Tiga Beradik Maut: Ibu Bapa Terima Berita Kematian Ketika Tawaf

KUANTAN: Ibu bapa serta adik perempuan kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Jalan Pekan-Kuantan di sini pagi tadi sudah menerima berita sedih berkenaan ketika melakukan tawaf umrah.

Salah seorang ahli keluarga mangsa yang dikenali sebagai Basir berkata berita itu dimaklumkan kepada ibu bapa mangsa sera adik perempuannya menerusi ejen pengurusan umrah.

“Mereka reda dengan kejadian menimpa Wan Nur Athirah, Wan Nur Afifah dan Wan Muhammad Mahathir Rafiqi, mereka memutuskan untuk kembali ke Malaysia bagi melihat insan tersayang mereka buat kali terakhir.

“Ejen pengurusan umrah berkenaan memberitahu ketiga-tiga mereka dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 11 pagi esok dan dibawa terus ke Kemaman.

“Jenazah tiga beradik berkenaan dibawa ke Hospital Kemaman malam ini untuk disimpan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Kapur, Binjai. Bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sudah selesai sebentar tadi,” katanya sebagaimana lapor BH Online.

Pagi tadi, ketiga-tiga mangsa iaitu Wan Nur Athirah, Wan Nur Afifah dan Wan Muhammad Mahathir Rafiqi maut selepas kereta jenis MPV mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam parit.

Dua lagi penumpang iaitu iabu saudara, Salmah Ibrahim, 58, serta anaknya Nurul Aliani Zawawi, 25, cedera dan dirawat di HTAA.

Sumber: BH Online

link sumber;  http://www.siakapkeli.my

Artikel sebelum..
3 beradik maut selepas hantar ibu bapa dan adik ke KLIA untuk tunaikan umrah

Tiga adik beradik maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terjunam ke dalam parit di Jalan Kuantan-Pekan di Kampung Batu Putih, Kuantan, pada jam 5.45 pagi tadi, lapor Harian Metro.

Mangsa, Wan Nor Afifah Wan Mohd Kamaruzzaman, 28, Wan Nor Athirah, 27, dan Wan Mohd Mahathir, 14, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kemalangan itu berlaku selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan lain di depan kenderaan mereka sebelum terbabas dan terjunam ke dalam parit.

Ibu saudara dan sepupu mangsa yang berada dalam kereta itu juga turut cedera dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, tiga beradik berkenaan dalam perjalanan pulang ke Kemamam selepas menghantar ibu bapa dan adik perempuan mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin untuk menunaikan umrah.

Jurucakap trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

 

 

 

 

Sementara itu, ibu saudara yang hanya dikenali sebagai Mama, 49, terus bergegas ke lokasi kejadian sebaik saja dimaklumkan oleh anak saudara mereka yang terselamat dalam kemalangan itu.

“Seperti hendak gugur jantung saya apabila mendapat panggilan telefon daripada anak saudara yang mengatakan mereka terbabit dalam kemalangan dan kenderaan mereka terjunam ke dalam parit.

“Mereka meminta saya bergegas ke lokasi kerana sudah beberapa jam terperangkap dalam kawasan parit itu.

“Ketika dalam perjalanan ke lokasi, kami mendapat panggilan telefon dari anak saudara, Nurul Aliyani Zawawi, yang mengatakan mereka sudah berada di HTAA. Jadi saya terus ke sana,” katanya.

Difahamkan, Aliyani dan ibunya, Salma Ibrahim kini dirawat di unit kecemasan HTAA sementara tiga beradik yang maut dalam kemalangan itu sedang dibedah siasat.

“Saya tidak tahu bagaimana nak memaklumkan kepada keluarga mereka yang sedang mengerjakan umrah. Mereka macam anak saya juga kerana kami tinggal di kampung berdekatan di Binjai, Kemaman.

Sumber: Harian Metro via kisahrumahtangga.net