Mohammed Tiba2 Jadi Nama Bayi Popular Di Jerman. Lepas Siasat Puncanya MENGEJUTKAN

Baru-baru ni rakyat Jerman terkejut apabila mendapati Mohammed merupakan nama bayi paling popular di Jerman, seperti laporan Jabatan Statistik Jerman. Lepas siasatan dibuat, puncanya lebih mengejutkan lagi. Allahuakbar!!
PUNCA NAMA MOHAMMED TIBA-TIBA JADI POPULAR
Nama Mohammed dilaporkan menjadi salah satu nama paling popular bagi bayi lelaki yang dilahirkan di Jerman.

Sejak Canselor Negara, Angela Merkel mengumumkan pembukaan sempadan pada 2015, lebih sejuta pendatang yang kebanyakkan dari negara Syria masuk ke negara itu.

Laman berita Breitbart melaporkan, pertumbuhan populasi itu menjadi faktor dalam peningkatan pemilihan nama Arab.
AGAMA ISLAM BAKAL JADI AGAMA MAJORITI RAKYAT JERMAN
“Dalam masa kurang dari 10 tahun, ia meningkat naik dari kedudukan 97 kepada 26. Manakala, dalam tiga tahun lagi, Mohammed boleh menduduki kedudukan 10 teratas,” kata Ketua Persatuan Bahasa Jerman.

Menurut data terbaru masyarakat bahasa Gesellschaft fur deutsche Sprache (GfdS), statistik untuk 2016 menunjukkan nama Mohammed naik dari tempat ke-41 pada 2015 ke kedudukan ke-26 dalam tahun berikutnya.

Bagaimanapun, data tidak mengambil kira semua variasi ejaan termasuk Mohamad, Mohamed dan Mehmet.

Sementara itu, menurut laporan akhbar Austrian, Kronen Zeitung, data yang disusun menggunakan semua varian baru-baru ini mendapati, Mohammed menempa tempat ketiga berbanding kedudukan kelima sebagai nama paling popular di kalangan bayi lelaki yang lahir di Vienna, lapor Daily Mail.

SumberSinar Harian

Artikel berkaitan agama…

SEORANG ahli politik Jerman paling kanan, yang partinya mendakwa ‘Islam bukan milik Jerman’ telah meletak jawatan dan akhirnya memeluk agama itu.

Arthur Wagner, ahli terkemuka Alternative for Germany (AfD) di timur Brandenburg, meninggalkan jawatannya dalam jawatankuasa eksekutif negara pada 11 Januari, dengan menyebut ‘alasan peribadi’, kata pengerusi AfD negeri, Andreas Kalbitz.

Kalbitz memberitahu CNN bahawa dia hanya tahu tentang penukaran Wagner dalam satu perbualan telefon dengannya beberapa hari kemudian.

 
“Saya sangat terkejut,” katanya.
 
“Dia sangat aktif dalam sayap parti Kristian.”

Wagner pertama kali dipilih sebagai wakil AfD pada tahun 2015 dan merupakan ahli jawatankuasa negeri yang bertanggungjawab untuk gereja dan komuniti keagamaan.

Kalbitz berkata ‘tiada tekanan daripada parti’ untuk Wagner meletakkan jawatan.

“Parti menyokong kebebasan beragama,” katanya.

Wagner tidak menjawab banyak soalan dari CNN.

Dia sebelum ini memberitahu akhbar Jerman Der Tagesspiegel bahawa penukarannya adalah ‘perkara peribadi’ tetapi partinya tidak menekannya untuk meletak jawatan.

Awalnya dibentuk sebagai parti anti-euro pada tahun 2013, AfD baru-baru ini berkempen di platform anti-imigran, anti-Islam, dengan tegas mengkritik keputusan untuk membenarkan lebih dari satu juta pelarian ke Jerman pada 2015.

Parti itu berada di tempat ketiga dalam pilihan raya persekutuan tahun lepas, memenangi 12.6 peratus undi.

Salah satu prinsip utama AfD ialah ‘Islam bukan milik Jerman’.

Ia adalah salah satu daripada empat doktrin yang dinyatakan di laman web AfD cawangan Brandenburg.

Bercakap pada sidang akhbar seminggu sebelum pilihan raya persekutuan, pengerusi bersama AfD ketika itu, Alexander Gauland menyatakan bahawa Islam ortodoks ‘tidak serasi’ dengan prinsip-prinsip negara yang terkawal, sekular, bebas dan demokratik.

“Peningkatan Islamisasi Jerman menimbulkan cabaran yang mendesak untuk ketenteraman awam dan negara, identiti budaya dan keamanan dalaman negara kita,” kata Gauland.

Kalbitz memberitahu CNN bahawa walaupun ramai orang Islam di Jerman yang terintegrasi dengan baik, Islam itu sendiri bukan sebahagian dari budaya Jerman’, satu perkara yang diulangi di Facebook pada Rabu.

“Kami menganggap Islam sebagai doktrin agama-politik yang bertentangan dengan identiti budaya Jerman kami,” katanya.

Sumber: CNN