“Apapun Terjadi Abah Sayang Anak-anak Sampai Nafas Terakhir” – Zul 2by2

Status terbaharu komposer, Zul 2by2 seolah-olah menjadi tanda tanya apabila dia meluahkan rasa sayangnya terhadap lima orang anaknya di media sosial.

Menerusi entri di Instagram (IG), Zul telah berkongsi gambar bersama anak-anaknya dengan kapsyen yang penuh tanda tanya.

“Kau mawarku, juwita kalbu. Inilah rangkai nyawa ku. Lampu hati Beta. Mereka adalah segalanya dan apapun terjadi Abah sayang anak-anak Abah sampai nafas terakhir. Sayang mereka semua,” tulisnya.

Rata-rata peminat mendoakan agar Zul tabah menempuhi dugaan ini dan berharap supaya dia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan segera.

“@are_inn: Moga segalanya baik-baik saje. Moga kekal hubungan kasih sayang smpai bila-bila. Amin.”

“@kamacaliff: Alhamdulillah Zul. Keep steady ya. Kita doa yang baik-baik.”

“@haaaii02_: Semoga keluarga ini bersatu lagi seperti biasa. Amin”.

Sebelum ini timbul khabar angin kononnya rumah tangga penyanyi Isma (AF7) dan komposer Zul 2 By 2 sedang berhadapan masalah.

Berita kekeruhan rumah tangga Zul dan Isma sebelum ini pernah diperkatakan apabila timbul isu kononnya Zul berkahwin lain dan ia dinafikan oleh komposer tersebut.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 16 April 1998 dan dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 20, Muhammad Haiqal Aydiel, 19, Seri Aida Merlissa, 17, Seri Ayreen Merlynda, 15, dan Seri Adryana Mercella, 11.

sumber: gempak.com

 

Kes Artis kahwin lain…

‘INTAN DAN IZREEN ISTERI SAYA’ – AKHIRNYA UDE TAMPIL MENGAKU MENIKAHI IZREEN AZMINDAR PADA.. 

PEMUZIK yang dikatakan berkahwin dengan pelakon Izreen Azmindar, Mohd Radzi Abdul Wahid atau Ude akhirnya mengaku menikahi dramatis itu selepas isterinya tampil membuat pendedahan.

Ude ketika ditemui, hari ini turut mengaku wanita yang tampil membuat pengakuan itu adalah isteri pertamanya, Intan Liana.

“Saya berkahwin dengan Intan empat tahun lalu manakala dengan Izreen pada 8 Ogos lalu,” katanya.

Ude mempunyai dua anak bersama Intan iaitu Arish Muqri berumur 3 tahun dan seorang lagi berusia 11 bulan.

Dalam pertemuan itu, Ude enggan berkongsi butiran lanjut pernikahannya dengan Izreen.

“Saya akan buat majlis doa selamat minggu hadapan dan akan menjelaskannyananti,” katanya.

Ude juga menafikan rumahtangganya dengan Intan berdepan masalah selepas menikahi Izreen.

“Sebaik saja Intan tampil memberi kenyataan siang tadi, pelbagai spekulasi timbul.

“Saya mohon supaya hentikan sebarang kenyataan dan persepsi buruk yang boleh mempengaruhi emosi kedua-dua isteri saya.

“Harap pihak luar tidak campur tangan. Intan dan Izreen adalah isteri saya. Sebagai suami, beri saya peluang untuk menguruskan sendiri isteri dan keluarga saya,” katanya.

Ude turut memohon kepada semua pihak terutama media

agar tidak mengganggu privasi keluarganya.

“Sebaiknya sebagai suami, biarlah sebarang kenyataan datang dari diri saya demi menjaga keharmonian rumah tangga kami,” katanya.

Gosip mengenai perkahwinan mereka mula diperkatakan apabila Izreen meletakkan namanya sebagai ‘Mrs Ude’ dalam akaun Instagramnya baru-baru ini.

Sumber – HMetro

Baru-baru ini kecoh di media sosial desas-desus mengenai pelakon Izreen Asmida bakal berkahwin dengan pemusik bebas Gegar Vaganza yang dikenali sebagai Uda. Dikhabarkan Uda sebenarnya telah pun berkahwin dan ingin memperisterikan Izreen sebagai isteri keduanya.

Menurut laporan Mstar, isteri kepada Uda telah memberi kenyataan yang dia sedia menerima kehadiran Izreen sebagai madunya. Wanita yang dikenali sebagai Intan itu hanya mengetahui perkara tersebut  dua minggu lalu dan redha dengan keputusan suaminya itu untuk berkahwin lagi.
Terkejut dengan keputusan suami

Intan berkata pada awalnya diakui terkejut dengan keputusan suaminya itu kerana hubungan mereka selama ini hanya baik-baik sahaja.

Saya terkejut apabila mendapat tahu perkara ini pada dua minggu lalu dan tidak sangka kerana hubungan kami baik sebagai suami isteri.

Pada mulanya saya tidak terima namun disebabkan kasih sayang kepada suami dan anak, saya redha dan terima takdir yang telah ditentukan.

Mungkin ada kekurangan diri

Intan telah mendirikan rumah tangga bersama Uda sejak empat tahun yang lalu serta dikurniakan dua orang cahaya mata masing-masing berumur tiga tahun dan baru 11 bulan. Dia juga tidak menolak kemungkinan apa yang berlaku ini berpunca daripada kekurangan dirinya sebagai seorang isteri.

Dia suami yang baik. Kalau bab anak-anak, dia bertanggungjawab. Saya yakin dia mampu untuk berlaku adil.

Susah nak terima. Mungkin salah saya, tak pandai jaga suami

Diharap agar Intan terus tabah dan kuat menjalani kehidupannya selepas ini walaupun hidup bermadu. Semoga Uda dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dengan baik dan berlaku adil kepada kedua-dua isterinya.

Sumber: Mstar
“DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK KAMI” – KAHWIN SUAMI ORANG, INI JAWAPAN IZREEN AZMINDA

“Fasa ini agak sukar untuk kami lalui, ditambah dengan pelbagai isu tidak benar yang mulai disebarkan. Doa yang terbaik untuk kami dan semoga sidang media minggu hadapan akan menjelaskan segalanya.”Itu jawapan pelakon popular Izreen Azminda, 32, ketika menjawab mengenai dakwaan berkahwin dengan pemuzik dikenali sebagai Ude yang juga suami kepada dua orang anak.

Tambah Izreen lagi, dia telah mengaturkan sebuah sidang media pada minggu hadapan untuk menjelaskan kedudukan sebenar serta situasi yang berlaku.

“Sejujurnya hal tersebut terlalu sensitif untuk dinyatakan pada umum. Bagaimanapun, sebagai selebriti, saya sedia faham setiap inci gerak geri akan menjadi perhatian. Malah sebagai orang sudah matang dalam industri, saya juga sedia faham kerja pengamal media.

“Namun bila hal ini berlaku di luar pengetahuan, saya jadi kesal dan sedih. Sebab kalau boleh, biarlah situasi ini diperjelaskan terlebih dahulu menerusi sidang media yang akan dibuat,” katanya kepada Media Hiburan.

Dalam pada itu, Izreen turut meluahkan rasa sedih dan kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang cuba mengeruhkan keadaan dengan situasi yang sedang berlaku.

Izreen bakal mengadakan sidang media di Damansara, Selasa depan dan akan hadir bersama individu yang didakwa suaminya.

“Insya-ALLAH kami akan hadir bersama dan apa yang akan dijawab kami nanti, biarlah ia dijelaskan pada waktu itu saja.

“Buat masa sekarang, saya lebih selesa berdiam diri supaya tida menjatuhkan air muka mana-mana pihak. Banyak hati yang perlu dijaga dan kalau boleh, saya harap selepas sidang media itu nanti semuanya akan kembali neutral,” ujarnya.

Sumber – gempak