPN bertanggungjawab menjaga dan memelihara rekod pemilik dokumen pengenalan rakyat negara ini.

“Sekiranya terdapat sebarang keraguan, pemilik dan waris yang layak sahaja dibenarkan untuk mendapatkan pengesahan maklumat,” tambahnya lagi.

Menerusi video berdurasi kira-kira tujuh minit itu, penulis blog tersebut menghubungi pegawai JPN bagi membuat aduan mengenai identiti Sajat.

Komunikasi dengan pihak JPN itu rentetan sebuah video sebelum ini kembali tular, di mana ia memaparkan Sajat menunjukkan sekeping kad pengenalan yang didakwa miliknya dan memaklumkan jantinanya.


Sementara itu, Sajat ketika ditanya mengenai video rakaman perbualan penulis blog tersebut dan pegawai JPNhanya menjawab ringkas: “No komen, itu saja.”

Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendedahkan pihaknya kini dalam proses untuk mengesahkan identiti sebenar usahawan kosmetik itu.

Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof menjelaskan bahawa jabatan itu bersetuju terhadap beberapa proses yang perlu dilalui Sajat untuk pengesahan identitinya secara rasmi.

“Proses ini akan mengambil masa panjang kerana ia melibatkan banyak pihak. Dijangkakan dalam tempoh sebulan paling minimum,” katanya dalam satu kenyataan.

Jakim menemui jalan penyelesaian dalam mendapatkan pengesahan mengenai identiti sebenar Sajat selepas mengadakan pertemuan dengan usahawan kosmetik itu di Wisma Nur Sajat di Shah Alam pada 16 Januari lalu.

Difahamkan, hajat pihak Jakim untuk mengadakan pertemuan dengan Sajat ekoran cemuhan dan kecaman netizen sejak kebelakangan ini berhubung isu identiti Sajat.

Sumber:eberita

Artikel sebelum ini…

Identiti Sajat: Jakim Temui Jalan Penyelesaian

 

 

Mohd Izwan (kiri) bersama ibubapa Sajat serta usahawan kosmetik itu ketika mengadakan pertemuan di Wisma Nur Sajat pada Selasa.

  (Ubah saiz teks)
SHAH ALAM: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menemui jalan penyelesaian dalam mendapatkan pengesahan mengenai identiti sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Bercakap kepada mStar Online, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan  Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata, pihaknya dalam fasa untuk merungkai persoalan yang ditimbulkan masyarakat mengenai Sajat.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai bentuk penyelesaian yang akan digunapakai untuk menangani isu ini.

“Alhamdulillah. Kami telah menemui jalan penyelesaian. InsyaAllah semoga semuanya berjalan lancar.

“Jalan penyelesaian ini bagi mendapatkan pengesahan identiti sebenar Sajat,” katanya kepada portal berita ini, petang Selasa.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Sajat di Wisma Nur Sajat di sini.

Difahamkan, kedua ibu bapa Sajat turut serta dalam pertemuan itu.

Ditanya adakah dalam pertemuan itu pihak Jakim telah mendapat pengesahan daripada Sajat, Mohd Izwan berkata: “Belum.”

Mohd Izwan berkata, sebarang urusan dalam mendapatkan pengesahan itu akan dibuat melalui perbincangan secara dalaman.

“Ia adalah perbincangan dalaman, kita akan maklumkan dari semasa ke semasa,” katanya lagi.

Pada Selasa, mStar Online melaporkan Sajat sedia berjumpa dengan pihak Jakim berhubung isu berkaitan dirinya hingga menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

Ia susulan ‘mesej terbuka’ Mohd Izwan yang juga pakar dalam menangani lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) Jakim di laman sosial Facebook pada Isnin berhajat untuk berjumpa dengan Sajat memandangkan isu yang timbul kebelakangan ini mencetuskan banyak persoalan dalam kalangan masyarakat.

Difahamkan, hajat pihak Jakim untuk mengadakan pertemuan dengan Sajat ekoran cemuhan dan kecaman netizen sejak kebelakangan ini berhubung isu identiti usahawan kosmetik berkenaan.

Sementara itu, Sajat pula berkata, pertemuannya bersama Jakim adalah untuk mencari jalan penyelesaian bagi isu berbangkit.

“Alhamdulillah, hari ini saya terima kedatangan ziarah daripada wakil Jakim.

“Insya-Allah ada jalan penyelesaiannya, doakan yang terbaik ya,” jawabnya ringkas.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/01/16/jakim-jalan-penyelesaian-sajat/#1LhRjIsjJ0eMW5e5.99