‘Prank Perkahwinan’ Dikecam, Dua Lelaki Mencabul Gadis Pengantin Yang Tidak Berdaya Melawan

‘Prank Perkahwinan’ Dikecam, Dua Lelaki Mencabul Gadis Pengantin Yang Tidak Berdaya Melawan. Dua lelaki telah di tahan kerana mencabul seorang gadis secara seksual selepas video mereka yang mencabul wanita itu tersebar,

“prank perkahwinan” itu viral di media sosial dan paling banyak dikongsi di Weibo, menunjukkan dua lelaki sambil ketawa dan meraba-raba buah dada seorang wanita, kemudian menanggalkan seluar dalamnya.

Wanita itu dilihat cuba melawan dan keluar dari kereta itu namun tidak berjaya, video ini mendedahkan tradisi kacau lucah “pranks perkahwinan” terhadap pengantin wanita di China.

Netizens di China terkejut dan mendesak pihak polis menjalakan siasatan terhadap video itu, dan menahan kedua-dua lelaki berkenaan.

Polis di Xi’an telah mengesan dan berjaya menahan kedua-dua lelaki berkenaan.

Polis berkata video yang dirakam dalam sebuah kenderaan yang merupakan sebahagian daripada acara perkahwinan, kenderan itu menuju ke majlis perkahwinan wanita itu.

Seorang lelaki telah dikenal pasti sebagai Hu berusia 21 tahun, manakala yang seorang lagi sebagai Chen berusia 19 tahun.

China Business News melaporkan bahawa wanita itu mengenali kedua-dua lelaki ini dan tidak mahu mengambil sebarang tindakan undang-undang mahkamah.

“Hanya kerana mereka mengenali antara satu sama lain mereka dibenarkan untuk berbuat demikian” tulis seorang pengguna Weibo.

Bagaimanapun, polis masih menyiasat perkara itu, dan peguam memberitahu China Business News bahawa pasangan itu boleh penjarakan dua lelaki ini selama lima tahun bagi apa yang mereka lakukan dalam video itu.

Sementara itu,

Lelaki Mencabul Anak Saudara Sebab Cemburu Dengan Kemesraannya Dengan Kekasih!

Cemburu melihat kemesraan anak saudara perempuannya dengan kekasih menyebabkan seorang lelaki bertindak mencabul mangsa di tepi jalan berhampiran Sungai Merab di sini.

Kejadian kira-kira 9 malam itu berlaku apabila mangsa keluar minum bersama bapa saudaranya berusia lingkungan 40-an di Bandar Baru Bangi di sini, bagi membincangkan beberapa isu berkaitan keluarga.

Sumber polis berkata, sebaik tiba di kedai makan itu, suspek terkejut apabila melihat teman lelaki anak saudaranya itu turut berada di premis sama.

“Suspek yang tidak berpuas hati hanya mendiamkan diri sepanjang berada di kedai makan itu sebelum mengajak mangsa pulang ke rumah.

“Mangsa hanya mengikut arahan bapa saudaranya itu sebelum dibawa ke kawasan sunyi. Suspek kemudian bertindak mencabul anak saudaranya itu.

“Suspek kemudian cuba menanggalkan seluar dan baju mangsa yang ketika itu meronta untuk melepas diri.

“Bagaimanapun mangsa terselamat apabila suspek menyangka kereta dinaiki itu dihampiri kenderaan polis,” katanya.

Dia berkata, suspek kemudian memaksa mangsa keluar dari dalam kenderaan itu sebelum dia memecut melarikan diri.

“Mangsa kemudian menghubungi rakannya bagi mendapatkan bantuan selain membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi.

“Siasatan awal polis mendapati suspek sebelum ini pernah menghantar mesej berbaur lucah namun mangsa menganggap ia hanyalah gurauan,” katanya.

Sumber: myMetro

Artikel lain mengenai cabul…

“Dia Sempat Sentuh Anu Saya” – Gadis Trauma Dicabul Depan Orang Ramai

“Dia Sempat Sentuh Anu Saya” – Gadis Trauma Dicabul Depan Orang Ramai | POLIS melakukan siasatan berhubung dakwaan seorang wanita dicabul di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Majid Jamek, Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 20 tahun memaklumkan kejadian pada 10.20 malam, hari sama.
“DIA SEMPAT SENTUH ANU SAYA” – GADIS TRAUMA DICABUL DEPAN ORANG RAMAI
Katanya, berdasarkan laporan mangsa yang juga penuntut politeknik mendakwa, dia dicabul oleh seorang lelaki sewaktu menaiki eskulator di stesen terbabit pada 7.50 petang.

“Pengadu mendakwa sewaktu berada di eskulator, dia disentuh di bahagian kemaluan oleh seorang lelaki dan suspek terus bergerak melarikan diri.

“Bagaimanapun, rakan pengadu sempat merakamkan gambar suspek.

“Susulan itu, pihak polis sudah mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pihak pengurusan stesen LRT terbabit bagi siasatan lanjut,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, kes dirujuk kepada Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak bagi tindakan lanjut mengenalpasti dan mengesan suspek.

Kejadian turut tular di media sosial apabila mangsa dan rakan memuat naik status mengenai kejadian itu di laman Twitter serta memaklumkan kepada pihak Prasarana Malaysia Berhad.

Bukan kes pertama

jika kita perhatikan kes cabul di LRT ini bukanlah kes pertama malah kerap berlaku seolah-olah tiada tindakan diambil sebelum ini budak berusia 12 tahun jadi mangsa cabul

Mereka masih remaja, namun bertindak berani mencabul seorang wanita berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Melati, di sini, walaupun ketika itu masih lengkap berpakaian sekolah.

Malah, mangsa berusia 29 tahun cuba memarahi mereka kerana perbuatan terbabit turut tidak diendahkan sebaliknya mereka bertindak memeluk dan mencium mangsa sebelum melarikan diri.

Wanita terbabit yang terkejut dengan perbuatan remaja itu kemudian bertindak membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, Jumaat .

Sumber berkata, mangsa pada mulanya berjalan berseorangan menuju ke stesen berkenaan kira-kira jam 12.20 tengah hari sebelum terserempak dengan dua remaja lengkap berpakaian sekolah, namun tidak mengendahkannya dan meneruskan perjalanan.

“Bagaimanapun, selepas beberapa meter, mangsa tiba-tiba menjerit selepas bahagian belakang badannya diraba dan sebaik menoleh dia terkejut apabila melihat kedua-dua remaja itu berada di belakangnya.

“Malah belum sempat dia berbuat apa-apa, mereka terus meramas buah dadanya menyebabkan mangsa sekali lagi terkejut dan terus menolak serta memarahi mereka,” katanya.

Doa elak dicabul dan dirogol

ES jenayah berkaitan keganasan seks seperti rogol, liwat dan sumbang mahram dilaporkan semakin meningkat sejak lima tahun lalu. Berdasarkan statistik, keganasan jenayah seks yang dilaporkan pada 2005 ialah 2,427 kes manakala 2,943 (2006); 3,689 (2007); 3,986 (2008) dan 4,238 (2009), keseluruhannya 17,283 kes.

Jumlah tangkapan bagi kes jenayah berkenaan semakin meningkat daripada 1,504 orang pada 2005 kepada 2,701 pada 2009 iaitu peningkatan 1,197 orang. Manakala bagi jumlah pesalah yang didakwa di mahkamah sepanjang tempoh itu bagi kesalahan rogol, liwat dan sumbang mahram ialah 1,437 orang di mana bagi 2005, jumlah pesalah yang didakwa ialah 308 orang; 410 (2006); 304 (2007); 228 (2008) dan 187 (2009).

Menurut statistik dikeluarkan polis, daripada keseluruhan 13,134 kes dilaporkan sepanjang 2000 hingga 2008, Selangor mencatatkan bilangan kes rogol tertinggi iaitu 2,403 kes, diikuti Johor (2,186), Kedah (1,164), Sabah (1,034), Perak (939) dan Kuala Lumpur (847), Pahang (722), Sarawak (715), Kelantan (636), Negeri Sembilan (623), Pulau Pinang (622), Melaka (588), Terengganu (521) dan Perlis (134). Secara relatifnya, kemajuan sesuatu negeri dilihat menyebabkan bilangan penduduk bertambah serta menjadi tumpuan ramai dan secara logiknya, lebih ramai populasi penduduk maka lebih tinggi kadar jenayah yang berlaku.

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.
Fikirkanlah.

sumber: mydebat