Bekas Teman Lelaki Datang Ke Majlis Perkahwinan, Peluk Erat Bekas Kekasih Atas Pelamin

Bekas Teman Lelaki Hadir Ke Majlis Perkahwinannya, Peluk Erat Bekas Kekasih Atas Pelamin. Memang benarlah jodoh itu di tangan Tuhan, biarpun bercinta selama manapun, kalau dia memang bukan jodoh kita tak kan jadi juga akhirnya. Apa perasaan anda, setelah bertahun-tahun menyemai kasih menabur rasa cinta, menyulam rindu tiba-tiba, kekasih hati berkahwin dengan orang lain?

Itulah yang dirasakan oleh lelaki dalam foto di atas. Gara-gara terlalu sebak mengenangkan kenangan-kenangan lalu, dia memeluk erat bekas bekas kekasihnya sambil menangis.

Menurut anda, apa perasaan jika sudah bertahun-tahun bercinta namun akhirnya harus merelakan kekasih berkahwin dengan orang lain?

Patah hati, sedih, keliru, marah, mungkin itu yang akan dirasakan. Semuanya bercampur aduk menjadi satu dan mungkin inilah yang dirasakan lelaki di dalam foto tersebut.

Ya, dia seperti sedih dirinya harus menyaksikan bekas kekasihnya dipinang oleh lelaki lain. Ini dapat terlihat dari foto yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook Aneverwin, pada 26 Februari 2017 lalu, diolah dari TribunnewsBogor.com.

Aneverwin memeluk erat bekas kekasihnya ketika berada di pelamin. Tidak hanya Aneverwin, bekas kekasih perempuan turut merasakan kesedihan. Bekas kekasihnya itu dilihat mengusap air matanya usai berpelukan dengan bekas kekasih.

“Bertahun-tahun bercinta. Akhirnya disunting orang lain”. Begitulah bunyi kapsyen foto tersebut.

Netizen yang memberi reaksi pada foto ini turut rasa sedih. Ada yang mengaku hampir menangis melihatnya.

“Sedih sekali, jangan ikut menangis juga,” tulis Izmi Ziwe Zumi.

Sementara netizen lainnya cuba untuk memberi semangat kepadanya.

“Sabar, jodoh di tangan yang maha kuasa. Kita menjalani Allah yang menentukan. Cubaaan semua ada hikmah,” tulis Muh Ridho.

“Jejaka ini hatinya mulia, jaga jodoh orang. Tetaplah ikhlas agar dapat pahala,” komen MMas.

“Aku juga bercinta 9 tahun tapi berkahwin dengan orang lain. Juga bukan jodoh,” komen Waode Mastiaty.

Arikel berkaitan seterusnya:

Majlis Kahwin Kecoh Bila Pengantin Lelaki Tinggalkan Pelamin Dan Memeluk Bekas Kekasihnya Yang Muncul Tiba-Tiba.

SATU majlis perkahwinan di Kabupaten Wajo, Sulawesi Selatan, kecoh apabila pengantin lelaki meninggalkan pelamin, memeluk bekas kekasihnya yang tiba-tiba muncul dan menyanyikan lagu mencurahkan rasa kecewanya, Rabu lalu.

Ketika kejadian, pengantin lelaki, Nokis, sedang bersanding dengan isterinya selepas akad nikah apabila bekas kekasihnya, Novi, yang datang dari sejauh Jambi, muncul menyanyikan lagu bertajuk Balo Lipa.

Menurut pengunjung, wajah Nokis berubah sebelum turun dari pelamin menghampiri Novi, mengambil pembesar suara dari tangan Novi dan memeluk bekas kekasihnya itu.

Nokis kemudian terhuyung-hayang sebelum jatuh pengsan ke atas kerusi.

Video kejadian itu yang disiarkan di media sosial menjadi tular dan sudah dikongsi 28,000 kali selepas disiarkan di Facebook oleh Sukma Henny.

Menurut potral berita Tribun News yang memetik Tribun Timur, ustaz Muhammad Erfin Beddu yang membacakan khutbah nikah di majlis itu berkata dia diberitahu keluarga Nokis, wanita berkenaan adalah bekas kekasihnya.

Menurutnya, dia diberitahu Nokis pernah meminang Novi namun ditolak keluarga wanita itu selepas Nokis tidak bersetuju dengan ‘wang panaik’ atau hantaran yang diminta.

Bagi masyarakat Bugis, selain mas kahwin, pihak lelaki juga perlu memberi wang panaik yang jumlahnya bergantung kepada status serta tahap pendidikan wanita dipinang.

Kecewa pinangan ditolak, Nokis berkahwin dengan isterinya yang baru dua bulan dikenalinya.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyatakan apa yang terjadi antara Nokis dan isterinya serta Novi.

Antara lirik lagu Balo Lipa:

“Lemmusa nyamu andi

musolangi atikku

engka mu tudang botting

riolo mattakku”

Terjemahan:

“betapa tega dirimu, adinda

kau hancurkan hatiku

kau duduk bersanding

di depan mataku”

Sumber: Harian Metro

Pada tahun lepas, media sosial juga pernah kecoh dengan keadaan yang seakan-akan sama seperti ini cuma ketika itubukan pengantin lelaki sebaliknya pengantin perempuan yang memeluk bekas kekasihnya ketika majlis perkahwinan sambil menangis.