“Berapa bulan dah?” – Ini Jawapan Fazura Untuk Peminat Yang Mengejutkan

Ditegur kerana makan pada kuantiti yang banyak dalam sebuah video, pelakon dan penyanyi popular Fazura berseloroh dirinya sedang mengidam seolah-olah memberi bayangan dirinya sedang berbadan dua. Betul ke Fazura mengandung?

Fazura bersama Fattah Amin sempat mengadakan kejutan sempena menyambut hari kelahiran teman rapat mereka Dr. Munzir yang juga merupakan suami kepada usahawan kosmetik yang selalu bersama Fazura iaitu Puteri Zarith.

Kesempatan itu juga, kenalan rapat mereka juga sempat bertanyakan tentang usia kandungan Fazura.

Sempat berseloroh tentang usia kandungan

Respon Hubby yang WIN Bila Fazura Tak tahan di asak tentang soalan ‘Dah berapa bulan’

Nampaknya ramai yang tak sabar untuk mendengar berita baik daripada mereka. Insya Allah, ada rezeki tu nanti kan?

Apa pun kami doakan semoga pasangan sweet ini dimurahkan rezeki untuk menimang anak hokay!!!

Sumber: mediaserious

 

Artikel berkaitan…

Fazura Tak Akan Sorok Sekiranya Hamil

Fazura dan Fattah tidak akan berahsia jika benar sudah berbadan dua. Foto: SHAARI CHEMAT / THE STAR

PELAKON Nur Fazura memaklumkan dia hanya bergurau mengatakan dirinya sedang mengidam ketika ditanya oleh seorang teman dalam sebuah video yang tersebar di Instagram, baru-baru ini.

Menurut Fazura, 34, rakaman tersebut telah dikongsi oleh seorang teman ketika dia dan suami, Fattah Amin sedang berbulan madu di Kota London, United Kingdom.

“Mengidam tu hari-hari saya mengidam sebab saya ini memang kuat makan.

“Dalam video itu dia tanya dan saya saja-saja gurau sebab masih dalam mood berbulan madu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fatimah Aishah, Fath Nama Anak Fattah, Fazura

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/01/17/fazura-mengidam/~/media/e01067f270bb4c77bdde4def99cafcfc.ashx?la=en

Fazura dan Fattah berbulan madu di United Kingdom, baru-baru ini.

Penyanyi lagu Sayangi Dirimu ini mengulas mengenai persoalan tersebut menerusi temubual bersama sebuah program hiburan pada Isnin.

Sementara itu, Fazura berkata dia dan suami bakal menjalani pemeriksaan bagi mengesahkan mengenai perkara tersebut.

Malah, dia juga turut berjanji tidak berahsia dan akan berkongsi berita gembira itu jika benar sudah hamil.

“Sejujurnya, saya sendiri tak tahu lagi mengandung ke tak! Nanti kami akan pergi buat pemeriksaan.

“Kalau ada berita baik kami akan kongsi dan kalau belum ada, mungkin belum rezeki lagi.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/01/17/fazura-mengidam/~/media/ec23395ea3b94396a804a95ef02c980c.ashx?la=en

Peminat mengharapkan pasangan ini segera menimang cahaya mata.

“Buat masa ini doakan yang baik-baik ya,” kata pelakon filem Ayat-Ayat Cinta 2 ini.

Terdahulu, menerusi sebuah rakaman video, Fazura ditegur kerana makan pada kuantiti yang banyak dan dia sempat berseloroh dirinya sedang mengidam seolah-olah memberi bayangan dirinya sedang berbadan dua.

Rakaman yang dimuat naik oleh pemilik Instagram @divaletopsdotcom itu mendapat lebih 100,000 tontonan di laman tersebut.

Rata-rata peminat melalui ruangan komen turut mendoakan agar pelakon jelita itu benar-benar hamil dan segera menimang cahaya mata.

Fazura dan Fattah, 27, selamat diijabkabulkan dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara pada 27 November tahun lalu.

A post shared by Official Hlive (@officialhlive) on Jan 15, 2018 at 3:03am PST

Tags / Kata Kunci:Nur Fazura , Fattah Amin

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/01/17/fazura-mengidam/#eGDTK4MBtdk1QxU9.99

 

Artikel sebelum ini ….

‘LEBIH INDAH BERCINTA SETELAH HALAL’ NETIZEN PUJI KEBAHAGIAAN FATTAH DAN FAZURA

Walaupun ada yang kurang selesa melihat kemesraan yang sering dikongsikan oleh Fattah dan Fazura, sebenarnya ramai juga yang terus memuji kedua pasangan ini.

Baru-baru ini seperti yang kita tahu Fatah, Fazura dan teman-teman rapatnya telah keluar negara untuk meluangkan waktu bersama serta honeymoon setelah bergelar suami isteri.

Tidak dinafikan gambar-gambar yang sering dimuat naik oleh mereka berdua memang cukup mesra, intim dan nampak sungguh kebahagiaan mereka.

Baru-baru ini Fattah ada muat naik gambar kandid bersama isteri tercintanya. Baru sahaja muat naik ke instagram, kedua pasangan itu menerima lebih dari 3 ribu komen memuji pasangan ini.

 

Malah ada juga yang mengatakan mereka suka melihat bagaimana Fattah dan Fazura ini ‘menyayangi’ antara satu sama lain sehinggakan langsung tidak mahu berjauhan.

Ada juga mengkagumi bagaimana mereka berdua menjaga imej diri mereka sewaktu bercinta kerana tidak di hebohkan malah jarang sekali nampak kemesraan mereka seperti sesetengah orang bercinta.

Bukan itu sahaja, ada juga yang berkata mereka langsung tidak jemu melihat kemesraan mereka kerana itu membuktikan sebuah perhubungan itu lebih indah setelah ia ‘halal’ dan sah.

Memang benar, jika lihat bagaimana Fattah ‘melekat’ dengan Fazura nampak Fattah benar-benar menghargai kasih mereka berdua. Jadi mungkin sebab manja dan sifat penyanyang yang ada pada Fattah ini lah yang membuatkan Fazura cair.

Okay tak nak cakap #MHBelanjaGambar percutian mereka berdua di luar negara…

 

Sumber – MediaHiburan