‘Jangan Malukan Mereka’ – Ini Pesan Kepada Butik Kahwin Perlekeh Pengantin Minta Pelamin Yuna RM200

Isu hangat diperkatakan sejak Jumaat adalah keindahan pelamin Yuna dan Adam yang dikatakan lari dari yang lain serta seperti di kayangan! Ramai yang teringin pelamin serupa untuk hari bahagia mereka sehingga siap survey dengan pereka pelamin berkenaan lagi.

Artikel berkaitan: Terima Mesej Bertalu Dari Pelanggan Mahu Pelamin Macam Yuna Tapi.. Kelakar!

Pendedahan seorang perancang perkahwinan mengenai bakal pengantin yang meminta pelamin seperti Yuna dengan bajet RM150 menjadi bahan gelak netizen. Namun luahan seorang wanita di Twitter mengenai isu ini ada benarnya juga.
Bagi sesetengah orang, RM200 tu kemewahan

Seorang pengguna Twitter, Jasmin Hassan berkata, mereka yang menggelakkan pihak yang berhajat pelamin seakan Yuna di bawah bajet RM500 harus faham, tidak semua orang tahu akan kos sebenar hiasan sebegitu.

Katanya, baguslah jika ramai yang tahu, namun adalah lebih baik berkata dengan sopan tentang kos sebenar. Bagi sesetengah orang, nilai RM200 dilihat sebagai jumlah yang besar dan kemewahan. Tidak salah untuk menjelaskan kos dengan sopan dan baik.
Nyatakan harga dan biar mereka putuskan

Katanya lagi, seorang pereka pernah ditanya tentang harga dikenakan untuk menyediakan pelamin dan menjawab dengan jawapan agak kasar dan kurang enak didengar. Jasmin mencadangkan pihak penyedia perkhidmatan meletakkan harga dan membiarkan pelanggan untuk membuat keputusan sendiri.
Bakal pelanggan perlu dihormati

Ujarnya lagi, mereka yang menyediakan apa jua perkhidmatan perlu menghormati pelanggan atau bakal pelanggan mereka. Penjelasan ringkas adalah lebih manis berbanding memalukan mereka di alam maya.
Jadi profesional

Selain itu, mereka yang terlibat juga sepatutnya memecahkan kos berkenaan mengikut kategori dan harganya. Jika boleh, tawarkan alternatif lain yang dalam lingkungan bajet pelanggan. Jadi profesional, layan pelanggan dengan baik dan jujur, kerana tiada apa pun yang merugikan dengan layanan sebegitu.

Sumber: Jasmin Hassan

Artikel sebelum ini…
‘RM200 Tu Upah Pekerja Je’ – Designer Pelamin Yuna Dedah Anggaran Kos Lebih RM70k

Sebuah butik pengantin di facebook semalam berkongsi screenshot daripada pelanggan yang mengimpikan pelamin ala kayangan seperti Yuna. Namun, apa yang membuatkan ianya lucu apabila bajet yang dikeluarkan tidak lebih dari RM200. Butik tersebut menjelaskan dia bukanlah minta dikecam, cuma mahu beri pelanggan kesedaran.

Artikel berkaitan : Terima Mesej Bertalu Dari Pelanggan Mahu Pelamin Macam Yuna Tapi.. Kelakar!

Menerusi laporan mStar Online, pereka pelamin pernikahan Yuna, Firdaus Othman memberitahu kos sebenar pelamin tersebut. Patutlah cantik!
Tipulah kalau kami tidak ditanya

Pengarah Kreatif The Calla, Firdaus Othman memberitahu kepada mStar Online butik mereka turut menerima banyak pertanyaan daripada pelanggan mahukan pelamin seperti Yuna. Namun, Firdaus memberitahu tidak akan buat rekaan yang sama.

Tipulah kalau kami tidak ditanya tentang perkara yang sama, tapi pihak kami tidak akan buat rekaan sama seperti pelamin Yuna kepada pelanggan lain. Kalau mereka mahu yang sama kami akan beri kelainan sedikit.

Namun, kalau ada pihak lain nak tiru ia tidak jadi masalah.

Anggaran kos pelamin Yuna RM70,000

Mengulas mengenai isu viral bajet RM200, Firdaus memberitahu anggaran kos bagi pelamin di hari pernikahan Yuna dan Adam Sinclair Jumaat lalu adalah RM70,000. Menurutnya lagi, kos itu dikira dari segi penggunaan bunga dan tempoh persiapan.

Mana dapat harga RM200 itu hanya upah pekerja sahaja, susah nak cakap tentang harga sebenar, anggarannya lebih RM70,000.

Ia merupakam pelamin eksklusif yang kami reka hanya untuk Yuna sahaja. Ia terdapat lima jenis bunga tempatan dan dahan-dahan pokok itu kami ambil sendiri di hutan.

Walaupun terpaksa berdepan dengan cuaca yang tidak menentu, Firdaus memberitahu itu merupakan kenangan manis bagi dirinya dan berbangga dapat berikan yang terbaik.

Sumber : mStar Online