Masih Ingat Pasangan Keji Ini? Vivian Tawar Khidmat Tidur Bersamanya Bermula Dengan Harga RM1.3K!!

Masih ingat lagi dengan Vivian, bekas teman wanita Alvin Tan yang selalu mencetuskan kontroversi? Rasanya satu Malaysia tidak akan lupa dengan isu dia dengan pasangannya Alvin, atau lebih terkenal dengan nama ‘Alvivi’ membuat poster ‘selamat berbuka puasa’ yang dihiasi dengan gambar mereka sedang menjamah daging babi.

Pasangan itu kini dikatakan sudah pun berpisah, Alvin pun tiada di Malaysia. Setelah itu tiada khabar dari mereka.

Tetapi, baru-baru ini, melalui sebuah forum Malaysia, seorang pengguna forum tersebut telah berkongsi satu gambar yang menunjukkan profil Vivian di dalam laman AshleyMadison.com, sebuah laman web dating atau mencari teman.

Di dalam gambar tersebut, Vivian dilihat menawarkan kepada sesiapa yang ingin bersamanya dengan kadar bayaran RM 1,300 selama satu jam.

Adehh..mahalnya.. Tapi siapa tahu mungkin ada juga yang sanggup??

AshleyMadison.com merupakan servis dating online yang mana membolehkan orang ramai menempah untuk keluar dengan pengguna di laman tersebut.

Ini bekas kekasih Si Vivian selalu buat hal dan sering menghina islam.

Blogger yg sering menimbulkan kontroversi Alvin Tan yg kini sedang merempat di Amerika Syarikat di khabarkan telah terbunuh akibat ditembak. Adakah ini balasan yg di terima akibat tindakan provokatif yg seringkali dimuat naik melalui media sosial?

Sekeping gambar yg menunjukkan wajah seiras beliau yg ditembak di muka telah menjadi viral di media sosial. Akan tetapi setakat ini tiada pihak yg mengesahkan laporan yg mengesahkan kematian beliau akibat ditembak di muka.

Pastinya kematiannya mengembirakan ramai orang akan tetapi mungkin juga berita ini tak benar serta turut dikongsi oleh beberapa portal serta blog yg popular di Malaysia antaranya Free Malaysia Today

Ada yg berpendapat perihal Alvin tidak perlu di panjangkan serta dikongsi bersama dengan memuat naik status kebencian masing-masing terhadap Alvin yg kerap menghina agama Islam.

Bagaimanapun jika tiada respon dari masyarakat adakah facebook akan membuang laman Fan Page beliau?

Ada pro serta kontra dalam melaporkan perihal Alvin. Keprihatinan masyarakat Islam di Malaysia tentang kemurnian serta usaha mempertahankan agama Islam perlu dizahirkan dgn mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan Alvin Tan supaya tdk akan lahir lagi manusia yg memiliki peribadi seperti Alvin Tan di Malaysia.

Apapun mati atau hidup Alvin Tan tdk akan menjadi kudis untuk Islam.

Bila benar dia mati akibat tembakan… ramai yg menadah tangan kesyukuran kerana beliau layak mendapat pembalasan Tuhan di atas apa yg dia lakukan….

Sumber : kecoh.org

 

Artikel lain yg berkaitan..

Bayar deposit jual tubuh

MICHAEL bersama Amy (tengah) menunjukkan gambar suspek pada sidang media di Wisma MCA, Kuala Lumpur, semalam. FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Dua wanita kerugian RM14,000 selepas diperdaya lelaki yang menawarkan pekerjaan mudah iaitu melayan nafsu lelaki hidung belang.

Mereka dijanjikan pendapatan sehingga RM6,000 bagi setiap layanan, namun dikehendaki membayar deposit jika mahukan pekerjaan terbabit.

Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Amy, 22, berkata, dia dihubungi lelaki dikenali sebagai Mike menerusi aplikasi WhatsApp November lalu sebelum ditawarkan kerja separuh masa terbabit.

“Saya mahu menyambung pengajian di kolej dan perlukan wang. Saya setuju namun Mike minta saya mendepositkan RM12,000 ke akaun bank tempatan sebagai bayaran pendaftaran yang saya mahu bekerja dengannya.

“Saya melakukan lima transaksi ke akaun bank itu, malah seorang rakan saya turut mendepositkan RM2,000 kerana mahu mendapatkan kerja terbabit,” katanya pada sidang media di Wisma MCA, semalam.

Menurut Amy, selepas itu, Mike memintanya mendepositkan RM750,000 dan ia membuatkannya sangsi.

“Saya hubungi Mike untuk mendapatkan kembali wang, namun dia memutuskan talian sebelum terus gagal dihubungi.

“Kini, saya perlu menjelaskan hutang RM10,000 dibuat daripada rakan-rakan bagi membayar deposit berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya percaya lelaki terbabit sudah memperdayakan ramai mangsa dengan menggunakan taktik sama.

“Kami minta orang ramai yang menjadi mangsa penipuan ini membuat laporan polis.

“Kami akan berusaha membantu mangsa mendapatkan pembelaan,” katanya.

Artikel lain pula…

‘Lantak dia la, sape suruh dia bagi (dara) kat aku’ – Semua lelaki patut baca ini terutama mereka yang pernah rosakkan anak dara orang

Apabila bercinta, usahlah berikan segala-galanya kerana kita sendiri belum pasti apakah hubungan cinta yang dibina itu akan berakhir dengan kegembiraan atau kesedihan. Sebaik-baiknya, jagalah maruah diri dan jangan terikut dengan nafsu dan pujuk rayu pasangan. Jika pasangan sudah merayu mahukan ‘itu’, tinggalkan saja. Tiada gunanya bersama.

Bagi yang pernah melaluinya, pastinya rasa menyesal dipergunakan oleh pasangan. Hendak dirahsiakan pengalaman hitam itu, tetapi di bila tiba harinya nanti, terpaksa juga mengaku pada bakal suami atau suami bahawa diri sudah tiada dara. Pernah si lelaki yang merosakkan anak dara orang memikir semua kesan-kesan ini?

Semoga perkongsian dari wanita ini membuka mata anda khususnya golongan wanita, jangan mudah memberi dan kepada yang lelaki, jangan rosakkan anak dara orang. Kelak berlaku pada ahli keluarga sendiri, binasa jawabnya.

AKU rasa semua lelaki patut baca ini. Especially mereka yang pernah rosakkan anak dara orang. Ini adalah thread.

Mungkin kau tak rasa apa-apa selepas kau dump perempuan yang kau pernah tidur sekali. Tapi pernah kau fikir apa yang akan terjadi pada perempuan itu nanti? Kalau jawapan kau, “lantak dia la, siapa suruh dia yang nak bagi dekat aku”, haha, mari aku bagi dekat kau full explaination kenapa kau patut minta maaf pada perempuan yang kau pernah rosakkan dan bertanggungjawab terhadap perempuan itu.

Pernah kau terfikir sebelum kau merosakkan dia, dia tak pernah pun tahu apa itu seks? Pernah kau terfikir dia beri semua benda dekat kau sebab dia naif dan tidak tahu yang perkara itu bukan satu-satunya cara untuk menunjukkan kasih sayang dia?

Pernah kau terfikir kalau kau yang tak mulakan dulu, dia takkan beri dara dia pada kau? Kalau kau cakap dia sepatutnya menggunakan otak dia, kau bodoh. Kalau kau cakap “perempuan baik takkan buat macam tu, tu maknanya dia tak baik,” maka kaulah manusia yang paling bangang.

Kalau kau guna ayat manis, ayat cinta, kau cakap kau tak boleh hidup tanpa dia, kau rasa masa itu otak dia boleh berfungsi dengan baik ke? Cinta itu buta, syaitan itu merata-rata untuk menghasut. Ayat manis + nafsu + hasutan syaitan = bad judgement.

Percayalah, sedangkan wanita alim pun boleh tumpas, inikan pula gadis biasa yang dibesarkan oleh keluarga biasa? Kau tiduri dia, kau rampas dara dia. Kau cakap “perempuan tanpa dara takkan laku”.

Habis tu, kau masih ada teruna? Wwalaupun kesan fizikal tiada, walaupun bakal isteri kau tak boleh bezakan kau teruna ke tak, tetapi diri kau tahu. Kau tahu kau pernah rosakkan seorang perempuan dalam hidup kau.

Pernah kau terfikir bagaimana perempuan itu hidup selepas kau dump dia? Macam mana perempuan itu akan berhadapan dengan bakal suami dia, macam mana perempuan itu akan beritahu suami dia yang dia sudah tiada dara?

Bayangkan kalau semua benda itu berlaku pada mak, kakak atau adik kau atau bakal isteri kau sendiri. Apa yang kau rasa? Apa yang kau rasa bila seorang lelaki rosakkan adik kau, lepas itu buang dia macam sampah?

Apa kau rasa bila kau tidur dengan wife kau, selepas itu kau dapat tahu lelaki lain pernah buat benda yang sama pada wife kau?

Kalau niat kau masa kau meniduri perempuan itu cuma untuk suka-suka dan sebelum kau meniduri dia, kau berjanji kau akan menjaga dia sampai bila-bila, kau penipu. Kau lagi hina dari binatang. Taraf kau lagi hina dari seorang perogol.

Memanipulasikan seorang perempuan semata-mata untuk memuaskan nafsu kau sendiri. Lagi hina bila kau dump dia dan selepas itu kau mencari perempuan lain untuk dijadikan teman wanita baru kau yang mungkin kau akan rosakkan juga.

Untuk perempuan di luar sana, ini untuk kau:

Jaga diri sendiri, jangan terlalu hanyu bercinta sampai kau serahkan semuanya. Simpan untuk yang layak. Kau akan lebih bahagia nanti.

Sumber: Wienanazz via thereporter