Dirompak Dan Ditembak Ketika LIVE Facebook. Ini Sebabnya Bagaimana Semua Ini Boleh Terjadi

Akibat Live di Facebook? Pengusaha Komestik di Samun dan di Tembak
Seorang pengusaha alat komestik iaitu Mohd Irfan atau lebih dikenali Sifu Cempaka telah menjadi mangsa samun dan tembak pada awal pagi tadi di Rantau Panjang Kelantan.

Video LIVE Terakhir Berada Di Pautan AKHIR Artikel Ini

Sifu Cempaka merupakan seorang pengusaha kunyit skincare dan seorang peniaga online di laman sosial

Menurut laman sosial Facebook, Anak Jati Rantau Panjang, mangsa telah disamun seawal jam 2-3 pagi, dipermis peniagaan mangsa. Mangsa disamun dan ditembak dikaki. Kemungkinan mangsa juga dipukul bahagian kepala dengan mengunakan objek tumpul.

Image may contain: one or more people

No automatic alt text available.

Dikatakan semua barang kemas dan duit telah di samun oleh 3 orang perompak bermotosikal dan bersenjata. Menurut page AJRP juga, berkemungkinan kejadian in berlaku diatas kekerapan mangsa yang membuat live di Facebook. Mangsa sememangnya terkenal dengan perniagaan live di Facebook dan selalu menuunjukkan duit dan barang kemas yang banyak.

Mungkin kejadian ini merupakan iktibar dan pengajaran kepada peniaga agar lebih berhati hati dengan keadaan sekeliling.
Update ke-2
Peniaga dalam talian cedera ditembak

RANTAU PANJANG: Seorang peniaga dalam talian parah, selepas ditembak dan dikunci sekumpulan perompak di pejabatnya di Banggol Kulim, di sini.

Mangsa, Mohd Irfan Abdullah, 26, ditemui lemah dan berlumuran darah di tingkat atas kedainya, sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Dalam kejadian jam 11.30 malam kelmarin itu, sekumpulan perompak melarikan barang kemas bernilai kira-kira RM150,000 dan wang tunai RM8,000.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah, berkata anggotanya terpaksa memecahkan pinju jeriji yang dipercayai dikunci oleh suspek.

“Berdasarkan kamera litar tertutup (CCTV), kejadian itu didalangi tiga lelaki bertopeng yang menaiki kereta berwarna putih.

Image may contain: 1 person, close-up

Image may contain: text

“Mangsa ditembak di betis dan kami turut menemui peluru sepanjang 9 mm di tempat kejadian. Kami percaya mangsa ditembak selepas diugut oleh penjenayah terbabit,” katanya ketika ditemui di sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, hari ini.

Abdullah berkata, mangsa menjalankan perniagaan dalam talian dengan menjual kosmetik, barang kemas dan pakaian, selain aktif membuat ‘live’ di laman sosial, Facebook.

“Gerakan memburu suspek giat dilakukan dan kita tidak menolak kemungkinan semua mereka sudah melarikan diri ke negara jiran,” katanya yang kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971.

Sementara itu, abang ipar mangsa, Nordin Kadir, 51, berkata adik iparnya sempat menghubungi isterinya, Zuraida, 41, selepas ditembak sebelum mereka bergegas ke kedai berkenaan.

“Sebelum kejadian kami makan bersama-sama sebelum Mohd Irfan kembali ke kedai bersendirian.

“Mohd Irfan aktif menjual baju, barang kemas dan kosmetik secara dalam talian dan berpindah ke pejabat baru di situ, lebih setahun lalu.

“Adik ipar saya juga sering membuat ‘live’ video di Facebook sebagai satu cara memasarkan barang jualannya,” katanya
Ini VIDEO Terakhir Mangsa