Bila Mark Adam Translate #siscuba #muahciked & #matilanak Ke Bahasa Tagalog, Memang Lawak Habis!

Bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, Mark Adam diakui lebih dikenali dengan lawak spontannya yang mencuit hati. Apa sahaja yang keluar dari mulut Mark pasti membuatkan penonton ketawa berdekah. Malah dia juga aktif menyertai program lawak seperti Super Spontan dan Juara Parodi.

Terbaru, menerusi rancangan Kongsi Dalam Gelap Mark diminta translate perkataan sembang Melayu seperti siscuba, muahciked dan matilanak ke bahasa Tagalog. Korang tengok sendiri reaksi Mark ini, lawak habis!
Bila Mark Adam translate #siscuba #muahciked #matilanak
Lawak spontan dari Mark Adam tidak pernah gagal membuatkan netizen terhibur. Di ruangan komen, ramai yang tergelak besar melihat mimik muka Mark. Rasanya Mark lagi sesuai jadi pelawak dari penyanyi kan?
Tak pernah tak lawak


Nak matikan anak ke?

Sumber : Instagram Mark Adam , tonton

Artikel berkaitan mark adam…

Banyak Pula Rezeki Berlakon – Mark Adam

Mark Adam

PENYANYI Mark Adam memberitahu rezekinya dalam bidang lakonan semakin murah apabila dia kerap menerima beberapa tawaran untuk drama dan filem.

Mark, 38, berkata, dia menggunakan peluang yang datang untuk menimba sebanyak mungkin ilmu dalam bidang lakonan.

“Alhamdulillah banyak tawaran berlakon yang datang sejak kebelakangan ini. Buat masa ini saya pilih yang betul-betul sesuai.

“Saya juga semakin seronok berlakon terutamanya bila dapat bergandingan dengan pelakon lama dan berpengalaman,” ujarnya kepada mStar Online.

14 Tahun Tak Ada Anak? Tak Sensitif Pun – Mark Adam

Mark atau Fikri Mark Adam, 38, ditemui pada sidang media filam Pailang JB baru-baru ini.

Bercakap tentang filem Pailang JB, Mark berkata, dia teruja untuk menjalani penggambaran filem aksi berkenaan.

Katanya, dia juga kini sedang belajar bercakap bahasa Melayu dengan dialek Johor.

“Ini filem aksi pertama saya berlakon dan rasa tidak sabar untuk memulakan penggambaran Disember ini.

“Selain itu, saya juga belajar cara orang Johor bercakap kerana walaupun bahasa sama seperti di Kuala Lumpur tapi mereka ada style cakap tersendiri,” ujarnya.

Filem terbitan Simpang 3 Production itu akan diarahkan oleh Ryzal Yusoff dan akan memulakan penggambaran pada Disember depan.

Tags / Kata Kunci:Mark Adam

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/11/12/mark-adam-lakonan/#3cLTLHoRmFAE48kO.99