Nora Danish Sudah Buat Persiapan.  Usia, Saiz Kandungan ‘Paksa’ Nora Danish Berkerusi Roda

Nora dan suami sudah membuat persiapan menyambut kelahiran bayi mereka. Foto: LOW BOON TAT.

KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish mengakui teruja dan menghitung hari untuk menunggu kelahiran anak keduanya yang dijangka pada 9 Mac depan.

Nora, 36, berkata, pada usia kandungan yang sudah memasuki tujuh bulan itu, dia sudah membuat persiapan barang kelengkapan bayi, namun secara berpada-pada.

“Saya dan Nedim sangat tidak sabar dan menghitung hari menunggu kelahirannya.

“Persiapan untuk bayi sudah dibuat cuma tidak mahu sampai membazir, secara berpada-pada sahaja,” ujarnya kepada mStar Online.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/12/31/nora-danish-teruja/~/media/2216763670f44f32890cdbc2c5064c40.ashx?la=en


Nora dan suami, Nedim tidak sabar menantikan kelahiran bayi mereka.

Nora berkata, dia dijangka melahirkan bayi tersebut secara pembedahan atas faktor keadaan bayi yang besar.

Bagaimanapun, katanya, doktor masih memberi pilihan jika dia mahu melahirkan bayi berkenaan secara normal.

“Doktor kata bayi ini besar berbanding anak pertama saya. Saya mungkin sukar untuk melahirkan secara normal.

“Tapi doktor masih beri pilihan jika saya mahu melakukannya secara normal,” ujarnya.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/12/31/nora-danish-teruja/~/media/93cc290e1105416dab327c7ceaa04aef.ashx?la=en

Nora belum bersedia kongsi jantina bayinya.

Nora berkata, dia melalui fasa yang bahagia di samping mendapat kasih sayang suami yang sentiasa berada di sisi.

Katanya juga Nedim turut menawarkan diri untuk menjaga bayi tersebut jika dia mula kembali aktif menjalani penggambaran.

Sementara itu, Nora berkata, dia belum mahu berkongsi jantina anak yang bakal dilahirkan kepada umum.

Katanya, ia adalah kejutan yang akan diberitahu selepas bayi tersebut selamat dilahirkan.

“Saya nak rahsia dahulu, nak beri kejutan kepada peminat. Semua ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sudah tahu.

“Insya-Allah nanti kami umumkan bila tiba masanya. Nama anak juga sudah ada beberapa yang sesuai dan sedang difikirkan,” ujarnya.

Nora berkahwin dengan Nedim Nazri pada 30 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Usia, Saiz Kandungan ‘Paksa’ Nora Danish Berkerusi Roda

Nora tidak boleh berjalan selama tiga minggu kerana mengalami masalah tulang pinggul. Foto Instagram: @noradanish.

  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Pelakon Nora Danish memberitahu dia tidak dibenarkan berjalan selama tiga minggu akibat mengalami masalah tulang pinggul baru-baru ini.

Nora, 36, yang kini hamil tujuh bulan berkata, perkara tersebut disebabkan bayi dalam kandungannya yang agak besar, selain faktor umur.

“Mengandung pada usia sudah lebih 30 tahun agak berbeza berbanding kandungan pertama ketika usia 20an.

“Kandungan saya lebih besar kali ini sehingga saya alami masalah tulang pinggul dan tidak boleh berjalan selama tiga minggu,” ujarnya kepada mStar Online.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/12/30/nora-kerusi-roda/~/media/e68e9ca8959c482886fdfd37e830ca8e.ashx?la=en


Nora terpaksa menggunakan kerusi roda.

Nora ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik miliknya Oh Most Wanted  di Play Up Advance, Fahrenheit 88, dekat sini, Sabtu.

Nora berkata, masalah kesihatan yang dialaminya juga menyebabkan dia bergerak menggunakan bantuan kerusi roda.

Sementara itu, ditanya tentang kecaman netizen yang menganggap dia sebagai pemalas, Nora berkata, dia tidak membaca komen-komen kritikan seperti itu.

“Saya tidak baca komen-komen yang mengacau jiwa dan saya tidak kisah apa yang mereka nak katakan.

“Biasalah natizen akan kata macam-macam, saya nak hidup dalam keadaan positif,” ujarnya.

Nora berkahwin dengan Nedim Nazri pada 30 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup.

sumber: mstar