Rumah Pelacuran Tanpa Wanita Yang Pertama Di Dunia Kini Dibuka Di Jerman. Apa Yang Ada Didalam Rumah Tersebut Sangat TAK DISANGKA!

Anak patung seks telah menjadi bualan di seluruh negara telah akhirnya sampai di Jerman, dengan pembukaan rumah pelacuran anak patung pertama sebagai sebuah perniagaan yang sah.

Evelyn Schwarz, berumur 29 tahun, telah menjalankan perniagaan pelacuran yang bernama ‘Bordoll’ di Dortmund, Jerman. Ianya merupakan gabungan perkataan ‘bordello’ dan ‘doll’. Schwarz telah memutuskan untuk membeli 11 anak patung seks yang masing-masing diberikan dengan nama yang unik.

Lima anak patung seks itu diimport dari Asia dan menelan belanja sebanyak USD2,500. Kesemua anak patung itu mempunyai ketinggian, warna rambut dan saiz payudara yang berbeza. Terdapat satu anak patung seks yang dibuat untuk kelihatan sama seperti watak anime Jepun berambut biru.

Anak patung itu mendapat tempahan sekitar 12 kali sehari, dengan harga USD100 untuk setiap jam.

Pemilik rumah pelacuran itu mengatakan bahawa lelaki dari setiap umur dan profesion dari seluruh Jerman telah mengunjungi ke rumah pelacurannya.

Schwarz berkata: “Daripada mereka yang datang kesini, tujuh puluh peratus lelaki kembali. Bagi orang ramai, ia bukan fetish tetapi lebih daripada rasa ingin tahu.”

Dia berkata lagi: “Sebenarnya saya mencari rakan sekerja dengan pengetahuan di sekitar Jerman tentang adegan S & M, kerana komunikasi praktikal ini sangat penting. Tetapi saya tidak menemuinya.”

Anehnya, Schwarz berkata bahawa isteri-isteri bagi pelanggannya banyak bertindak balas “dengan toleransi” kepada keinginan mereka dan sering dilihat “menunggu di luar di dalam kereta” sementara suami mereka melakukan hubungan seks dengan anak patung.

Dia berkata: “Mereka melihatnya sebagai alat mainan.” Schwarz hanya mempunyai satu kejadian setakat ini di rumah pelacurannya di mana seorang pelanggannya yang terlalu teruja sehingga merosakkan anak patung seks – “Anna”, yang paling popular di Dortmund Bordoll. Beliau terpaksa memesan patung yang baru.

Menurut laporan media, industri seks menganggarkan bahawa orang-orang dengan fetish kepada anak patung seks adalah kumpulan yang semakin meningkat, dan mereka mengharapkan lebih banyak anak patung disediakan oleh rumah pelacuran.

Awal tahun ini, anak patung seks Fanny menjadi superstar terlaris dari rumah pelacuran Kenalanthof di ibu negara Austria di Vienna – dan lebih ramai pelanggan daripada pelacur sebenar.

Tidak lama selepas Festival Ars Electronica di bandar Linz, patung seks silikon interaktif yang bernama Samantha menjadi bintang yang begitu popular sehingga ia rosak kerana ramai pelawat meraba-raba payudara dan merosakkan tubuhnya.

Psikologi Austria, Gerti Senger menjelaskan mengapa sesetengah lelaki lebih berminat untuk tidur bersama dengan patung seks berbanding dengan wanita yang sebenar.

Senger berkata: “Pertama, lelaki itu boleh melakukan apa saja dengan anak patung. Kedua, setiap niat dimatikan, yang boleh menjadi faktor ketika bersama pelacur.”

Tetapi Senger, yang merupakan pengerusi bersama di Persatuan Penyelidikan Seksual Austria (OeGS), mengatakan bahawa dia terkejut dengan beberapa anak patung yang lebih popular daripada pelacur sebenar dan menyebutnya “kecenderungan autistik sebenar”.

Sumber: gontuni.com

Artikel berkaitan…

Ahli Perniagaan Tawar Promosi ‘Cuba Dulu Sebelum Beli’ Anak-anak Patung Untuk Lelaki Dewasa

Seorang ahli perniagaan menyewakan anak patung seks £ 50 selama sejam supaya lelaki boleh mencuba mereka untuk ‘test drive’ sebelum membelinya.

Pelanggan kemudiannya ditawarkan peluang untuk membeli anak patung itu dalam satu skim yang berkesan iaitu ‘cuba sebelum anda membeli’.

Akan tetapi, ahli perniagaan itu menafikan bahawa dia mewujudkan ‘rumah pelacuran patung’.

Perniagaannya, lovedoll.co.uk – yang juga menjual ‘anak patung yang telah digunakan’ – berpusat di Gateshead dan mempunyai ruang persendirian di mana para pelanggannya boleh melakukan hubungan seks dengan anak patung itu.

Perkhidmatan ini dilancarkan pada Disember 2017, dan dia mengatakan bahawa ‘beberapa’ pelanggan telah mencubanya.

Dalam satu temu bual di Chiles pada Jumaat, Graham berkata: ‘Kami berharap ini adalah satu bentuk promosi supaya mereka akan datang membeli produk kami.

‘Matlamat perniagaan ini bukan semata-mata penggunaan perkhidmatan kami.’ katanya lagi.

Anak patung itu disediakan untuk ‘cuba sebelum beli’ yang dijual pada harga £ 1,800. Ia adalah bersaiz seorang dewasa dan beratnya kira-kira 30 kilogram, dengan kulit seperti kulit manusia pada rangka logam dan organ seksual yang realistik.

Pelanggan yang ingin mencuba salah satu anak patung mesti memberikan butiran peribadi dan membayar wang pendahuluan terlebih dahulu.

Mereka kemudian dibawa melawat satu set di unit perindustrian di mana mereka akan diberi satu kod kunci untuk memboleh mereka untuk masuk ke dalam sebuah bilik kecil yang mengandungi katil di mana anak patung yang memakai pakaian dalam, menanti.

Graham mengakui kepada BBC Radio 5 bahawa dia sendiri telah mencuba anak patung itu sendiri. ‘Ia adalah sesuatu yang bodoh kalau saya tidak mencubanya sendiri,’ katanya.

‘Sebaik sahaja anda sedar yang anda sedang melakukan perbuatan itu dengan seseorang atau sesuatu yang tidak menghakimi anda, ia adalah satu bentuk kebebasan dan kebebasan inilah yang banyak dialami dan dirasai oleh semua pelanggan kami.’

Di bawah merupakan video ketika berada di bilik kecil tersebut.
Video Player

Graham mengatakan ini adalah merupakan peringkat percubaan dan beliau tidak pasti jika ada pasaran untuknya, walaupun jualan anak patungnya telah meningkat tahun demi tahun.

Dia juga mengaku bahawa jika pelanggan tersebut memberikan butiran palsu, ianya mungkin bagi mereka untuk kembali lagi.

Tidak terdapat rumah pelacuran bagi anak patung di UK, walaupun ianya telah dibuka di Sepanyol dan Jerman pada baru-baru ini.

Graham mengatakan beberapa pelanggannya berminat untuk membuka rumah pelacuran anak patung, dan tidak menolak bahawa dia mungkin akan melakukan perkara yang sama.

“Kami mendapat empat orang yang berminat menjalankan perniagaan seperti itu. Dua orag telah membuat pembelian. Mereka mempunyai anak patung itu sekarang, tetapi kita tidak pasti sama ada mereka telah meneruskan niat untuk membuka rumah pelacuran itu.’

‘Saya rasa ia akan berlaku, sama ada kita atau orang lain akan melakukannya. Jika masuk akal untuk kami melakukannya, kami akan melakukannya.

Beliau juga mengatakan dia cukup yakin dengan kaedah pembersihannya yang cukup baik untuk mencegah sebarang risiko kesihatan atau isu kebersihan.

‘Kami telah menjual anak patung yang sudah digunakan untuk jangka masa yang panjang, yang mungkin mengejutkan bagi sesetengah orang. Setiap patung dibersihkan dan setiap proses ini memakan masa dari satu jam hingga lima jam. Ianya memang bersih. ‘

Artikel berkaitan…

ROBOT SEKS 50 POSISI JIMAK BAKAL BENDUNG PEROGOL?

Robot Seks 50 Posisi Setubuh Bakal Bendung Perogol?
LONDON – Pasaran seks global bakal berdepan revolusi terbesar apabila robot sextech yang direka kini sudah mampu menawarkan kepuasan seks dengan sentuhan menyerupai manusia sebenar.
Menurut sebuah badan antarabangsa, Foundation for Responsible Robotics berpangkalan di sini, pasaran teknologi robot seks dijangka berkembang pesat malah kini mampu melakukan 50 posisi persetubuhan secara automatik.

Bermula sekadar penciptaan ala ‘anak patung cinta android’, robot itu dengan kos AS$5,000 hingga AS$15,000 bahkan membolehkan pengguna mengubah suai bentuk puting buah dada dan warna bulu kemaluan faraj idaman.

Namun, kemunculan robot seks berkenaan turut mencetuskan pelbagai isu sosial kompleks perlu dipertimbangkan semula oleh pembuat dasar dan masyarakat waima negara yang terbuka kepada industri pelacuran domestik.

Ini termasuk sama ada penggunaan peranti sedemikian hanya digalakkan dalam klinik terapi seksual, pesalah seks, atau orang kurang upaya untuk membolehkan golongan ini melampiaskan nafsu syahwat mereka secara sah.

Noel Sharkey, seorang profesor kecerdasan buatan (AI) dan robotik di Universiti Sheffield berkata, sukar diramal berapa jauh atau cepat pasaran itu berkembang, atau apa kesan kepada masyarakat pada tahun-tahun mendatang.

“Patutkah anak patung robotik menjadi eksklusif? Atau adakah mereka akan ubah norma kemasyarakatan dan tersebar luas? Bagaimanakah jimak dengan robot sama dengan hubungan intim manusia sebenar?” soal beliau.

Beberapa laporan kajian bebas turut memandang pelbagai isu kontroversi sampingan, sekali gus mendorong ahli akademik, tokoh masyarakat dan firma industri pelacuran untuk tampil menyuarakan pandangan jujur mereka.

Ia kemungkinan sama ada misalnya robot seks mungkin membantu dalam usaha pengurangan jenayah seksual apabila bakal perogol tidak perlu cari mangsa lagi sebaliknya dapat perkosa ‘wanita’ idamannya itu berulang kali.

Ini kerana kajian akademik mendapati, melakukan persetubuhan dengan robot akan mengurangkan nafsu meluap-luap si penyerang untuk merosakkan kemaluan wanita sebenar terutama gadis cantik yang digilai ramai jejaka.

Ada berpendapat bahawa langkah membenarkan lelaki ‘kuat seks’ menjalani fantasi secara gelap dengan robot bakal memberi kesan jangka panjang apabila menghancurkan norma tradisi masyarakat khasnya institusi perkahwinan.

Mengenai masalah hubungan “bermakna”, laporan badan itu mengatakan bahawa dengan teknologi AI semasa, dan meskipun pada zaman hadapan, hakikatnya tiada perasaan cinta manusia daripada robot itu akan menjadi sama.

“Robot seks yang terbaik pun hanya boleh melakukan nafsu ‘palsu’ itu. Robot canggih walau bagaimana hebat sekali pun di atas ranjang asmara masih lagi tidak boleh meluahkan perasaan cinta sejati.” – Reuters/Mynewshub.cc/HAA

Robot Seks Lelaki Mampu Henjut Lama Atas Ranjang

SEBELUM ini masyarakat dunia dikejutkan dengan penghasilan robot canggih sextech yang mampu menawarkan kepuasan seks seumpama wanita sebenar menerusi 50 posisi aksi persetubuhan.
Robot dengan kos hanya serendah AS$5,000 hingga AS$15,000 itu bahkan membolehkan pengguna mengubah suai bentuk puting buah dada dan warna bulu kemaluan faraj idaman selain sesuai menggantikan peranan pekerja seks.

Ia jadi bahan perdebatan kerana dibimbangi boleh menjejaskan industri pelacuran di sebalik ada kajian psikologi mendakwa robot itu mampu menghapuskan jenayah seksual iaitu rogol dan sumbang mahram dalam keluarga.

Namun robot seksi tersebut hanya untuk pelanggan lelaki tetapi bagaimana pula dengan wanita yang gersang dahagakan belaian seks romantis di atas ranjang selain isu tidak ‘puas’ akibat pasangan cepat pancut air mani!

Usah bimbang kerana perkembangan teknologi baharu sudah membolehkan inovasi sextech sekali gus bakal ancam perkhidmatan gigolo menerusi robot seks bertubuh sasa idaman wanita yang takut dipermainkan jantan miang!

Ia sesuai untuk kaum Hawa yang bimbang bercinta suami orang yang gatal atau playboy kasanova suka bertukar pasangan sehingga mencetuskan risiko dijangkiti penyakit kelamin akibat batang zakar lelaki itu dicemari kuman.

Industri robot sextech antarabangsa baru-baru ini bergembira dengan pelancaran model boneka seks dikenali sebagai Mr. P Bionik dan diramal bakal menjadi pilihan wanita yang tidak mahu berkahwin atau gagal temui jodoh.

 

Robot ini memiliki bateri di dalamnya yang dapat dicas semua jika kuasanya habis dan dikatakan mampu memberi respon isyarat verbal mengalahkan ‘alat permainan seks’ biasa seperti zakar palsu yang agak terhad getarannya.

Mr. P Bionik dijangka mengalahkan tenaga batin lelaki tulen dengan ‘kekuatan’ luar biasa dimilikinya malah mampu memberikan henjutan tanpa masalah di sudut manapun ketika kemuncak syahwat si wanita di atas ranjang.

Menurut portal antarabangsa Boldsky, penyelidik mendapati robot seks lelaki ini terlalu sempurna untuk menikmati pengalaman seks kerana ia bukan sahaja tidak letih, bahkan tidak mengeluh dalam menguruskan urusan batin.

Bagaimanpun, robot tetap robot kerana ia begitu profesional dan tiada memiliki hubungan perasaan dengan si pengguna apatah lagi pendam perasaan dendam, marah atau benci diperlakukan wanita terbabit tanpa kira masa.

Justeru ia tidak sesuai untuk wanita berjiwa sentimental yang suka bercerita meluahkan emosi sebelum bersetubuh tetapi lebih kepada aksi jimak normal kira-kira 30 minit sehingga berlaku klimaks dan boleh diulang beberapa kali.

Setakat ini, harga sebuah robot ialah sekitar £8,100 (kira-kira RM45,366) tidak termasuk kos lain seperti mencacah tatoo, mengubah suai bentuk muka, gaya rambut, panjang zakar dan sebagainya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA