Foto NEELOFA Atas Katil Yang Bernilai RM 1 Juta

Uncategorized 

 January 30, 2018   0 Comments

Foto Neelofa Atas Katil Yang Bernilai RM 1 Juta

Terkejut dan tergamam. Itulah reaksi kami apabila melihat foto yang dimuat naik sendiri oleh pelakon cantik itu di laman Instagramnya semalam.

Mahu tak terkesima bila Neelofa mendakwa bahawa dia berada di atas katil yang bernilai 200,000 Euro, bersamaan RM 1 Juta. *pengsan*. Mesti anda semua tertanya-tanya katil jenis apakah yang berharga semahal itu kan?

Sebenarnya Neelofa dan keluarganya sudah beberapa hari berada di sebuah pusat peranginan mewah Phuket, Thailand. Malah, Iniala Beach House, Phuket ini turut menjadi pilihan selebriti antarabangsa, Kim Kardashian untuk berbulan madu.

Kami pun rajin-rajinkan tangan untuk meng’google‘ rateharga hotel tersebut. Ternyata ‘jumlah’ yang kami perolehi memang membuatkan mulut kami ternganga besar.

Secara kasarnya, harga sebuah bilik biasa di hotel tersebut bermula daripada RM6,000++ satu malam. Manakala, villa pula bermula daripada RM10,000++ satu malam. Pengunjung pula perlu sekurang-kurangnya menginap selama 3 malam di villa hotel tersebut.

Katakanlah, jika ambil bilik paling murah pun, jumlah minima yang perlu dibayar ialah lebih kurang RM 18,000++. Maka, kami pun tak hairanlah jika harga katil itu dikatakan mencecah RM 1 Juta kan?

Namun, kami pun tak pasti sama ada Neelofa berada di sana untuk bercuti semata-mata ataupun atas urusan kerja kerana salah satu gambarnya menulis caption “Hello Asia Magazine photoshoot at one of Iniala’s collector villa”.

Bagi kami, walaupun mungkin Neelofa menginap di sana atas urusan kerja, ia memang satu peluang keemasan yang tak boleh dilepaskan.

Bayangkan anda baring atas duit RM 1 Juta. Tak ke gila rasanya.

sumber : ohbulan.com

Artikel lain mengenai Neelofa…

[VIDEO] Wow Neelofa Tayang Rumah Baru! Mewah! Kalah Rumah Dato Vida! Untunglah..


 

Komen tentang video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)
Oleh kerana kejayaan perniagaannya, Neelofa dinamakan di kalangan ‘Forbes 30 Under 30 Asia’ pada tahun 2017.

Neelofa dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan dan keturunan Melayu, Pakistan dan Iran.

Neelofa adalah pemenang dalam Dewi Remaja (Miss Teen Malaysia) 2010/2011. Dia muncul di Kau Yang Terindah sebagai Alisya dan menjadi tuan rumah program televisyen MeleTOP dan Nona.

vid neelofa

Selebriti popular Neelofa telah memuatnaik satu video rumah barunya yang mewah di laman sosial baru-baru ini. Video tersebut menjadi bualan para follower.

Ini videonya:

Namun ada haters yang mengatakan Neelofa hanya menunjuk-nunjuk rumah barunya itu. Ada juga peminat yang risau kerana perbuatan Nelofa itu boleh mengundang bahaya terutama dari faktor keselamatan dan privasi.

Neelofa lantas tampil mengatakan dia langsung tiada niat untuk menunjuk kemewahan rumah barunya itu tetapi sekadar berkongsi bersama peminatnya sahaja.

Ini komen pengacar popular ini:

“Ia adalah hak peribadi saya yang dirasakan tidak keterlaluan untuk dikongsikan kepada umum. Orang tidak mengetahui lokasi rumah itu jadi tiada masalah keselamatan pun kalau saya kongsinya di media sosial. Saya berhak untuk berkongsi apa saja dilaman sosial. Jika tak dikongsi di Instagram sekalipun, saya tetap akan kongsikannya di laman youtube Ilofayou”

“Rumah berkenaan sudah siap sepenuhnya dan boleh diduduki setelah hampir setahun ianya diubah suai. Saya juga bakal berpindah ke rumah tersebut dalam masa terdekat bersama kakak saya,”

Tahniah buat Neelofa kerana memiliki rumah baru yang amat cantik. – PENMERAHDOTCOM

Neelofa terlibat dalam beberapa usaha perniagaan termasuk: lensa kontak Lofalens, produk penjagaan kesihatan Beautea Slim pil dan jenama pakaian wanita Muslim Naelofar Hijab untuk wanita.

Pada tahun 2014, Neelofa mengambil kelas akting 1 bulan di Akademi Filem New York.

Tinjauan positif tentangnya telah diberikan dalam akhbar dan dari orang ramai kerana dia bertindak dalam Lukisan Takdir dan Wan Embong.

Neelofa mengasaskan dan mengetuai NH Prima Sdn Bhd sebagai pengarahnya sejak 2014. Jenama tudungnya, “Naelofar Hijab” dijual di lebih daripada 37 buah negara termasuk Brunei, Indonesia, Australia, UAE, United Kingdom dan Eropah.

Pada bulan Jun 2017, “Naelofar Hijab” mengambil tahap yang lebih tinggi apabila ia bekerjasama dengan AirAsia untuk merekabentuk tudung bagi juruterbang wanita AirAsia dan AirAsia X.

Di banyak tempat di dunia, rumah-rumah dibina dengan menggunakan bahan-bahan berjenama. Di kejiranan Payatas di Manila, rumah-rumah kumuh selalunya diperbuat daripada bahan yang diperoleh dari sampah sampah berdekatan.

Neelofa Muat Naik Video Rumah Baharu Tiada Niat Menunjuk

PETALING JAYA: Pengacara dan pelakon Neelofa memberitahu dia memuat naik video yang memaparkan ruang dalam rumah baharunya bukan untuk menunjukkan kemewahan yang dimiliki.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 27, berkata, ia adalah hak peribadi yang dirasakan tidak keterlaluan untuk dikongsikan kepada umum.

“Orang tidak tahu lokasi rumah itu jadi tiada masalah keselamatan pun kalau saya kongsi di media sosial.

“Saya berhak untuk berkongsi apa sahaja di laman sosial peribadi.

“Jika tidak di kongsi di Instagram sekalipun, saya tetap akan kongsi tentang rumah saya itu di laman youtube Ilofayou,” ujarnya.

Neelofa menjelaskan tindakannya memuat naik video rumah baharunya yang sudah siap diubah suai di laman sosial Instagram beberapa hari lalu.
Neelofa bersama ibu dan adik beradiknya di majlis rumah terbuka pada Sabtu.

Pelakon filem Azura 2011 ini ditemui pada majlis rumah terbukanya yang diadakan di De’Gouffron, di sini, Sabtu.

Dalam pada itu, Neelofa berkata, rumah berkenaan sudah siap sepenuhnya dan boleh diduduki setelah hampir setahun ia diubah suai.

Dia juga bakal berpindah ke rumah tersebut dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan lain, Neelofa berkata, dia bakal kembali ke bidang lakonan selepas tiga tahun berehat.

Katanya, dia bakal memulakan penggambaran drama 16 episod berjudul Suri Hati Mr Pilot pada 21 Ogos ini.

“Insya-Allah sebelum menunaikan haji pada 5 Ogos, saya akan selesaikan penggambaran drama Suri Hati Mr Pilot bersama Fatah Amin di bawah arahan Micheal Ang.

“Saya memang sudah rancang untuk berlakon drama episod sejak awal tahun ini tapi terlalu sibuk dengan bisnes.

“Alhamdulillah, ini adalah masa yang sesuai untuk saya kembali ke bidang lakonan,” ujarnya.
Terdahulu, dalam majlis yang sama, Neelofa mengumumkan bakal menunaikan ibadah haji bersama ibu dan bapanya pada 5 September depan.

Sila tonton video:

Sumber – dharian